Friday, May 30, 2008

YAAAHHHHOOOOOOOOOOOOO

ari ni aku nak balik kampung.. aku cuti sampai hari selasa tau. aku dah rindu giler kat kampung. mana taknya.. dah 2 bulan tak balik.. huhuhu. kenapa 2 bulan??? yelah, hari tu, masa bulan 3, bapa aku dah sound.. "mah, bulan4 tak payah balik, balik bulan5".. ha, jadi aku sebagai anak mithali pun mengikut perintah bapa aku, balik bulan 5. yang seronoknya, aku balik ni, adalah hari jadi abang long aku 31/5 dan adik aku 1/6. ( pakwe aku pun 31/5 juga.. ehehe, tak sabar nak wish kat dia..) hari jadi untuk 2 orang, tapi aku beli hadiah untuk semua orang dalam umah aku (termasuk pakwe aku..hehehe)aku pun tak tahu nape aku nak beli hadiah untuk semua orang. tapi seronok tau kalau balik kampung ni bawa balik buah tangan.. aku harap, diorang semua suka dengan hadiah yang aku beli kan....
orang kata, kalau selalu cium dah tak wangi.. kalau jarang cium, wangiiii je... macam tu juga dengan keadaan aku skang ni, kalau selalu duk kat umah, ada je yang macam tak kena, tapi kalau jarang balik ni, kita sampai rumah, semua orang macam gembira tu yang best merantau tu... tetiba aku terfikir.. KALAU AKU NAK TRANSFER KE SABAH, AGAK2 BAPA AKU BAGI TAK??? heheheh

lalala~~

semalam...
aku happyyyyy sangat.....
aku semalam dapat borak panjang2 dengan adik amad lama juga lah..
tapi dia tak sihat. kesian dia..
banyak yang kami ceritakan tau.. pasal alim.. pasal dia dengan mira.. pasal julie.. pasal aku pun masuk juga. ehe.err.. aku dengan pakwe aku lah.. of courselah kan..heheheh..
petang semalam aku main bola tampar. best, memang best.. aku suka team bola tampar yang ada skang. friendly dan membantu. diorang banyak ajar aku cara nak ambil bola macam mana. bola depan net yang aku tak tahu nak ambil tu... nanti aku amek gambar diorang main k..
yang lagi best, bukan kita main 1 kementerian jer.. campur2.. sape nak join boleh aje.ehehe.
aku dah jatuh cinta dah dengan bola tampar..
tapi 1 permainan yang masih aku cari gang.. TENIS..
payah nak cari gang dan guru yang ngajar... macam mana eak???

Thursday, May 29, 2008

:(

:(
semalam adalah hari yang membosankan,,
aku terlewat balik, terus menghilangkan mood aku untuk pegi gym..
so, aku balik awal dan goreng mee.. perggghh.dahlama tak kena tu..
aku lupa plak nak amek gambar tgh goreng mee..eheheh (nanti orang kata aku perasan plak) tak pe lah,lain kali lah ya. masak paprik nanti aku amek gambar bahan2 dia.
oh ye...
aku dah download chatbox so, kalau kamu nak say hai kat situ dan borak2 jom lah...
boleh kita kawan2 ;)


Wednesday, May 28, 2008

pakwe kita ngajuk lagi laaaa

alaaaaa, cenggana ni? pakwe melor ngajuk lagi lah dengan melor... camne nak wat ni?? memang lah kadang2 aku tak puas hati jeee dengan jawapan2 dia bagi kalau aku tanya. memang hari tu aku ngamuk sket tapi...ntah lah. cammana nak buat ni eak? kalau slalu msg, aku macam pening je. kalau tak ada rindu semacam..tapi mana lagi banyak eak?? rindu ke, pening??? huahuahua

Tuesday, May 27, 2008

majalah yang aku minat





aku nak kongsi dengan korang lah majalah yang aku minati..majalah WANITA. aku sungat. banyak info yang aku dapat dari situ tau. hal2 kewanitaan rumah tangga.masakan.hal keagamaan. cerita2 novel.cerpen.luhan pembaca.masalah pembaca.cerita hantu.perihal syariah.macam2 yang paling aku suka bahagian mana tau, "RESIPI"..pergh, itu part yang aku suka.aku suka cuba masakan2 ni..ehehehe.kadang2 ambik teknik2 jer then aku buat stail aku sendiri.sebab aku ni suka yang pedas2. korang kalau minat juga memasak, nak kongsi resipi yang mudah dan sedap kongsilah dengan aku.dan mungkin aku boleh bagi tips masakan yang mudah dan menyenangkan.. kita tukar2 pendapat.. pasti ok kan? errr.. jangan lupa tinggal kan email korang nanti kita boley kontek2... ehehe

semalam...

semalam aku tak tahu apa perasaan aku. aku macam happy ada sedey ada
tapi aku tak tahu kenapa. tapi bukan sebab hormon k... aku dah normal. baru lepas mamnu' ehehehe.aku happy maybe sebab aku banyak borak dengan adik2 aku semalam, dan sedey maybe pasal pakwe aku tak reply2 mesej aku kot.huahuahuahua... agaknya laa..ehe.
semalam juga hari yang menyeronok kan sebab aku punya berat badan dah turun 2KG tau..huhuhu. jangan memain. aku pun tak sedar aku sendiri dah jarang makan dah..doakan aku kurus lagi yer...hikhikhik.. cayang kat korang...

Wednesday, May 21, 2008

aaargghhhh cuti... bestnya..





masa cuti hari wesak hari tu, harian aku penuh dengan aktiviti. hari sabtu aku g main bola tampar.. tapi tak sempat ambik gambar le..(tak sempat juga dating dengan pakwe aku yang turun kl...salah dia jugalah dia tak cakap nak turun kl awal2) abis balik tu, aku g repair keta kat adik sepupu aku kat kuchai. dia memang power betul kan keta buatan malaysia ni..banyak lah benda yang dia bincangkan dengan aku untuk memanthapkan kereta aku tu.. nak tambah spring la, sport rim lah, itu lah ini lah.. aku cadang kat dia aku nak order sticker nama blog aku ni,dia kata ok.. so korang tunggu jelah ya.hehehehe.pastu besoknya aku g shah alam dengan house mate aku g tgk ikan kat wetworld.g muzium g makan sup ani utara.. pergh.. best tau.balik jer petang tu, malam tu aku g karaoke dengan bos aku, pastu aku g bantai main bowwling plak dengan bos aku sampai kul 1 pagi..heheheh. gabra gak aku nak balik sorang2 ta[i nak buat macam mana kan...dan esoknya.. memang aku melepak penat.. tak larat beb menggigil lutut penat tau.. ni aku lampirkan sket2 lah aktiviti aku minggu lepas..

Tuesday, May 20, 2008

sejauh mungkin




ralat : aku cuba masuk kan lagu dia tapi tak ley aku tak tahu nape... sori lah gang. korang cari lah sendiri ya lagu dia.hehehe


Sejauh Mungkin

Artist: Ungu

Lelah hati yang tak kau lihat andai saja
Dapat kau rasa kan letihnya jiwaku karna sifatmu

Indah cinta yang kau berikan kini tiada
Lagi kudapatkan teduhnya jiwa

Baiknya kupergi
Tinggalkan dirimu
Sejauh mungkin
Untuk melupakan
Ooo...

Indah cinta yang kau berikan kini tiada
Lagi kudapatkan teduhnya jiwa

Baiknya kupergi
Tinggalkan dirimu
Sejauh mungkin
Untuk melupakan
Dirimu yang slalu
Tak pedulikan ku
Yang mencintaimu
Yang menyayangimu

Bila saat nanti aku jauh
Kuharap kau mengerti
Kuharap kau sadari

Friday, May 16, 2008

berdebar..

semalam, masa aku ontheway nak pegi latihan bola tampar, hati aku berdebar semacam. aku tak tahu kenapa. yang pastu kepala aku asyik teringat si'A' yang nak kami hantar balik kampung malam tu. aku rasa macam nak meletup dada ni. aku bagi mesej kat member aku yang sorang ni bagi tahu aku tak sedap hati, dia terus call aku tanya kenapa. aku jawab tak tahu, tapi aku risau sangat pasal si 'A',dia tenang kan aku. dalam 1jam kemudian, aku dapat mesej dari si 'A'dia cakap tak payah hantar dia,sebab dia nak balik sendiri. macam nak jatuh hati aku.aku tak tahu kenapa, mungkin sebab aku tak yakin dia akan bergerak balik ke kampung sendiri kot. member aku yang tadi call aku.dia pun dapat mesej macam aku. dia cakap, patut lah aku tak sedap hati. tapi dia suruh aku tunggu sampai malam. malam dalam jam12 si 'A' bagi mesej kata dah sampai.. lega hati aku. aku harap dia betul-betul duk kampung dan mulakan bisnes kat sana.aku harap sangat. aku harap dia tenang di samping keluarga tercinta dan dia dapat berbakti untuk kedua ibu bapa dia sementara mereka masih ada.. amin

Thursday, May 15, 2008

AKU HAPPPPPPYYYY SANGAT


hmmm, hari aku rasa gembira sangat. nak tahu knp? semalam aku dpat settle kan satu masalah aku dengan member aku... akhirnya si 'A' bersetuju nak balik kampung,sebab dia sendiri tak tahan dengan kehidupan dia kat bandar metro politan ni.aku gembira sangat. itu bermakna dia takkan duk dengan manusia yang aku tak gemar tu. dia nak berubah katanya. Alhamdulillah... Ya Allah, akhirnya Kau memberi kejayaan jua pada hmbaMu yang lalai dan leka ini. yang banyak buat dosa kepadaMu Ya Allah.walau aku hambaMu yang sering melekakan suruhan dan larangan Mu tapi Kau tetap pemurah Ya Allah dengan membantu hambaMu yang didalam kesedihan dan kesempitan sepertiku.. Kau amat pemurah Ya Allah.. amat pengasih dan penyayang..bantu dan bimbinglah Hamba-hamba Mu dalam hidayah yang Kau redhai ya Allah. Jauhi lah kami dari kesesatan kelalaian dan kemaksiatan dan matikan lah kami dalam keadaan yang beriman.. Amin2 ya Rabbalalamin

Wednesday, May 14, 2008

rezki ditangan Allah


alhamdulillah...
akhirnya abang aku di beri rezki yang cukup indah dari Allah selepas dia bergelar oku B3. penantian yang penuh penyiksaaan bagi diri dia dengan pelbagai dugaan.dia meniti hidup sebagai OKU dengan penuh kesabaran akhirnya Allah memberi dia rezki yang tidak terhingga. abang aku berjaya mendapat jawatan S41 yang dia temuduga hari tu.. alhamdulillah... senang perut mak ayah aku yang selama ni risau sangat tentang abang aku. for my brother tahniah and i luv u sooooo much... along adalah abang terbaik di dunia.. for all my family, tahniah juga dengan berkat kesabaran ketekunan menjaga along, akhirnya along dah dapat kerja.

Monday, May 12, 2008

hari ibu

semalam hari ibu tau.. tapi mak aku dapat kad hari ibu aku hari sabtu lagi.. hehhe
ok lah tu kan, sebab diorang kata antara 10 @ 11 hb kan?
mak aku happy sangat.memang jujurlah 1st time aku bagi kad. yelah duk serumah dulu rasa macam poyo jer nak bagi kad.hehehe. yang aku tahu,bukan mak aku jer yang happy, bapa aku pun sama happy mak aku dapat kad tu. ujung tahun lepas, aku wat surpries sambut anniversary diorang hampir 35 tahun tak pernah sambut, tapi tetiba aku sambut.terkejut diorang.hehehe
hmmm. hari ni hari penentuan abang aku.. korang doa kan ya abang aku dapat job.. AMIIIINNN

Friday, May 9, 2008

ish.. macam mana boleh jadi macam ni..

aku kecewa sangat.. geram pun ada bila design group adik aku cotton-art design di sabotaj orang.. aku tak tahu la, orang yg jual design tu memang dia buat sendiri dan jual design pada 2/3 syarikat lain atau sebaliknya. aku memang kecewa sangat. tapi aku tahu, aku tak boleh terlalu kecewa sebab adik2 aku tu alim dengan amad lagi kecewa. so aku kuatkan semangat. aku masuk website syarikat yang kata adik2 aku ciplak tu. aku tengok, memang design tu kat syarikat tu hangat.. jadi tak hairanlah dia rasa tergugat kalau adik aku pun buat design yang sama. dan aku tak tahu kalau betul diorang paten kan.aku dah dapat maklumat, then tpon adik aku alim @ safuan tanya khabar dia dengan hal tu. aku takut dia drop. alhamdulillah.. mula2 dia memang drop, tapi lepas aku dah tipon aku dengar dia dah ok dah.. kami banyak juga bincang. ok lah kami ambil keputusan stopkan order design tu.. aku cakap mungkin ada hikmah disebalik semua tu.. harap dia bersabar.aku harap dia betul2 kuat hadapi dugaan ni. amin.. CHAIYOK DIK! CHAIYOOOOKK!!!!!!! korang boley buat lebih bagus dari tu!

life

aku tak tahu lah macam mana aku nak kata. yang aku tahu aku pening sekarang ni.
pikirkan masalah kawan aku. aku sayang sangat dengan kawan aku tu.. aku tahu dia bukan lah lelaki songsang. tapi kenapa dia boleh nak hidup dengan pondan. aku bengang sangat. aku tahu dia bukan yang macam tu. bukan seorang yang putus harapan.aku nak cuba tarik dia keluar dari situ. tapi aku tak berdaya. kepala aku buntu piirkan caranya. aku dah pening sekarang ni.
kawan-kawan dia pun dah surrender nak tarik dia balik. tinggal aku jer kawan dia yang mengharap kepulangan dia.aku tahu, dia pasti akan kembali kepada kami.pada korang yang mungkin ada idea atau pengalaman, kongsilah dengan aku

klik iklan ni tak kena bayar pun