Wednesday, July 17, 2013

Tips memasak : bihun goreng

Assalamualaikum .. Salam ramadhan.. Amboi.. Iya beno bizi aku ni, ramadhan ke-8 baru jengah blog. Hahahaha. Maaf eak semua, zebenarnya bukan apa.. Sejak kat opis tak ley nak berblogging ni.. Rasa macam hilang separuh mood nak blog. Hari tu plak.. Blogging by email pun ada problem. Adeh, sakit hati kite!!

Membebel banyak pun tak guna.. Pertama sekali, salam ramadhan buat semua.. Aura raya dah terasa.. Walau dah niat malas nak raya ini tahun. Hahahaha.. Cukup raya pertama. Tp tk pe. Kita tengok dulu keadaannya.. Baiklah, dalam bulan puasa ni, macam biasa aku still dengan rutin diet aku, malas aku perhebatkan lagi dalam pemilihan makanan dan kuantitinya.moga ada la penyusutan sikitkan? Cuma bersenam tengah malam aku belum dpt buat,sebab perut rasa penuh je plak walau banyak air. Haih! Kena arrange balik rasanya..

Baiklah, berbalik pada tajuk kat atas tu. Aku tak la nak bagi resepi menggoreng bihun.. Aku rasa itu dah banyak je kot.. Tak pun ko belasah je, asal ada bawang dengan cili pun dah jadi. Tapi kali ni, aku nak kongsi petua, macam mana nak buat bihun kita tu,sesedap rasa..tak putus-putus pendek dan lembik!

Selalunya, kesilapan orang dapur lakukan adalah, dengan merendam bihun dengan air panas. Untuk masak bihun goreng, jangan sesekali rendam bihun dengan air panas, even dah terlewat skali pun, rendam sahaja pakai air paip, tp nak pakai cepat sangat rendam sengan air suam. Kenapa?? Sebab kita hanya nak melembutkan bihun, bukan memasakkan bihun tersebut. Ini kerana,bila kita selesai menumis sambal untuk bihun,sebelum memasukkan bihun,kita akan masukkan air kan? Jadi masukkan air yang agak banyak.. Tp jgn le sampai sekuali, agak2 suku kuali atau 2 kali ganda bihun direndam. Tunggu air rencah tu mendidih sikit,baru masukkan bihun,jadi bihun akan masa bersama rencah..

Rencah pula.. Setelah menumis semua vahan tersebut,lepas dah garing tu, dah letak air.. Ok, masa ni la.. Letak semua perasa yang di perlukan. Seperti, garam,asam keping(yg ni akunye resepi,sbb tk suka guna sos tomato atau cuka) aji nomoto, sostiram, kicap, sos cili dan semua-semua la yang nak di letak.. Gaulkan dalam rencah cair tu, kemudian rasa.. Pastikan rasa dia adalah PEKAT!! Maksudnya, rasa kesemuanya 2 kali ganda dari rasa yang kita akan kata ok atau sedap. Ni sebab apa? Sebab.. Bihun tu tawar, jadi kita kena buat kuah dia tu 2kali ganda rasa, bila masuk bihun dia akan rasa sangat sebati dan sedap di lidah ketika makan.

Petua ni, hanya boleh di guna pakai untuk bihun sahaja.. Untuk mee goreng dan kue tiaw tk boleh ya... Yang untuk 2 jenis mee lagi tu.. Dalam entri kemudian hari. Hehehehee...

Ok guys, selamat mencuba.. Pasti syiiiiiioook la!!!


Selamat bersahur dan berbuka.. Babai!!! Muuuuuuuah!



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

klik iklan ni tak kena bayar pun