Saturday, April 11, 2015

petua merahkan bibir

aku dapat petua ni dari ladylista... dan aku rasa yang 1 memang senang nak merah.. hehehehe..



Petua 1

Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur. Insyallah ia berkesan.

Petua 2

Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. Bila masa pulak semut tuh nak naik, mungkin kita tidur kot??

Petua 3

Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Dah lepas tuh jangan makan apa-apa ketika masa ini, kalau tak kesannya kureng lah kan.

Petua 4

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah. Tuh dia

Petua 5

Hampir sama seperti petua ke4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari dirumah. Kemudia hasilnya bibir akan nampak merah dan sedikit jingga.

Peringatan:

  • Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran .
  • Jika anda merokok, lagi bagus berhenti.
  • (Wanita) Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik berada di bibir.
  • Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
  • Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
  • Gunakan pelembab bibir yang mengandung pelindung matahari untuk siang hari. Untuk menjaga kelembapannya, alirkan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
  • Sebolehnya pakai lip balm setiap hari. Kalau nak keluar, digalakkan pakai. Sebab tak mahu panas matahari tu kena bibir yang cantik tuh. Nanti mula lah nak kering and pecah2.

klik iklan ni tak kena bayar pun