Friday, August 30, 2013

tigaploh ogos

aku hanya mampu berdoa sekarang.. moga Allah bukakan pintu hati mereka-mereka yang berkenaan.. lembutkan hati dia untuk menerima hakikat ini seadanya... moga Allah perkenankan setiap doa hajat aku.. moga Allah mendengar tiap keluh kesah aku.. moga Allah perkenankan setiap titis air mata aku..

Saturday, August 24, 2013

Luahan hati doploh pat ogos tigablas

Sekarang aku kat kampung. Ntah lah. Hidup aku tak happy macam dulu. Kenapa ya? :( sungguh aku sedih. Balik kampung ni pun aku harap aku boleh rasa sikit kegembiraan melayan kerenah anak buah aku, berbual dengan mak dengan ayah aku.. Sibukkan diri kat kedai ayah, kemas-kemas rumah mak. Tak pun baring sebelah mak sambil dengar mak mengaji. Hati aku sedikit tenang kalau ada orang disisi.

Kenapa? Salah satu punca adalah.. Aku ada lakukan satu jenis dosa yang aku rasa aku sendiri tak boleh nak maafkan diri aku dengan serta merta. Disebab kan tu, aku rasa sentiasa bersalah dan sentiasa berdosa. Paling aku takut, sekiranya aku mati dalam waktu terdekat. Adakah Allah sudah mengampunkan aku? Adakah mak dan ayah mengampunkan aku? Adakah aku terhindar dari siksaan Allah atas dosa yang aku dah buat?

Dosa.. Ya.. Sebenarnya tanpa kita sedar, hari-hari kita melakukan dosa. Tapi kita hanya memandang remeh. Paling selalu kita buat, mengumpat. Dengan sedar atau tanpa sedar, secara nyata atau didalam hati. Belum kira lagi didalam bab solat.. Apatah lagi dalam waktu bekerja dari segi keikhlasan dan kejujuran. Dari segi kata-kata.inikan pula,aku menambahkan lagi dengan jenis dosa besar??! Subhanallah! Astaghfirullah! Laaillaahaillaallah..

Ya Allah... Ampunkan dosa-dosa ku ya Allah.. Ampunkan segala kemungkaranku ya Allah.. Ampunkan segala kelalaian ku ya Allah.. Ampunkan segala keterlanjuranku yaAllah.. Ampunkan segala kemaksiatanku ya Allah.. Ampun kan dosa ibu bapa ku ya Allah.. Sesungguhnya siksaan Mu itu sangatlah pedih yaAllah.. Aku tidak dapat menanggung kepedihannya.. Ampunkanlah aku... Selamatkanlah aku dari siksaanMu.. Yaaaa rasulallah.. Doakanlah umat mu ini ya rasulallah.. Mohonkan keampunan ku ya rasulallah..lindungilah aku dibawah lembayung syafaat mu ya rasulallah.. Bantulah umatmu ini ya rasul allah...




My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Sunday, August 18, 2013

Berlalu sudah harinya..

Hari ni 18 ogos 2013 .. Maka dh lepas 3 hari dari hari lahir aku 15 ogos.macam yang pernah aku kata, aku memang tak sambut hari kelahiran aku tahun ni. Jadi aku dh block kat fb siap-siap utk paparan tarikh lahir tu. Maka tak ramai lah ingat yang sebenarnya besday aku hari itu. Its ok.. Tak kisah pun.

Dah terlampau banyak benda duka yang berlaku sejak hari kelahiran aku. Banyak juga merana jiwa aku. Tapi apakan daya.. Aku memang kena harungi dengan tabah semuanya. Aku memang penat dan tak larat.


Aku dh tak tahu nak tulis apa. Sebenarnya jiwa aku sakit. Jiwa aku memberontak. Jiwa aku lumpuh dek perkara-perkara mungkar yang terjadi. Aku mengharap pengampunan dari Illahi.. Aku berharap aku tak mati sblm bertaubat.. Azab Allah itu sangat sakit. Aku tak mampu nak tanggung (╥﹏╥)







My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Friday, August 9, 2013

luahan hati raya ke-2

Ntah la.. Walau senyuman dan tawa bersilih ganti.. Tapi hati tetap sayu dan pilu. Bukan..bukan.. Bukan kerana aku terkenang orang-orang yang telah pergi meninggalkan aku, tapi... Haih.. Susah nak kata. Hati berat..

Dalam hati penuh rasa kesakitan dan keperitan. Penyesalan dan ketakutan. Kegusaran dan kegelisahan.. Rasa luluh yang bukan kepalang.. Siapa tahu? Tiada yang paham..

Ntah lah.. Mengharapkan keampunan illahi.. Walau bukan di akhir ramadhan lagi.. Tapi aku masih merintih keampunan dosa-dosa yang aku lakukan. Masih terasa lagi kehinaan dan kehodohan diri disisi Allah. Masih lagi tidak dapat melupakan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Terasa diri ini sangat jijik.. Sangat hina. Ya Allah.. Hanya engkau yang mengerti rintihan aku ini.





My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Thursday, August 8, 2013

Selamat hari raya

Assalamualaikum.. Salam lebaran dari hest untuk semua..

Di penghujung ramadhan ni, sebak rasa hati. Dah la yang penghujung aku tak dapat meraikan.. Ditambah plak ada kelalaian dosa yang aku buat. Subhanallah.. Sebak dada mohon keampunan dari Allah. Kesilapan yang kecil mengakibatkan kesilapan yang besar berlaku.. Harap Allah terima pemohonan ampun aku.. (╥﹏╥)

Buat kalian. Sejuta kemaaf ku pohon. Moga kalian sudi memaafkan aku.. Dan dengan serendah diri.. Dengan nama Allah.. Aku memaafkan setiap kesilapan kalian pada aku. Aku merendahkan hati memaafkan setiap insan walau yang pernah aku kata aku tak maafkan sebelum pun, aku maafkan dengan ikhlas hati.. InsyaAllah..

Salam lebaran.. Salam minal aidiwalfaizin..









My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

klik iklan ni tak kena bayar pun