tempat kerja baru.. memang tak relate langsung dengan kepakaran dan kemahiran serta pengalaman sebelum ini... itu lebih baik bukan...? keluar dari ZON selesa... mencari sesuatu yang baru dan mengalami dan mempelajari sesuatu yang baru.. bergaul dengan orang baru... suasana baru serta jenis kes yang baru....
kat sini, aku di pertanggungjawabkan sepenuhnya untuk membina serta mewujudkan sebuah library sepenuhnya idea aku dan dekorasi aku... perrghh.. biar betik... memang hakikat lain bebeno.. jauh bezanya tempat lama.. kat sini aku tak di desak orang dan waktu serta perjanjian untuk melengkapkan semua permintaan... (waaahh ayat pun skema siot)
mula-mula masuk bilik ni.. memang aku serabut.. semua jenis buku di susun bercampur aduk... book shelf tak tersusun elok ... bersepah...sekarang ini, ini bilik aku... datang aku, terus ke bilik ini.. balik aku, pun dari bilik ini... aku rangka plan perlahan-lahan... dan susun perlahan-lahan.. aku punggah semuanya.. aku klasifikasikan semuanya... huuuuhh...~ penat... tapi aku bahagia.. kerana aku akan mula dengan langkah aku... aku akan buat sistem untuk gudang ilmu ini...
setiap belekkan dan sentuhan... mata ku memangdang tiap bijii huruf.. bibir ku bergerak membaca tiap bait suku kata.. apa itu entomological ? lymphatic filariasis ? POP's ? ILPS ? one-off ? WHO ? anatomi ? fisiology ? parasitology ?ya,,ya,, mungkin separuh dari anda mengetahui.. tapi tidak aku...
tangan aku memegang kejap satu buku... 'ASAS PERTOLONGAN CEMAS, PRINSIP DAN AMALAN" ya.. ini yang selama ini aku terfikir.. selama ini aku pernah saja tercetus di benak... apa patut aku laku kan sekiranya di depan aku orang sesak nafas secara tiba-tiba ? atau kemalangan dan mengalami pendarahan? mengalami patah tulang ? terputus anggota badan ? lemas ? aku tak tahu apa-apa? secara betul untuk merawat mereka-mereka yang didalam kecemasan...
jadi.. aku ambil buku itu... aku letak di atas meja besar ku... ini aku pinjam dulu.. akan ku baca untuk menambah ilmu... sekira terjadi sesuatu di luarjangkaan di depan mata ku.. sekurang-kurang nya... ada manusia yang boleh kubantu.. amin...
aku jatuh cinta sama buku MEDIC..!!