Tuesday, November 9, 2010

berdose tak kalau aku kata "kaum dia KADANG KALA tak mendatangkan hasil"

.
.
minta maaf tak lah terniat dihati nak tulis macam tu.. cuma benda tu terdetik sendiri dihati ni..aku tahu kaum adam tak macam tu pun. cuma mungkin ini manusia2 durjana yang mempergunakan kelebihan dia sebagai lelaki dan membuat onar.. nama yang busuk terpalit, sekaum kerabat la kan?

kenapa aku kata macam ni??
ntah lah.. tapi bukan takat kisah2 lelaki2 yang pernah rapat dengan aku, ni yang tak rapat dengan aku pun ada. besar sangat ke kuasa lelaki sehingga boleh menghina dan mengabaikan kaum wanita? aku lebih tak mengerti bila... hakikat yang nyata, perempuan itu rapuh dan memerlukan lelaki untuk pelengkap, tapi kenapa perlu di herdik serta di abaikan? dah memang kamu yang melengkapi mereka2 itu. perempuan memang di takdirkan sangat tidak sempurna dari perlbagai sudut..kenapa perlu di abaikan? kenapa perlu di permainkan?

maafla...entri pagi ini berbau emosikan?
aku pun tak tahu kenapa perlu aku sangat beremosi..sedangkan aku didik diri aku utnuk tidak bergantung pada hamba Allah bernama lelaki.. walau hakikat diri tempang tanpa pimpinan mereka..tapi setiap kali aku menghulur tangan untuk ditunjukkan jalan sering kali aku dilepaskan, tiapkali memandang merayu sokongan, seringkali di sinis kan.. yaAllah dosa aku berkata pada ciptaMu yang agong itu begitu...

adakah kaum adam membaca entri ini??
kalau ada SEJUTA KEMAAFAN aku pohonkan.. aku tak menuju pada SEMUA kaum kerabat mu..tapi hanya segelintir sahaja..HANYA SEGELINTIR.. tapi hakikat kehidupan..aku masih manusia biasa..yang masih memerlukan pimpinan mu kaum adam... maafkan aku...

klik iklan ni tak kena bayar pun