Monday, October 26, 2009

BUNGA RAYA

MENCUBA...
MENCUBA...
MENCUBA...

MOGA BUNGA RAYA PAHAM AKAN STATUS NYE..
MOGA BUNGA RAYA TIDAK KETERLALUAN RINDUNYA..
MOGA BUNGA RAYA MENJADI INSAN YANG SABAR DAN TABAH
SEPERTI DULUNYA...

CUBA LAH BUNGA RAYA.....

kisah malam ini

aku baru sahaja pulang dari tasik idaman...
tempat kegemaran aku...
aku pegi dengan di...
di ceritakan pada aku kekusutan yang melanda dia..
aku seperti biasa, cuba menjadi pendengar dan penasihat yang baik...
ada riak kesayuan dalam mata dia..
ada riak kekesalann dalam mata dia..
ada riak kerisauan dalam mata dia..
ada riak kental dan bersemangat dalam mata dia..
dia tunjuk kan gambar2 ima yang ada dalam simpanan dia...
gambar2 pertunangan antara mereka..
cantik.. comel.. mereka berdua..
ku tatap wajah bersih ima..
aku tahu dia wanita yang baik..
dari apa yang di ceritakan oleh di juga...
terdetik dalam hati aku
" di.. kau bertuah memiliki dia..dia perempuan yang sempurna untuk mu..."
aku mengukir senyum.. aku perlu bantu di... perlu bantu untuk dia tidak terlalu sayang pada BUNGA RAYA dia.. supaya tiada kekesalan dalam hati sesiapa..

Sunday, October 25, 2009

newbies ni sabar je lah aku



ari tu aku on line YM, aku tgk kat list friends, ramai lak budak2 melaka2 yang on line... so aku pun invite sorang demi sorang untuk CF.. seronok jugalah walau tak ramai yang accept... lepas tu budak2 ni suruh aku join room.. diorang kata ramai budak kat dalam room.. aku pun masuk la... memang ramai... sungguh aku tak terlarat nak follow carpet tu laju sangat.. entah kat mana silapnye, tiba-tiba ada budak maki aku.. e'eh... ni dah lebih.. da_last_ifrit dgn carterpillar

setahu aku last_ifrit bukan orang yang macam tu, sebab sebelum ni aku pernah berbual dengan dia..tapi aku tak tahu mana silapnye, malam tu dia maki aku kaw-kaw P**I, B**I,K***Y,S****L, semua masuk.. mula2 aku cuba nak protect tapi aku tahu, lagik di layan.. lagik menjadi. budak2 lain semua bengang dan cuba protect aku dan room.. last2 semua cuba mendiamkan diri.. apai cuba slow talk dengan ifrit...

si caterpillar tu plak aku tahu dari dulu aku cam.. dia orang yang suka tabuh garam pada luka.. suka tambah ajinamoto dalam masakan,, dia memang penambah segalanya.... bila dia tgk room dah sunyi sikit dia blah...

si ifrit cuba PM aku dan minta maaf.. aku pun minta dia terus terang dengan aku, kenapa dia cakap aku sampai macam tu.. rupanya dia tak puas hati dengan ayat aku dalam tu.. aku pun bagi tahu, aku nih orang yang macam mana dan budak2 room semua kenal aku, dan paham cara aku bergurau. aku cakap kalau aku ada salah, aku minta maaf... dan dia pun minta maaf juga.. dia kata kalau apai tak terang dan tak bagi tahu dia siapa aku, ekmungkinan besar dia masih lagi ingat aku poyo... huhuhu,

skang aku dan dia jadi kawan, dan aku cakap disebab kan apai juga, aku akan maa
fkan dia.. huhuhu saje je pulang paku buah keras

BERBUAT BAIKLAH DENGAN ORANG DI SEKELILING MU... PASTI MEREKA AKAN BERBUAT BAIK DENGAN MU JUA...

Saturday, October 24, 2009

BOLEH KAWAL ATAU TAK???

terjadi lagi situasi ni.. hurm.. aku pun tak tahu nak kata apa...
selesa.. serasi.. rindu.. semua ada..
tapi macam biasa...
tak tahu apa penghujungnya..
sebab aku diam dulu seribu bahasa...
supaya dia boleh kawal situasi dan hati dia...
masalah yang belum selesai..
keputusan yang belum nampak..
bicara yang belum dikata...
harap dia dapat tempuh segala..
dengan saksama..
agar semua yang terlibat dalam masalah itu tak kecewa
tak kecil hati atau dendam dengki

BOLEH KAWAL ATAU TIDAK???
KAWAL SEBELUM IA MEREBAK....

INI PENDAPAT AKU TENTANG 'K' HOPE KAU TAK MARAH TEMAN



aku pun tak paham.. sebelum nih aku kenal dia aku ley terima dia.. aku suka sangat dan setuju sangat dia bakal tunang dengan teman....

tapi...
setelah beberapa perkara berlaku.. aku jadi meluat plak dekat dia... semeluat teman pada din.. macam mana sebab aku rasa kecil hati sangat.. mana tak nye...sebelum nih teman duk asyik bercerita perangai dia yang boleh di kata workholic.. kadang2 dengan teman aku pun masa nye kurang... hurm.. ntah.. lepas kejadian teman mendapat kasih sayang yang didamba kan.. baru lah dia datang untuk menuntut hak dan menyatakan yang dia teramat sayang dengan teman... tapi.. kenapa tidak sebelum ini dia berkelakuan sebegitu???

selepas detik tu.. dia sentiasa kol dan msg dengan teman sampai aku lak rasa nak tegelak.. but wat tak tahu je lah.. sebab teman pun diam jerk kan...

perkara yang buat aku kecil hati adalah masa raya.. teman dah janji dengan aku nak kuar raya bersama depan dia sendiri. dan dia sendiri pun mengiyakan.. but last tak jadik sebab dia tu menggunakan kuasa vetonya untuk mengatakan tidak dan harus ikut agenda dia.. aku yang dah siap dan dah tunggu diorang kat luar nih terpinga-pinga. dah cantik2 ni woooo mau jalan raya... nak balik, takut nanti apa plak kata family aku sendiri nasib ada uncle.. so, aku pun g la minum kat kedai mamak dengan uncle dengan memakai baju raya..ekekeke...

kejadian seterusnya, bila besok dia dan teman datang kerumah aku untuk beraya bersama teman-teman YM yang ada.. abang kodok ajak secara baik untuk memeriahkan rumah terbukanya pada malam tu.. tapi dia memberi pelbagai alasan.. termasuk " dah benjanji dengan emak teman untuk hantar dia pulang dengannggu segera" tapi... bila aku dapat tahu..malam tu mereka masih di melaka, dan aku ajar teman suruh dia pujuk untuk ke rumah kawan kami tu.. tapi seperti yang aku jangka.. memang dia mematikan diri tak nak pegi..dengan kuasa dia.. dia menyuruh mengikut plan dia.. so.. aku malas nak kata apa.... DIA CAKAP TAK SERUPA BIKIN

hal seterus nye bila aku bersama-sama keluarga teman untuk ke behrang.. aku ditanaya emak teman mengenai mereka.. aku hanya mampu kata aku tak tahu, walau hakikat nak aja aku cakap apa aku rasa.. tapi aku malas nak masuk campur hal keluarga diorang... dalam masa ni juga teman menyuarakan hasratnya untuk memiliki kereta sendiri..emak teman mula menanya... " bukan dia kata nak bagi kereta tu ke kamu lepas kamu beli motor??" jawab teman pada mak dia " dia kata tunggu lepas tunang" pergh aku dengar yang sakit hati.. mana tak nye.. masa teman cadang nak beli kereta dia pun sama nak beli then dia cakap tak yah beli, beli motor je... nanti tukar dengan dia. but akhirnye... teman aku still dengan motor dia redah ujan ke tempat keje dah 5,6 kali jatuh kemalangan lagik.. haaaaaiiihh itu semua buat aku makin benci kat dia..kata sayang..kata ambik berat tapi macam ni ke???

hurm.. aku mmg dah tawar hati terus dengan mamat ni.. teman sampaikan kata nak tunang pun aku tak happy.. ntah la... tapi teman nye keputusan dan kehendak serta masa depan dia kan.. tak kan lak aku nak halang...

moga teman berbahagia bersama dia




Sunday, October 18, 2009

aku tertarik dengan dia....

aku tak tahu..
dan aku tak perasan.. siapa yang follow siapa dulu ni.. ahahahhaa
tapi aku rasa kerap juga aku tengok dia update entry...
hurm so aku selalu juga lah baca entry2 follower aku nih.. but yang nih aku rasa lain sket...
sebab dia punya entry dan puisi banyak persamaan dengan aku..
pandangan entry dia juga banyak sama dengan aku...
so.. aku suka juga lah lepak blog dia... walau aku tahu dia tak selalu lepak kat blog aku..waaakakaka
but its ok..nevermind.. aku nohalnye.. semua orang berhak untuk buat apa yang dia suka.. but jgn langar hukum dan adab.. eheheheh

eh lupa korang nak tahu blog siapa yang BERTUAH yang aku cakap tu??? ni dia

http://fly5483.blogspot.com/

nak tulis ke tak???!!!

masuk nih dah bape belas kali dah aku buka page untuk mengarang tapi aku tak tertaip pape.... aduiii dah kenapa aku nih... ish..ish..ish...

banyak dan terlalu banyak aku nak luah dalam nih sebenarnya.... cuma hati tak kesampaian, tangan tak terdaya nak menaip meluahkan...

yang aku tahu... sekarang nih aku sunyi....

terkenang saat2 manis ketika aku dengan RAMZAN...

satu nama yang akan ku simpan kemas bersama haruman kerinduan dalam taman hati aku...nak kontek dia selalu, aku takut aku mengganggu..bukan aku gila talak..tapi, aku terkenang dengan semua kebaikan dia.Dia terlalu baik untuk aku..membuatkan aku rasa aku terlalu camping untuk bersebelahan dengan dia... jadi aku undur diri.... kerana dia adalah insan yang baik, bukan untuk aku yang kurang baik ini..

haaaaahhhh... aku biarkan itu berlalu....dengan senyuman yang tersisa, aku tabahkan diri.. mula bermain difikiran aku... adakah aku AKAN BERKAHWIN??? SIAPA bakal suami aku??? tak dapat aku bayang untuk aku menikah...bukan aku menolak jodoh. aku tak pernah menolak jodoh...cuma aku tak terfikir untuk itu..kerana aku rasa aku tak layak lagi menjadi seorang isteri..
ADAKAH LELAKI YANG AKAN MENERIMA AKU SEADAANYA DAN SUDI MENDIDIK AKU KE ARAH KEAGAAMAN SEPERTI YANG AKU DAMBA KAN???
ADAKAH AKU BOLEH MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH???
ADAKAH AKU MAMPU UNTUK MENJAGA SUAMI AKU???
ADAKAH AKU MAMPU MENJADI SEORANG IBU YANG MITHALI??

semua ni bermain difikiran aku... Ya Allah..semuanya aku berserah padaMu..bimbingi dan peliharalah aku ya Allah dari semua kejahatan dan kemaksiatan..

klik iklan ni tak kena bayar pun