Friday, December 24, 2010

di pagi jumaat yang indah... indah banget deyh...

jeles melihat peng"update"an kawan-kawan blogger..
membuat aku makin mahu menulis...
cheeewah....
sejak bila pandai jeles-jeles nih???
bukan selama ni aku menulis mengikut nurani ke??
kuikuikui
hari ni aku bergerak ketempat kerja dari rumah along akudi kinrara..
my mum pun baru sampai petang semalam..
so..
late stand 1 more day..
itu pun tak puas nak melayan NUR DHIA DELISHA..
that's my nephew name's yang aku daftarkan semalam di JPN
huhuhuhu..
abang aku kan Orang Kuat Usaha (OKU)
so aku dengan berbesar hati membantu dalam urusan-urusan rasmi..
seronok kalau duk berjalan dengan abang aku nih..
topik yang memang sure lah kitorang borak dan bincangkan..
adalah isu PENJAWAT AWAM..
ni include aku dengan abang aku lah ni...
oleh kerana aku memang kerja di putrajaya..
so aku bawa abang aku ke sini untuk buat pendaftaran..
sebelum tu..
aku habaq dulu..
abang aku ni seorang pegawai untuk OKU di pejabat kebajikan masyarakat kuala lumpur..
nak di jadi kan cerita..
sebelum aku dan along ke JPN, aku bawak dia ke presint 11 untuk photostat
kat situ ada 2 kedai mamak...
dan kedua-dua kedai mamak tu penuh dengan kakitangan kerajaan pada jam 10 pagi..
walau abang aku ni tak nampak sangat..
tapi dia boleh tahu itu orang-orang gomen..
dia senyum jerk..
terus jerk aku kata..
"laillahaillah... apa lah diorang buat kat sini ramai-ramai.. buat malu jerk la.."
hakikat.. memang muka aku tebal dengan abang aku..
PUTRAJAYA tu..
pusat pentadbiran...
aduih..
lepas photostat..
along aku request nak sarapan..
aku kata pergi tempat lain, sebab aku tak makan makanan mamak..
aku bawak ke foodcourt presint 9..
pergh.. situ pun ramai yang berbaju batik..
alaaaaahai ...
bengkak hati mak nyah..!~
yela.. even aku ni bukan orag berpangkat besar...
tapi aku pun rasa macam sikit kecewa juga dengan situasi tu..
mula la perbincangan aku dan along di meja makan...

along : ramai ea kat sini
aku : ha'ah long.. rotate kot sarapan..
along : memang ada ke waktu kudapan dalam waktu bekerja?

aku senyum jerk....

along : hari tu along ada meeting dengan orang kementerian kau dan NGO kat hospital (putrajaya)
aku : bincang pasal apa?
along : pasal masalah orang-orang mental..
aku : oo... ramai?
along : ramai juga.. ada yang jusa C .. orang kau ramai dari PUU.. NGO pun ada la beberapa badan..
aku : ada masalah apa?
along : kadang-kadang aku geram juga dengan orang-orang atas ni.. cuba la fikir solution..jangan lah main ping-pong..ping-pong..

aku dah mula kedepan sikit .. macam best jerk nih..

along aku sambung..
orang KKM suruh orang kebajikan handle orang mental dan nak suh register diorang sebagai OKU .. macam mana lah kita nak buat.. kita tak de kepakaran.. sepatut orang mental bawah kemeterian.. kita tak boleh nak bagi bantuan dari segi penjagaan untuk orang mental..kami bukannye ramai berGred U yang pakar..

aku mengiyakan.. sebab setahu aku, ada pun yang ramai atendan kesihatan jerk kat kebajikan masyarakat ni.. pastu aku tanya... so.. ko tak cakap pape ke? aku pancing, sebab aku tahu abang aku ni pantang sikit bab ni.. sebab dia di kalangan OKU amatlah memahami kesengsaraan kawan senasib..

ada... along dapat jerk mic.. along cakap jerk la... masa tu dah separuh perbincangan dah... masih lagik tolak menolak.. turn along.. terus along kata.. terima kasih pihak hospital yang mengambil berat..bla..bla.. along puji sikit.. pastu along tapaw.. tuan2 dan puan2 tak malu ke dengan orang2 awam yang hadir bersama pada hari ini (NGO)..kita kakitangan kerajaan, kena tunjuk kan sifat bertanggungjawab.. bukan main ping-pong2 macam ni ( tolak menolak urusan kerja) .. saya seorang pegawai OKU ni kad saya.. kalau saya yang OKU boleh fikir..kenapa tuan2 semua tak boleh nak fikir? saya paham apa perasaan orang2 OKU..kalau rasa memang tak boleh dengan berbesarhati masing2 mengambil tanggung jawab.. kenapa kita tak aju cadangan pada pihak atasan masing2,, untuk diorang sama2 jumpa dengan perdana menteri ke, duduk sama2 berbincang, kaji balik.. sepatutnya, siapa yang lebih berkelayakan untuk mengurus orang-orang mental..bukan main sorong tarik macam ni..malu pada NGO..diorang sama-sama mahu membantu, tapi kita.. tiada kesepakatan..

hah kau..!~ melopong jap mulut aku... "pastu long.."

semua dah berubah airmuka dah.. ada lak bos aku suh duduk jangan cakap lagi..aku kata lah.. tak puan... saya nak semua orang paham, apa perasaan kami yang OKU ni, bila hal-hal macam ni di ketengah kan. pada pihak kementerian, kami kebajikan masyarakat, hanya membantu mengambil orang-orang yang mental yang merayau tak tentu hala, untuk di serah pada pihak kementerian, kerana kami tiada kepakaran untuk merawat atau menjaga mereka..kami hanya membantu..kesian tengok diorang terabai..

aku pikir, betul juga tu...

dia sambung.. ada pulak la.. orang dari kementerian kau bersuara.. eh, bukan ke kebajikan masyarat dapat peruntukan lebih dalam rmk10?terus along kata.. encik.. jangan dibincang pasal peruntukan rmk10 sedang kan rmk9 pun kami belum dapat sepenuhnya.. kami staff kebajikan pun kebanyakannya buat kerja memang KEBAJIKAN.. staff sokongan saya kerja lebih masa tanpa dapat imbuhan..kerana kami sendiri kekurangan sumber.kesian pada mereka.. sekali dua mungkin ikhlas..lama-lama.. mungkin jadi terpaksa..isnin-jumaat memang diorang kena datang kerja..kadangkala sabtu ahad dan malam pun kami minta mereka buat operasi luar..tapi tak dapat memberi imbalan sepatutnya pada mereka.. dahlah penat... masa dengan keluarga pun terabai..kesian pada mereka.. kalau pihak tuan kata, masalah pihak tuan adalah kekurangan tempat untuk meletak kan orang-orang mental..kenapa tak berbincang untuk menambahkan lagi bangunan atau apa sahaja untuk menyelesaikan masalah ini? kami tiada kepakaran..kami tiada gred U yang ramai.. ada plak yang kata, tak pe.. kami KKM akan bagi latihan... yaAllah tepuk dahi along...

aku gelak jerk.. aku kata.. along.. lenkali hang jawab la... adik saya kata.. nasib atendan kesihatan untuk sijil peningkatan latihan diorang pun, masih tak tahu siapa nak incharge..masih tolak menolak kerja.. ni nak handle orang luar.. hahahahaha... aku sambung gelak..

abang aku senyum jerk...pastu abang aku sambung " along rasa muka along ni dah black list dah dalam mesyuarat-mesyuarat macam ni kot... hahahahahaha"

adeehh.. tak pe long.. at least aku berbangga dengan kau... aku tahu ko ikhlas dan ko tak suka orang memperlekehkan keadaan..orang OKU... memang kuat semangant... aku bangga dengan abang aku...

ada lagi kisah kami... hehehe.. masa di JPN dan pejabat pos malaysia... tunggu ya... nanti aku cerita lagi... hahahahahahahaha

p/s : minta maaf kalau tulisan ini melampaui batasan.. ini adalah perbualan adik beradik meluah rasa... tak salah kan? =)

Tuesday, December 21, 2010

finally ... i became a vouge aunt..!

hoooreeeeeeeeeyyyyy....!!!!
hahahahahahaha..
saya dah jadi auntie...
seroooooooonok sangat...
lepas ni tak yah nak sibuk2 kacau baby orang atau duk layan anak kecil orang lain..
kita dah ada baby jugaaaa
hehehhe... to my brother ans sis in law..
tahniah buat korang...
buat ayah dengan mak...
yeeehaaaaa... dapat cucu dah...
dah makin tua dah.. yeay..yeay..
kira sekarang...
orang keliling tak payahlah nak mengutuk mengata family saya k...
Allah maha adil..
dia bagi ayah dan emak saya.. 2 menantu serentak..
dan telah menimang 1 cucu dan bakal dapat cucu ke dua bulan 2 nanti...
berkat kesabaran ayah dan emak yang tinggi..
saaaaaaaaaaaayng mak dengan ayah sangat2...

tapi...errrr...ada satu masalah kat sini..
macam mana dengan perancangan surprise anniversary mak dengan ayah yang aku dah program dan settingkan ni..
aduih.. nampak gaya macam diorang akan turun kl sabtu ni jerk.. alaa.. macam mana ni...
macam mana nak reprogram balik ni..
kalau tak... aku akan ambush diorang jumaat malam..
tak kira.. walau apa pun.. tetap akan jadik juga...

Thursday, December 16, 2010

minda berfikir.. hati terasa.. jari mengetuk papan kekunci

~
~
termenung lagi depan skrin..
2 minit berlalu ~
4 minit berlalu ~
6 minit berlalu ~
haih..~
apa aku nak taip ni..
rasa macam ada sesuatu yang aku nak luahkan dalam ni
tapi kenapa bagai kelu dan kaku
erk..!~
kenapa ni..


aku rasa..
hati aku risau...
hati aku runsing..
hati aku bercelaru..
aku rasa keliru..


aku rasa..
aku perlukan seseorang..
atau lebih..
untuk memberi aku semangat balik..
untuk terus membangkitkan spirit aku..
supaya aku menjadi manusia yang begitu tabah seperti dulu..


aku rasa...
bagai patah sayap..
segalanya aku rasa bagai mula pudar..
keseluruhannya..
kerjaya..
rezeki..
pelajaran..
kasih sayang..
kekuatan..


apa perlu aku kata lagi?
segalanya telah aku lalui..
pahit getir hidup..
semua bagai badi..
dah pergi datang kembali...


penat?
ntah...
macam dah tak tahu apa rasanya..
kadang kala kalau aman sahaja..
aku rindu untuk terima tujahan emosi..
cuma aku terasa satu...
setiap aku lalui...
akan jadi renungan untuk sahabat
akan aku nasihati
mengikut pengalaman basi...

aah..!~
tuhan...
Kau sahaja yang mengetahui..
untuk apa segala
ujian dan dugaan Mu ini...

Wednesday, December 15, 2010

aku mahu berehat lagi di bulan..


nyaman rasa berehat di sana..


tadi masa BW , ada paste kan kisah untuk yell pada kawan blog, untuk dia nasihatkan temannya yang putus cinta.. tapi terbaca balik kisah DEN.. ah..!~~ abaikan...
kerana amat perit untuk terus di ingati..
walau dia sudah berbahagia sekarang..
dengan wanita yang lain bukan tunangannya..


ok.. next topik please....
hari ni baru hari rabu..
tapi aku rasa macam dah hari khamis..
asal ntah.. tak sabar nak balik kampung kot..
rindu yang amat pada ayahnda bunda..


huhu..
rindu banget deyh...
sabar..sabar..


erk..!~
dont know what i feel..
but..
terasa kecelaruan disitu...

Tuesday, December 14, 2010

dagu..oh dagu... dagu anda sama dengan saya tak??

ini bukan pic ehsan pakcik google k.. tapi ini ownernye dagu.. ekekekeke


DAGU

Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.

Monday, December 13, 2010

dag..dug..dag..dug..







dag..dug..dag..dug..
hati berdetak detuk..




dag..dug..dag..dug..
adakah benar aku rindu..




dag..dug..dag..dug..
air mata ku gugur bersama kenangan lalu




dag..dug..dag..dug..
mengiyakan kejujurannya jauh di sudut hatiku..




dag..dug..dag..dug..
hakikat ketulusan hati, tiada siapa dapat tandingi dialah jauraku




dag..dug..dag..dug..
adakah perlu isikharah kembali..? adakah perlu..?




dag..dug..dag..dug..
adakah gadis lain mendampinginya? aku ragu..




dag..dug..dag..dug..
dada ku berdebar tuk nyatakan rindu..




dag..dug..dag..dug..
buntu.. aku buntu..


dag..dug..dag..dug..
dag..dug..dag..dug..
dag..dug..dag..dug..









klik iklan ni tak kena bayar pun