Monday, December 10, 2012

aku nak membebel lagi

bluuurrrppppp.... alhamdulillah  


hai... sorry ar.. aku baru je makan sebijik sushi salmon spicy dengan sebatang...errr batang ea? boleh la.. sebatang popia basah.. heheheehhe...

actually bahu aku sakit hari ni, badan aku pun tak berapa segar, mungkin sebab kesan dari aku penat berjalan dari tengah hari sampai kemalam selama dua hari berserta mereddah hujan dengan penuh bergayanya.. semata-mata? semata-mata nak mencari kasut tema gold dan beg dinner gold jugak. aku tak tahu lah pulak kalau nak join dinner ni macam tu penggayaannya, tapi oleh kerana aku nak merasa, sebab aku tak pernah join dinner, so turutkan jelah. tak rasa rugi pun beli benda-benda tu semua walau mahal bagaikan. sebab aku memang tak de benda-benda tu, boleh la pakai time-time nak pegi umah orang kawen ke, majlis pape ke kan? gambar? maaf la memang tak dapat nak tunjuk, sebab barangnya aku tinggal dalam kereta member. masa pegi hari tu naik kereta dia. hehehehe.

semalam aku pegi daiso, barangan-barangan jepun aku terbekenan dengan ada 1 teko kecik siap penapis, cukup la nak buat sorangnye air. harga rm15, so aku tekad la, nak beli lepas dapat gaji, sebab masa nampak tu duit kena simpan untuk beli kasut. so tak beli waktu tu, masalahnya... dah balik aku asyik teringat plak kat benda tu.. adoi.. rasa menyesal pulak tak beli... ceh..! nak sedapkan hati, pergilah aku ke alamanda. kat sana pun ada 1 kedai jual barangan dari jepun ni. sekali nampak la benda yang sama, cum lain sikit design sekali aku tengok harga.. rm 4.80 tu diaaaaaaaaaa.... nasib tak beli semalam weyh.. kalau idak.. sesia. ley dapat 3 bijik kalau beli kat sini. huhuhuhu.

harap korang bersabar ea, cerpen amim ..aku amim ada dalam draft tak sempat nak send je lagik. yang ke7 dah ada yan g 8 keep writing lagi.. nasib la aku ada idea.. idea-idea ni pulak nak datang tanpa mengira waktu dan tempat, kadang-kadang ngadap depan pc tak nak plak dia keluar. so, bila aku ada dimana saja, terasa nak taip.. aku terus taip kt note pad henpon dan continue dari masa semasa. so semuanya ok la.. bagi aku macam best la, sebab time idea tak di paksa keluar kan. heheheehhe..

ok lah, aku nak sambung buat kerja. ouh ya.. sebenarnya, aku ada nak tulis pasal kisah sorang kawan yang aku kenal kat forum aku tu..aku suka gak borak dengan dia, dia tahu juga pasal blog aku.kalau korang perasan yang lately rajin mengomen, ha dia lah tu. aku ada cakap nak tulis perkenalan kitorang dalam blog, tapi aku takut dan fobia nanti dia pun akan hilang tiba-tiba seperti pria-pria yang lain sebelum ni. tapi dia cakap dengan aku.. no.. aku sentiasa disisimu sepanjang waktu.. cheeewah... tapi lum pun tulis, skang aku tak nampak dia plak huhuhuhu.. bizi kot, eak? walau pun dia ni poyo sikit sebab selalu perasan hensem.. bahahahaha.. but nice la.. dia kata dia tak matang. tapi bagi aku ok je, semua orang ada side tak matang dalam diri. cuma ada sesuatu masa yang tertentu kena jadi serius dan matang. matang bukan bermakna sepanjang masa matang. tapi matang adalah apabila pandai menangani sesuatu pada waktunya. NOKTAH..


dah.. wat keje.......... babai.... 














klik iklan ni tak kena bayar pun