Tuesday, January 15, 2013

aku membebel lagi

semalam patut pegi ambik hadiah dekat berita harian.  tapi aku malas nak pegi semalam, nak minta izin dekat bos, memang la senang, tapi proses banyak.. dengan aku tak tahu jalan lagi. nak pulak esok, dengan penyampaian rasmi, tak lah kalau aku terlewat sampai. buat aku memang ambik keputusan untuk pergi jumaat ni, waktu rehat.. lapang sikit waktukan? jadi aku boleh pergi cari jalan tu perlahan-lahan. hurm kamera tu siri berapa eak? memandangkan aku tak minat untuk bergambar ni, jadi aku cadang nak jual je camera tu. lagi pun aku ada dah sebijik. walau tak macam tu, tapi mini compac pun aku tak selalu guna, ini kan pula yang besar. duit tu nanti, tengok lah. in sha Allah, beli telifon kot. walau pun sekali fikir aku rasa macam.. apa kejadah aku nak telifon lagi? tapi bila pandang skrin yang dah hitam pada 2 tempat membuatkan aku susah nak baca mesej terasa nak beli. cuma kadangkala aku terfikir, kenapa aku perlu beli smart phone? kan aku ada dah BB walau la BB ni tak mesra pengguna.. haih... tak pe.. takpe.. ada masa lagi nak pikir.

aku ada buat permohonan rebat telifon 200 tu.. tapi kan, aku tak pakai. sebab aku tak suka cara penggunaan dia tu. kalau setakat aku kena beli dekat telco-telco terpilih.. maxis, digi,celcom. pastu aku kena beli plan diorang yang rega rm88 ke berapa tu.. pastu tambah lagi dengan rege telifon yang kena bayar monthly tu.. apa kejadah?? aku ni lagi nak jimat kos. ingat nak belii henpon 3g biasa sahaja. sekali siap kena beli dengan plan. aaaah... membazir!!!! nasib dioran tak buat peti cadangan. kalau diorang buat.. memang aku komplen.

aku serabut sikit 3-4 hari ni. semua tak teratur.. sebab aku tak mengatur. peliknya asal malam cepat saje rasa mengantuk. sampai nak study pun macam tak de mood. haih.. parah ni, macam mana nak berjaya kalau tak berusaha?

klik iklan ni tak kena bayar pun