Thursday, July 14, 2011

dewasakah aku? (dari sudut jelinganku...)



aku di terjah dengan pesanan yang di tinggalkan adi pada shoutbox semalam.. adi minta memberi komentar pada entrinya "dewasakah aku?"  sekali aku baca... aku agak keliru.. keliru dengan persoalan..keliru dengan pandangan teman-teman yang meninggalkan jejak kat situ..

aku percaya..persoalan yang bermain di benak adi.. bukan dia sahaja yang mengalami..bahkan aku.. kamu ..kamu..kamu semua pun mungkin alami.. adakah kita perlu salahkan waktu..sekiranya pada waktu lepas kita melakukan kesilapan? adakah..kita perlu terus terusan mengimbau sambil menangisi tanpa apa-apa pembaikan? dewasakah kamu?? bagai mana kau nak menilai diri bawasanya.. kau telah dewasa.. ??

subjektif.. 

kepuasan sesuatu perkara terletak pada hati individu.. adakah setelah mengecapi kepuasan sesuatu zaman telah dikira layak melangkah ke alam dewasa dan menjadi dewasa yang berkualiti?

bagi aku..bila sudah dewasa, tidak bererti remaja perlu kita tinggalkan.. kalau kita sudah dewasa, tak semestinya tua kita abaikan... semua zaman mesti ada dalam diri..remaja .. dewasa... tua..  gunakan setiap karektor pada keadaan yang sepatutnya... 

apa itu dewasa? adakah dari perbuatan kita? umur kita? tingkah laku kita? pandangan kita? atau dari amal yang kita buat? dari cabang mana yang kita akan kategorikan itu adalah dewasa? adakah diri kita sendiri layak mengiktiraf diri kita sudah dewasa? siapa yang patut menilai kedewasaan kita? adakah setelah kita melangkah ke satu fasa kehidupan.. itu telah menjamin kita telah menjadi dewasa??

memang sukar nak jawab semua soalan kat atas kan? sebab dia adalah sesuatu perkara yang SUBJEKTIF .. cuma yang pasti aku boleh katakan... yang hanya mampu mengiktiraf dan meletak kan diri kita ini sebagai telah dewasa.. atau dewasa yang berkualiti hanyalah.. orang sekeliling.. janganlah sesekali mengiktiraf diri sendiri sudah dewasa... alamat memanglah SYOK SENDIRI..  pegang pepatah ini..

" teman sekeliling merupakan cermin buat diri kita.." 

jadi.. jangan menilai diri sendiri.. kerana kita sendiri kadang-kala tak sedar apa habit yang kita buat selalu..kadangkala.. habit yang kita buat tu.. orang tak jadi nak pandang kita sebagai dewasa..jadi.. tanya teman.. bisik-bisik dengan teman keliling.. adakah aku mempunyai pe'el yang agak kurang senang di mata kalian yang mungkin boleh aku ubah demi kebaikan diri? dan jangan sesekali cepat sentap hati..sekiranya teman-teman menegur kita.. walau kadangkala teguran itu memang menyakitkan hati..tapi cuba terima dan fikirkan.. ada atau tidak kebaikan didalam teguran tu yang boleh kita improvekan diri kita.. wallahu'alam...






moral of the story

hakikat cerita tak de kena mengena dengan sesiapa..cuma pandangan peribadi sahaja..
tapi hakikat.. kita manusia memang sentiasa alpa..jadi ikhlaskan hati mengambil berat
pada rakan sekeliling kita... tegur mana yang perlu..sama-sama kita perbaiki diri ^_^ 

terima kasih sangat-sangat buat teman yang pernah menegur aku selama ini
mungkin buat waktu itu pedih menghiris hati
tapi aku bersyukur kerana teguran itu
telah berjaya membuat aku
menjadi insan yang
berkualiti 
^_^



klik iklan ni tak kena bayar pun