Tuesday, October 21, 2008

ya allah,, lindungilah dia..

hari tu aku terkedu bila dia kata dibadan dia ada tatoo.. sebenarnya aku tak kisah dan aku tahu dia memang jenis yang begitu,, tersilap sekali tak bermakna akan silap selamanya. dalam diri dia ada keinsafan dan kesungguhan untuk bertaubat dan mendalami ilmu agama yang selama ini dia tidak tahu langsung dan tidak mengerti apa pun. aku gembira aku berjumpa dengan orang yang mempunyai semangat untuk berubah, aku sedia membantu itu janji aku. sebagai rakan aku tak perlu ketepikan dia atas kesilapan yang dia telah lakukan, dia memerlukan aku dan kawan-kawan lain untuk membantu dia kembali kepangkal jala,
tapi hari tu aku terkedu, bila dia kata tak dapt nak luangkan hujung minggu belajar bersama aku. aku pelik dia kata nak jumpa abang besar. aku terkedu. istilah itu selalunya digunakan pada kumpuln kongsi gelap.. betul jangkaan aku, niat dia baik, ingin membuang tatoo yang dia ada, demi Allah dan islam, sebelum dia terlambat katanya. tapi dia risau.. dari suara dia memang aku dengar dia didalam kerisauan.. sekiranya niat dia itu tidak diterima oleh ahli kumpulan itu. dia kata hukumannya BUNUH,, sebab dianggap sebagai belot. Subahanallah.. risau aku.. tapi aku nasihat kalau jumpa slowtalk lah dgn mereka. dan aku nak dia tahu, aku sentiasa berdoa untuk dia. semoga Allah melindungi dia dan memelihara dia dari perkara yang tak baik dan moga Allah mengirimkan malaikat untuk melindungi dia dengan niat yang dia titipkan taubat, keinsafan dan keampunan. Ya Allah lindungilah Faridzul Shah dari segalanya YaAllah. Tetapkanlah hatnya untuk terus bertaubat kepadaMu.

klik iklan ni tak kena bayar pun