Thursday, June 30, 2011

comelkan..?


situasi 1

PEJABAT

"erk... pelik jerk rasa pisang sira ni.... " mr.right
"siapa bagi?" gadis comel
"my staff, kakak ujung tu.. nah rasa sikit.." mr. right menyuakan pisang sira yang tinggal setengah pada gadis comel....
"not bad what.." gadis comel mengunyah sambil muka berteka teki..
mr.right memasukkan lebihan gigitan itu kedalam mulutnya .."yes, yang ni baru namanya sedap..." sambil tersenyum dan berlalu..
gadis comel hanya tersenyum simpul...

situasi 2

SISTEM PESANAN RINGKAS

mr. right : u buat apa?
gadis comel : tengok tv.. u dah makan?
mr. right : dah baru lepas.. my housemate masak nasi goreng tawar 
gadis comel : awat? garam habes stock?
mr right : tak lah, nak elak kena darah tinggi
gadis comel : hahahahaha, alasan nak menang
mr.right : dah solat?
gadis comel : belum
mr right : uzur?
gadis comel : tak lah
mr right : bangun sekarang solat dulu...!
gadis comel : alaaaaa
mr right : dont say ala..ala....go...
gadis comel : ok bos!

situasi 3

ON THE PHONE AT SHOPPING COMPLEX

gadis comel : u.. i nak belikan pengantin ni apa?
mr.right : apa yang boleh diorang guna for new house
gadis comel : (senyum) kita bagi set bilik tido lah
mr.right : uik melampau tu.....
gadis comel : (gelak tak henti)
mr.right : suka betul ea..
gadis comel : ok..ok.. so apa?
mr.right :  carikan set pinggan mangkuk.. set tau..
gadis comel : ok jumpa ni.. have 4 plate, 2 big bowl, 2 small bowl, 4 bowl soup,
mr.right: ok dah tu
gadis comel: in two colour, red and blue..which one?
mr.right : blue.. cool like u..
gadis comel : ngada2
mr.right : (gelak terkekeh-kekeh)


situasi 4 

SISTEM PESANAN RINGKAS

mr. right : boring le makan sorang-sorang
gadis comel : bukan u makan dengan encik ... ke?
mr. right : ekekeke.. tahu le plak... baru nak minta simpati...
gadis comel :simpati apa?
mr. right : makan sama-sama
gadis comel : dah habes makan dah.. lambat..
mr. right : lol... alasan sungguh
gadis comel : :P


situasi 5

PEJABAT 

mr.right : tengok apa tu?
gadis comel : uih.. terkejut.. (terus minimize)
mr.right : elleeeyyh siap tutup ..tengok apa
gadis comel : (bukak balik) ni hah model ni, cantiknyelah badan dia
mr.right : apa lagi.. bersenam ar.. macam i..
gadis comel : blueeekkk
mr.right: serius ni.. walau hakikat macam mana pun diri u, i akan terima..tapi kalau unak fit..jom i rela temankan... 
gadis comel : ekekekeek... ayat nak romantis..
mr.right: sumpah..! jujur ni
gadis comel.. ekekekeekeke


Comel kan ?  best kan? sweet kan?  agaknya bila lah aku dapat macam ni eak.. orang care pasal solat.. pasal diri kita.. situasi kita.. huhuhuhu.. insyaAllah.. amin...kalau di panjangkan umur :)

Tuesday, June 21, 2011

perempuan dan syaitan




"kenapa eak.. ko kalau keluar pakai bedak je..paling2 celak dgn lip balm..bersolek la sikit..kita kan perempuan"

aku diam... nak cakap ke tak... nak cakap ke tak... erm........
"bukan tak nak bersolek beriya... kalau aku macam ni pun.. orang dah nampak cantik what.."

" ha..? celah mana cantik nye? manis dan kemas tu memang la.. tapi tak lah jadik cantik pun..."

"hurm.... ko mesti tak perasan......"

"kenapa plak aku tak perasan...."

"sebab kau perempuan.."

"kenapa plak, pasal aku perempuan? tak paham..."

"ok..kau bersolek nak nampak cantik... ko nak tayang kat lelaki ke, perempuan..?"

"ntah..2,2 kot..."

"yeke, 2,2.. macam tipu je..... "

"urm.. ntah..lebih pada lelaki lah kot.. nak lelaki pandang kita ni cantik..."

"ha... kan??? selalunya kita ni yang perempuan.. nak cantik untuk lelaki tengok..jarang untuk perempuan tengok..kalau untuk perempuan..saja nak tunjuk eksen je... betul kan?"

"hurm.. sikit lebih kurang la..."

"so, sebab tu kau tak nampak..."

"kenapa plak...... adoi... tak paham laaa...cuba ko terangkan.macam mana plak aku yang perempuan ni tak nampak...kalau ko macam ni pun lelaki dah kata cantik.. mesti aku yang perempuan ada perasaan meluat, kan??? tapi aku tak rasa macam tu pun..."

"hurm.. ok... kau mesti tak tahu menda nih...dengar bebaik k...

    ...Syaitan akan membuat indah sesuatu yang belum halal dilihat itu. Yang perempuan jadi terlihat jauh lebih cantik, dan yang laki-laki terlihat jadi lebih tampan juga. Degup jantung dibuat lebih cepat karena syaitan telah meniupkan nafsu...


 so..that why.. ko tak nampak kecantikan aku..."

"HA..???!!"


"adess tak paham lagi lah tu....k, macam ni.... dalam hadis tu kata.. syaitan akan menjadikan wanita itu, lebih cantik..berganda-ganda, dari yang sedia ada, pada mata lelaki...supaya lelaki akan senang tergoda dengan perempuan tu.... jadi..kalau aku sekadar sapu bedak macam ni pun... mata kasar kau.. memang kata tak cantik.. tapi lelaki..pada pandangan dia.. akan menjadi cantik, sebab syaitan akan buatkan pandangan lelaki tu,pada aku, caaaaaaaaanntik sangat... kalau aku pakai cantik-cantik macam kau nak tadi tu...nanti aku dah tersedia cantik, syaitan plak akan tambah kecantikan yang ada pada paling cantik...maka aku akan jadik SUPERB CANTIK... kalau dah jadik superb cantik... macam mana aku nak elak kan diri dari maksiat??? dah lah aku ni iman nipis... baru aku mahu mengorak langkah kejalan keimanan...tak kan aku nak hitamkan balik iman aku..."

"erk.. macam tu ke.."


ha..terdiam kau... padan muka...!

Saturday, June 18, 2011

TAHUKAH KAMU HAKIKAT MELAYU KINI?


titisan air mata di seka...
ku tatap lagi dengan khusyuk hamparan putih di hadapan
yang memperlihatkan susuk-susuk tubuh yang di siksa
susuk-susuk tubuh yang di tikam
susuk-susuk tubuh yang di gantung tanpa ehsan
aku tahu.. 
salah satu jasad yang terkorban itu adalah moyangku..
ku seka lagi air  mata yang bergenang..
bila lampu di buka..
lekas-lekas aku raut muka ku..
malu kiranya dilihat para teman..

hari itu..
hari terakhir untuk aku menghayati 'HATI MALAYA 1957'
air mata aku tak tertahan..
bila aku melihat Tunku berucap dan minta keizinan ahli untuk ke london
bila semua persetujui..
Tunku cakap dengan jujur..
"tapi kami...tak cukup duit nak pergi ke london..nak bincang dengan british.."
berdiri kaum wanita..
"kami akan membantu tunku.." sambil mencabutkan barang kemas dibadan..
di ikuti yang lain..
wang..barang kemas..syiling..kesemuanya di beri..
agar Tunku dan yang lain dapat pergi ke London
dapat berjumpa british
dapat bincang tentang merdeka
dan dapatkan KEMERDEKAAN..
aku lihat Tunku mengalirkan air mata..
sayu melihat kerja sama 
dan pengorbanan mereka...
air mata ku seka lagi...
selesai paparan di kain putih itu..
lampu di buka..
ku seka laju air mata ku..
ku raut pantas muka ku..
aku terasa malu kalau di lihat teman

petang itu...
mereka buka lagu WARISAN..
sudah...
aku tahu aku akan kalah jua..
tapi aku tetap menyanyikanya..
air mata ku TAK DAPAT di bendung..
selesai sudah lagu itu..
mereka bertanya..
aku buang segala malu yang aku rasa sebelum ini
apa perlu aku malu, kalau aku TERLALU SAYANGKAN MELAYU?
apa perlu aku malu untuk MENYATAKAN yang aku SAYANGKAN MELAYU?
apa perlu aku sorokkan yang aku SAYANGKAN MELAYU?
tanpa silu.. aku berkata-kata..
bersulam esak tangis..
dan sedu sedan..
"amat sukar mahu menyedarkan melayu sekarang..terutama anak muda..
mengenai maruah melayu..yang makin tergadai..
mengenai nasib melayu yang bagai telur di hujung tanduk..
mengenai melayu yang makin pupus kemelayuannya...
adakah mereka sedar..melayu kini bagai pelarian di tanah melayu sendiri?"






Wednesday, June 15, 2011

awat garang sangat???


pada kawan-kawan yang pernah mengenali aku..aku rasa ramai yang tahu dengan bahasa dan suara aku yang agak tegas.. bukan kasar ok.. aku tak cakap babi..sial..lahanat..atau sebagainya..aku memang tak guna kan dalam percakapan harian mingguan bulanan atau tahunan... siapa yang pernah hidup dengan aku tahu lah hal aku yang ni.. tapi 1 perkara yang dari dulu aku perasan..aku cakap kadang-kadang orang dengar.. orang anggap aku nih macam tomboi cakap...tak de rythem..tak de intonasi menarik..selalunya aku gunakan cara ni pada kaum lelaki... jarang pada kaum perempuan.. apatah lagi orang yang tua dari aku..alhamdulillah didikan mak ayah aku amat-amatlah meresap dalam diri aku...

aku ingat lagi masa zaman sekolah.. aku ni, kira macam ketua kumpulan nasyid.. pernah sekali aku minta kompang kat budak lelaki.. di sebalik tirai pemisah saf lelaki dan perempuan.. " bang .. nak kompang bang.." pastu aku dengar satu suara berbunyi.." minta kompang macam nak gaduh jer...aku dah terdiam... dalam hati aku berbisik...."aku rasa macam biasa je......."
?? dulum aku rasa tak lah macam ni... ko diam je.. macam pemalu... tapi skang ni hang lain la..... dan jawapan aku ringkas je " sebab aku tak nak kaum ko pijak pala aku " ... pernah juga....budak budak chatting ingat aku nih lelaki.... 

2-3 hari lepas adalah aku terbaca artikel di bawah nih di psipum.org



Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna… lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat, maka Allah SWT tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah Al-Ahzab.
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
‘Terlalu lunak’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang lelaki untuk bertindak jahat kepada mereka. ‘Serong dalam hati’ adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

petikan dari psipum.org

jadi hakikatnya.. cara aku tak salah lah kan??? betulkan??? ok lah.. jujur... aku pernahlah sekali dua terasa macam menjadi anak panah syaitan.. bila aku bercakap dengan penuh sopan santun dan menggoda pada beberapa orang lelaki....memang hasilnya tidaklah mengecewakan.. dan alhamdulillah.. sekarang ni tak lah plak aku terniat atau terfikir untuk buat masa... menda-menda yang tak sepatutnya tu....

jadi pada kaum hawa.. jangan lah di salahkan kaum adam semata bila dia menggunakan bahasa-bahasa lucah,atau mengusik kamu.. kerana kamu tidak menggunakan perlindungan kamu dengan sebaiknya...

dan kaum adam plak.. jangan lah sesekali duk mengutuk perempuan-perempuan yang bercakap kasar.. kerana.. kemungkinan mereka ingin menjaga diri dan maruah mereka....

DONT JUDGE A BOOK FROM THE COVER



Tuesday, June 14, 2011

aktiviti..aktiviti..aktiti.....zzzzzzzzzzz

assalamualaikum..and good morning

ok pagi ni memang sikit blur.. tapi happy..tapi tak paham
tak delah.. bukan apa...sebab semalam badan aku.. mata aku.... pergh... sakit-sakit dan asyik mengantuk jer..
tapi hari ni.. alhamdulillah... segar ... baik badan baik mata aku ni..

erk
dah start melalut dah nih..
teruska pada cerita semasa dulu...
saje nak share
actually sejak dari 3 minggu lepas, jadual aku memang pack giller..
hampir every weekend aku turun melaka balik kampung..
ada sajelah hal dia...
minggu lepas pun turun melaka..
tapi tak balik kampung..
bawak kawan jalan-jalan..
nanti ku uploadkan ea gambar-gambar kami...

esok plak, start aku nye kursus kat fama,port dickson sampai jumaat ni..
hope will be more fun..
kursus under HR department..
tapid is elia oleh pihak BTN..
so korang pun sedia maklum lah kan...
mesti banyak LDK..

so, this weekend.. aku dah start class..
untuk kali ni, aku ambil 12 jam kredit ..
minggu ni juz review class sebelum aku bayar bil..
kot ada yang rasa berat sangat aku ley drop..
biasalah.. di penghujung-penghujung sem ni..
selalunya subjek dia memang agak beratkan..
tapi aku akan cuba yang terbaik.. dah tinggal 3 sem jerk lagi..

mingge depan plak..
familyday unit aku..
diorang buat kat Bagan Lalang
kali ni memang agak mewah lah..
pelbagai sponsor diorang dapat..
aku jadi AJK Aktiviti..
gosh... macam bijaksana plak aku..
tapi ini salah satu peluang untuk aku tak main..
hahaahhahaahha
ALAMAK..! BELON, TEPUNG, GULA2 BELUM BELI....
HADIAH UNTUK TUKAR-TUKAR TU PUN BELUUUUUUUUM ..
takpe..takpe.. ada masa.. hehhe.. insyallah..

minggu depan dia tu plak..
mungkin aku kena balik kampung lagi...
sebab ayah kata nak buat kenduri...
huhu mesti penat..
tak pelah.. bukan selalu..
pastu minggu lepas tu plak
sambung kelas lagi..

dalam pertengahan bulan julai nanti..
biasa..
family travel..
kali ni dengar macam ramai nak join..
means kakak ipar, along, adik, akak..abang ipar? tak tahu lagi tak kompem..
selalu aku ayah dengan mak jerk..
kali ni.. ramai.. pergi 2 kereta..
memang akan jadi lebih seronooooooooookkk
tak sabar..tak sabar...

eh..dah jauh dah jadual aku dirangka...
memang bizi la ni..
hope aku tak abaikan semua kerja-kerja kumpulan
dan projek paper aku...
amin....




cercite..cercite...

-thanks buat sahabat dari florida.. ingat dah tak sudi nak jengah...
-minta maaf kepala santak.. entry haprak
-doakan aku..

Friday, June 10, 2011

manusia dan hasad dengki

 memang tak dapat di pisahkan, kan? .. aku sedikit terkejut juga dengan kisah yang di ceritakan kawan serumah aku.. tapi aku ley jangka..

al-kisahnya macam ni.. semalam, lepas menonton nora elina, housemate aku si lysa tegur.. 

"ma..kau tak jual nasik lemak dah ya?" 

aku hanya senyum.."aku buat kalau ada orang order 10 bungkus ke atas..ni tengah buatlah ni..ada orang nak dalam 12 bungkus esok"

"hurm. ko dulu hantar cafe, sehari berapa eak?"

"tak tentu la. lysot (nama manja).. awat hang tanya ni sot"

"taklah yati suh tanya kau"

"plak.. nape?"
" urm..tak lah, aku pun tak tahu bila dia hantar nasi lemak kat cafe.."

"yeke? aku rasa ada gak aku perasan nasi lemak yang lain bungkusnya..tak tahu plak aku tu yati punya, kalau tahu.. nak juga aku rasa...tapi sekarang aku rasa macam dah tak de je.."

"ha'ah... dia dah tak hantar.. tu yang di suruh aku tanya kau nih"

"tanya apa?"

"dia cakap...dia hantar tak banyak pun.. dalam 20 bungkus sehari..dia pun hantar saje-saje je.. habis lagi bagus.. tak habis, dia tak kisah pun.. dia saje-saje nak tolong mak mentua dia..tapi dia cakap..mula-mula tu ok je.. hari-hari habes, sampai ada satu masa mula dah tak habes, walhal 20 je dia hantar.."

"erm yeke.. sama lah dengan aku.."

"dia cakap ada satu hari tu.. hanya 4 bungkus je laku.. kau tak pelik ke ma?"

aku senyum je.. 

lysa sambung lagi " kau banyangkan ea.. dalam beratus-ratus orang yang datang nak sarapan tu..tak kan la diorang tak terambil nasi lemak yang hanya 20 bungkus ni? kau pun tahukan, kita kalau datang pukul 8 lebih tu pun, makanan dah tak de sangatkan.. tak kan kau tak ambik nasi lemak bungkus yang ada ni kan? betul tak? logik tak?"

"hurm, memang pun, aku pun ada terpikir macam tu juga masa aku berniaga tu.. kau bayangkanlah.. aku yang mula-mula hantar 25 bungkus sehari..pastu owner cafe sampai suruh aku tambah, jadi hampir 40-50 bungkus sehari aku buat.. tiba-tiba 1 hari PAP! banyak gile tak habes... kau tak sentap?? yang aku dapat masej kutuk-kutuk nasi lemak tu lain plak cerita..end up aku.. aku hantar sehari kadang-kadang belas je... pun tak habes... mesti ada tak habes.. 10 bungkus ke atas.."

"betul lah ya? ke, pakcik tu sorok?"

"tak lah.. aku masa hantar dulu, selalu juga wat sportcheck..dia tak pernah pun nak sorok..ada je dia letak setempat.. buat apa dia nak sorok.. kalau benda tu tak jual.. dia la yang rugi..sebab tak dapat kaut untung atas angin...untung yang tak payah dia nak pikir dia akan rugi tu..."
 
"hurm.. betul jugakan?"

"ntahlah.. aku nak cakap, aku pun tak pasti..tapi kau pun tahukan, mak kau pun berniaga kan kat kampung? selalunya, kalau ada benda-benda yang kacau periuk nasi kita..mesti tuan yang berniaga dapat rasa..betul tak?"

"ha'ah betul.."

"itu lah yang aku rasa...sebab kepelikan itu terlampau sangat...aku tahu orang tu bukan niat nak tutup terus periuk nasi aku.. cuma dia nak aku terasa putus asa..dan aku yang tarik diri sendiri.. bukan dia yang terlungkupkan aku...aku terasa sangat benda tu.. bukan ke, kita memang ada deria ke-6 untuk perasaan kita sendiri?"

"yeke ma?... mungkin kot... sebab sama plak macam ko dan yati kena..."

"biarlah sot.. kau cakap kat yati, mungkin tak de rezki kat situ.."

"tulah.. nanti aku bagi tahu dia... "

"hal ni, buat aku belajar betul-betul.. apa itu redha.. usaha.. dan tawakal.. memang aku rasa giller.. kalau itu rezeki aku.. setakat itu sahaja.. hanya itu sahaja... yang lain bukan lah hak aku.. sampai aku dah boleh tersenyum ambil bakul nasi lemak, walau pun dalam tu ada baki 15-10 bungkus dari 20 -18 bungkus yang aku buat.."

ha... itulah kisahnya..mungkin korang sendiri pernah dengarkan, kisah-kisah yang di alami para peniaga, kalau diorang di dengki orang lain kerana kejayaan? dulu aku hanya dengar..hanya melihat apa mak bapak aku rasa.. sekarang ni... aku sendiri yang kena.. jadi aku paham sudah..bertapa peritnya hidup kalau manusia saling berdengki dengan kejayaan manusia yang lain... huhuu.. moga Allah merahmati dan melindungi keluargaku dan sanak saudara dan para sahabat ku amin....

Tuesday, June 7, 2011

al-kisahnya.....


sebenarnya persoalan ni terjadi masa aku keluar hangout dengan classmate di 'Q' Bistro, BTR .. tetiba kawan aku cuit.. "ma..ma.. macam mana dia pakai tudung tu" sambil menuding jari ke arah seorang wanita yang sangat cute semasa mengenakan tudung yang berlilit macam mana tah.. tapi agak kemas.. aku senyum.. cuma menjawab.. "tengok kat youtube dah le..payah nau kau" (maklum le orang melakeeeeee).. kawan aku cuma senyum je.. pastu dia jawab.." sekarang ni ema tengok, orang pakai tudung macam dah mengejar fesyen plak... diorang ni macam buat tudung tu macam trend je.. bukan kewajipan..." "erk..~ " itu jerk mampu aku jawab.. hahahahaha.. nak tahu kenapa?? sebab masa tu.. kebetulan la plak... aku pun pakai selendang lilit-lilit nih... memang hakikat diorang terkejut..sebab aku selalu kalau keluar..sempoi jerk.. dengan kawan-kawan kelas ke.. kawan-kawan chatting ke..kawan-kawan kereta ke..kuar sorang-sorang ke..(kadang-kadang jerk la, kalau sorang ni) aku memang sempoi.. jeans..t-shirt-..tudung.. macam gambar header tu.. tapi header tu ada la siuman sikit.. ada la selendang lilit tu.. kalau tak.. tudung sarung biasa jerk aku belasahkan... so malam tu masa aku jumpa diorang.. ter lilit plak selendang kat kepala.. wakakkaka.. so mereka agak teruja dan kehairanan.. tapi aku  buat dont know jerk.. biarkan pertanyaan diorang berlalu pergi bersama aney yang ambik order tu..

sebenarnya.. ramai kawan-kawan aku tak tahu, cara pemikiran aku tentang pemakaian.. mungkin ya.. apa aku pikir salah.. dan mungkin tidak bagi aku..( tapi aku rasa ada sikit salah apa pikir rasanya..) sebab cara berpakaian aku kat pejabat dan luar adalah sangat-sangat berlainan.. sebenarnya.. aku nih lebih suka sesuaikan ikut majlis atau event dan tempat mana aku pegi dengan pemakaian aku.. cuma tulah.. nak buat macam mana.. kadang-kadang mata orang sakit pandang aku.. hahaha... tak lah gurau..gurau..

ok, macam kat bawah sekarang ni.. ni salah satu style aku kat pejabat..(actually ni pagi tadi nye pic nih.. snap sebab nak discuss dalam nih..)







(yang bawah ni plak, picca2 lama)



ok.. oleh kerana, kawan-kawan aku yang lain, tak jumpa aku kat pejabat.. jadi diorang tak tahu macam mana aku dress up... how i wear my hijab.. apa pemilihan hati aku dan sebagainya... jadi tak hairan lah kalau ada yang terserempak.. pandang aku dua kali sebab kompius.. betul ke itu aku? ..memang bukan lain macam.. tapi macam semacam la .. senang cerita.. 

macam tu juga kalau aku pakai masa kat luar.. kalau budak pejabat tengok aku pun, pusing dua kali..sebab macam kompius betul ke tu aku.. ( aku memang tak pernah keluar dengan kawan-kawan pejabat ) mana tak nya cer korang tengok sesempoi habes aku.. ish.. ish.. ish..





huhuhu.. sempoikan?? TERLALU simple kan?? tapi tengok jugak la.. kalau aku betul-betul bersantai tanpa tujuan.. aku macam kat atas tu jer... tapi .. kalau aku memang bukan dalam workday..dan bukan bersantai-santai kosong.. aku macam gambar kat bawah ni plak...






 hakikatnye.. aku pun tak tahu apa aku merapu malam ni... apa motif cerita entry kali ni pun aku tak tahu... tersasar jauh dari apa aku pikir dari asal.. hahahahahahaha macam mana eak??? 

baik aku chow dulu... laaaaaaaaaaaaaaaarrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkk.....





Monday, June 6, 2011

lagu tema BERTUKAR button

LASKAR PELANGI

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

overall lirik lagu nih memang aku suka... sebenarnya dari dulu lagik... tapi tak boleh nak letak..sebab sama dengan si ikhlas warisan.. adess... tak best ar lagu sama.. hikhikhik.. but now dia pun dah tak guna.. so aku lak yang ambik.. dengan keadaan diri aku sekarang.. memang tengah happy.. dan berasa aman sekarang... so.. aku pun meng'up'kan lagu ni sebagai tema plak.. tema kena ikut mood.. kang tetiba aku nak lagu TERATAI sharifah aini jangan ada yang mute lak.. hahahahaha.. but this song really nice.. dari seni kata ke muziknye.. yang ni.. bukan official version.. ni unplugged tp kekuatan muziknye... jadi lagu ini memang sedap telinga aku dengar walau dalam version apa pun... so layaaaaaaaaaaannnnn..




Friday, June 3, 2011

surat untuk awak...pecah kaca pecah gelas,dah baca harap balas.. hehehe


                                                                                                               Encik Awak
                                                                                                                kampung sebelah i-city
                                                                                                                012345 Negeri Ehsan

                                                                                                                3 jun 2011

assalamuaalikum..(tak jawab dosa)

kehadapan awak....

awak..saya nak minta maaf kalau awak ada terasa hati dengan kita ea...arini kita dah rasa ok sangat-sangat..Allah memang sayang kita...kita doa sekali, Allah makbulkan ^_^ supaya hati kita tenang.. bangun pagi tadi kita haaaaaappppyyy sangat-sangat..kita bukan apa..tertacing sikit jerk..huhuhu..yelah kita terkejut jumpa awak kat 'bentuk musim semi' tak sangka ada kat situ...masa kita belek-belek awak kat situ.. kita ok je..rasa macam ada soalan..tp kita biarkan je..tapi kita sangat terkejut tengok rupanya awak pun ada 'laman menulis elektronik' ni..lagi kita sedih sebab awak mula menulis sejak kita berumur 23 tahun.. kira awak lagi tua dari kita.. .bila kita dah tekan nak pergi kat 'laman menulis elektronik' awak.. kita nampak lagi nama 'nora elina binti nordin' dalam 'laman menulis elektronik' awak.. tak pelah..kita diam lagi... 

tapi kita betul-betul terkedu bila awak bagi puisi romantis pada 'nora elina binti nordin' yang sukakan 'bunga' tu..hurm.. kita terkedu bukan apa..sebab sangkaan kita meleset..kita ingat awak tak berubah macam dulu.rupa awak dah berubah.kalau dulu awak sorokkan kekasih hati awak..orang tengok awak ni jenis lelaki yang 'anti perempuan' dalam hidup awak hanya kerja..kerja..kerja..tapi sekarang awak berani bagi tahu semua orang tentang kekasih hati awak dan menulisnya di 'laman menulis elektronik' (suatu perkara yang kita amat dambakan dari awak suatu ketika dahulu)

pastu kita kecik hati dengan awak... mana taknya..dulu masa awak baru dapat tahu kita pun ada 'laman menulis elektronik' awak seakan perkecilkan kita..sebab kita menulis ini sebaga diari..dan awak kata awak pun terasa macam nak menulis..walhal rupanya awak dah menulis dulu dari kita..tak pelah..kita pendam je rasa pedih tu..

lepastu kita nampak link 'muka buku biru' awak..sebenarnya kita pernah dah carik awak dekat 'muka buku biru'..tapi kita jumpa yang lama..tapi masa kita tengok kat 'laman menulis elektronik' awak, kita nampak pautan ke 'muka biru awak' kita pun berpaut kat situ nak pergi ke 'muka biru awak' terkejut juga kat situ..selepas melihat keberanian awak mendedahkan hubungan awak dengan 'nora elina binti nordin' yang suka 'bunga' kat situ..(perkara yang kita idamkan awak buat masa kat laman 'kawanster' awak dulu) takpe..kita cuba juga senyum...

kita nampak plak pautan ke halaman rumah 'nora elina binti nordin' kita berpaut untuk pergi situ..bila kita sampai..kita cuba semak dinding rumah 'nora elina binti nordin' kita terkejut lagi..sebab kita tengok awak ada juga menghias 'dinding' rumah 'nora elina binti nordin'.. dalam hati kita berbisik.. beruntung 'nora elina binti nordin' dapat awak yang sekarang..sebab kalau dulu,awak tak pernah hadiah apa-apa pada kita apa lagi nak buat kejutan di dinding kita..

bila kita baca.. baru kita paham, kenapa masa tu awak macam berat je bila kita minta tolong tunjuk kan rumah rosmery..rupa awak jadi orang sebelah ya... tak pelah...kita senyum je..sekarang ni, baru kita paham.. kenapa awak tetap macam dulu kalau dengan kita walau ia terjadi sekarang.. sebab dalam hati awak sudah ada 'bunga' .. kita ingat awak tak berubah hehehe.. asyik kita je yang hantar 'pesanan ringkas' kat awak dulu.. macam dulu-dulu ..lepas tu baru awak balas.. ouh rupa kita silap... tak pelah.. kita dah pahaaaaaaaaaam sangat-sangat sekarang.. 

kita minta maaf kalau menyusahkan awak selama ni ya.. kita tak niat apa-apa.. kita harap 'nora elina binti nordin' pun tak tersalah sangka dengan kita... hati kita lega..sekurang-kurang nya, kita tahu awak sebenarnya bahagia..hampir 1 tahun lebih awak dah bahagia..sebelum ni kita risau.. kita takut ..dan serbesalah..kita ingat awak tak gembira dan bahagia..tapi sekarang kita dah tahu awak bahagia..tahniah untuk awak..hari ni kita gembira.. sebab adik yang lama kita abaikan dulu.. dah jadi adik kita balik.. adik eda ..hari ni kita nak balik kampung.. nak sambut hari jadi along dengan wan.. kalau tak dulu kita sambut hari jadi awak sekali kan? tak pelah.. asal.. mak, ayah,mama, dan abah.. tetap ibu bapa kita bersama ... kita tetap macam dulu kan.. macam kumpulan hujan cakap.. " aku adikmu..kau pula abang" .. kita undur diri dulu ya.. kita sakit kepala.... 


yang benar ..

- iyvonne - 







 tapak kasut-

  • balik melaka lagi
  • serius aku memang dah happy
  • aku tunggu masa untuk pindah
  • 'kita' tahu 'awak' baca surat ni.. senyum..tak perlu gusar
  • 'kita' dan 'awak' tetap macam biasa ^_^ 


Thursday, June 2, 2011

temu bual dengan METROJAYAs





wartawan : apakah perasaan saudari sekarang ?

aku : ntah la.... blur..

wartawan : saudari sedih?

aku : jujur.. YA

wartawan : saudari gembira?

aku : jujur..ya TAPI tidak

wartawan : so, dalam keadaan apa saudari sekarang?

aku :  jujur.. KELU

wartawan : saudari kecewa?

aku : jujur..SEDIKIT

wartawan : kenapa saudari perlu kecewa?

aku : jujur .. MELETAK HARAPAN DALAM PERPISAHAN

wartawan  : saudari..wajarkah itu?

aku : jujur.. MEMANG TAK WAJAR

wartawan : jadi kenapa saudari masih meletak kan itu?

aku : jujur.. MASIH ADA SAYANG

wartawan : kenapa saudari tak pernah berterus terang?

aku : jujur.. memberi PETUNJUK untuk dia MARA kesini..TAPI dia seperti TAK mengerti..

wartawan : bukankah..saudari yang minta undur diri ..

tangan wartawan mengapai helaian dalam kotak dan menghulurkan ke aku
sambil aku menyambut dan melalukan helaian itu ke pipi

aku : thanks....

wartawan : yup..welcome..

aku : jujur.. YA

wartawan : jadi..mungkin dia takut saudari masih lagi menjauhkan diri walau dia akan cuba dekati

aku : TIDAK .. kini ku paham mengapa ..

wartawan : mengapa? 


aku : (senyum) bunga.... 

wartawan : tapi aku sedikit hairan saudari..

aku : kenapa ?

wartawan : saudari sudah tahu hakikat yang nyata..tetapi kenapa saudari masih lagi berasa sedih.. gembira,tapi tiada riak bahagia

aku : TIADA apa .. ^_^ 

wartawan : mengukir senyum? hairan aku ..

aku : dia berhak bahagia bukan ..?

wartawan : ya..

aku : aku tahu hakikat diri tiada selayak untuk berada dengan dia. jadi, airmata hanya mahu menghapus luka..senyum hanya mahu melakar ceria..tawa hanya mahu membunyikan bahagia..agar semua tidak kelihatan nyata..kabur dan tersembunyi dalam kalbu yang dilindungi rangka dada yang keras dan sasa..

wartawan : wah..bermadah pujangga ..

aku senyum tanpa bicara ..senyum tak perlu kata apa-apa

wartawan : jadi, apa dalam hati saudari kala ini?

aku : diri aku

wartawan : tanpa riak?

senyum lagi

aku : riak apa saudara mahu

wartawan : riak gembira?

aku : ada .. (senyum)

wartawan : riak kecewa?

aku : bakal aku hapus (senyum)

wartawan : hurm...

aku : kenapa? 

wartawan : cinta???

aku : cinta tiada lagi

wartawan : sampai begitu sekali? 

aku : (senyum) cinta aku hanya untuk dhia delisha dan alif hakimi.. cinta hati bonda

wartawan : lelaki

aku : tiada dalam kamus hidup

wartawan : parah..

senyum lagi..

aku : kenapa perlu kata begitu?

wartawan : hanya kerana itu..saudari bertindak begitu ?

aku : apa perkara yang akan membahagiakan kamu wahai saudara?

wartawan : apa yang aku miliki dan hajati ada bersama ku

aku : kalau tidak seperti itu?

wartawan : aku akan cuba terima seadanya apa yang ada

aku : bagaimana?

wartawan : melepaskan yang tak pasti, melupakan yang terpahat di hati, bergembira dengan apa adanya aku

aku : jadi, salahkah aku?

wartawan diam..
1 detik
2 detik
3 detik
 mengukir senyum

wartawan : aku bagai mengerti..tapi buat kamu, aku seperti rasa itu seperti salah

aku : tak adil kata begitu (tawa kecil)

wartawan memerhati sambil tersenyum
~~~
tawa terhenti sambil tertunduk senyum

wartawan  :  tawa ini akan kekal?

aku : insyaAllah saudara (senyum)

wartawan : saudari .. telah lama aku membaca coretan saudari ..segala duka, suka, dan ceria, aku membacanya.. saudari tahu apa pemikiran ku pada saudari?

aku : tak termampu aku nak membacanya

wartawan : saudari sungguh kuat

aku : mana saudara tahu.. saudara tak pernah kenal baik siapa aku (senyum)

wartawan : dari penulisan..segala permasalahan.. kekosongan.. airmata.. kekecewaan.. kelukaan.. penderitaan.. kegembiraan.. senyuman.. kebahagiaan.. kepuasan...

aku : dihitung banyak sedih dari senyum.. (tawa)

wartawan : sebab itu aku bilang saudari kuat

aku menghulurkan minuman
disambut wartawan

aku : saudara terlalu banyak bicara

wartawan : sebab itu kerja aku

aku memandang kejauhan

wartawan : termenung?

aku : taklah. khayal

wartawan : apa harapan saudari?

aku : (senyum) moga dia(lelaki) bahagia.. moga dia(perempuan) menjaga dia(lelaki).. tidak melakukan seperti aku..

wartawan : untuk diri saudari?

aku : tiada apa (senyum)

wartawan : mana mungkin?

aku : tiada perlu harapan buat manusia yang hayatnya tak lama ..nanti pergi mata terbuka,sebab ralat harapan tak tertunai

wartawan :(kerut kening) siapa kata

aku : orang-orang tua yang hidup lebih lama dari kita (senyum)

wartawan menghulurkan helaian sekali lagi
aku menyambut dan kali ni dilekapkan di mata

wartawan : saudari suka buat orang keliling tersenyumkan ? jadi hapuskan titisan itu..supaya aku tetap tersenyum dan bisa membaca coretan saudari

aku mengalihkan helaian itu 
diam
1 detik
2 detik
3 detik
senyum...

aku : insyaAllah saudara (senyum)






nota : ulang papar






klik iklan ni tak kena bayar pun