Monday, March 5, 2012

jom korbankan waktu sarapan untuk sunat dhuha.. ADA BRAN???!!

assalamualaikum... salam pagi senin... ekekeke.. malas keje eak?? sabar-sabar.. betulkan balik niat.. pergi kerja kerana Allah taala.. insyaAllah.. mood tu bertukar.. dan jangan lupa baca surah insyrah sekali ya... hihihi..

ok, hari ni hest nak kongsi pasa  solat sunat dhuha.. ada beberapa hadis menyebut berkaitan solat dhuha ni seperti.. :

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 
dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada 
tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

banyak lagi sebenarnya... tetpi dari  keseluruhannya.. solat sunat dhuha ini merupakan.. solat yang memohon Allah melimpahkan rezki kepada kita.. sebab itu, secara logiknya.. waktu di tunaikan adalah seelepas terbit mata hari.. sebelum matahati tegak di kepala.. bermakna..waktu-waktu.. kita baru nak mula kan kerja.. atau mahu bergerak kerja.. jadi sebelum terus memulakankerja.. kita mohon kepada Allah supaya di bukakan pintu rezki kepada kita... 

Tak rugi pun rasanya... korbankan waktu sarapan tu sedikit, untuk buat solat sunat dhuha... jujurnya.. Alhadulillah.. aku sendiri pun.. sedang berusaha untuk mengekalkan solat ni... dan Alhamdulillah juga.. Allah memberi aku seribu kekuatan untuk melawan nafsu makan... dah lebih 2 minggu aku mengamalkan sunat dhuha ni.. jadi kawan-kawan... marilah sama-sama kita menuju ke arah satu takuk lagi kebaikan... 

hati kita akan rasa tenang dan gembira.. bila kita dapat korbankan sedikit waktu laghah demi membuat amal kepada Allah.. insyaAllah... kat bawah ni.. aku sertakan juga cara-cara dan bacaan-bacaan dalam sunat dhuha dari tripod.com ... moga kalian   dapat juga manfaatnya.. AMIN...



SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

klik iklan ni tak kena bayar pun