Wednesday, December 30, 2009

30 disember 2009

hurm dah lama gila tak tulis pasal diri alam nih.. bz.. bz.. bz..... + dengan malas nak menaip + tak de idea walau banyak nak kongsi.. dengan kesibukan aku pindah rumah.. dan sebagainya.. pening2 lalat untuk sambung kelas.. + abang dengan kakak aku nak kawen adesss memang pening la... hurm cuma aku ada tercuit hati sket dgn statement dalam FB aku.. jap2 aku paste kat sini k

Hesty Rezyuda
<<<<ingin mencari jodohToday at 11:09am · ·
Momok Ijau
Momok Ijau
ima jadi ejen cari jodoh ker...lalala...
Today at 11:12am ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
1) mempunyai sijil tadik bersama gambar konvo ketika tadika

2) matang...

3) tinggi dari aku

4) pandai sebut nama aku (I.M.A) atau nama manja (M.A.M.A) wakakakaka...

5) pandai mengaji

6) tahu marah aku kalau aku tinggal sembahyang

7) suka wat aku tersenyum

8) selalu tenang kan aku

9) menjadi penguat semangat aku

10) tahan dengan kerenah aku accept aku

UJIAN AMALI

1) bacaan alquran 5 juzuk

2) bacaann doa lepas solat

3) hafazan 15 surah lazim

UJIAN BERTULIS

1) tulis semuala karangan denga tulisan jawi

APAMACAM ADA BRAN???? :>..... NGEH..NGEH..NGEH
Today at 11:15am ·
Momok Ijau
Momok Ijau
amboi..byk nyer syarat'2...lalala...
Today at 11:16am ·
Rose Emely
Rose Emely
cari cari...

jangan tak cari....
Today at 11:19am ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
hahahaha syarat tu tak ley tak de.. mesti ada...

tapi itu tidak bermakna saya terlalu memilih.. ekekekeek

adoi poyos tul ayat
Today at 11:21am ·
Rose Emely
Rose Emely
okeh okeh.... ini pula syarat-syarat utk menerima IMA sebagai calon isteri...

1) suka makan cili api...hasilnyer suke fire org!

2) suka jadi pelupa...hasilnyer kemungkinan dia akan terlupa siapa laki dia...hahahaha!... See More

3) suka cube resipi baru + pelik...hasilnyer kemungkinan satu hari si laki akan berubah jadi pelik!

4) suka tengok tv tanpa hirau keadaan sekeliling...hasilnya jgnlaa berckp time mata dia kat skrin tv tu. kompom ko akan sakit hati!

walllaaa...ciket je syarat nak terima ima. sila laaa....wahai jejaka² di luar sana. letakkan ini pempuan dlm senarai anda....
Today at 11:29am ·
Rose Emely
Rose Emely
imaa mengong <<<>
Today at 11:29am ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda

hahahahahaha siot jerk lysa....

aku tak tahan syarat no 4 tu ley ada dalam senarai plak tu....
... See More
syarat no1 aku suka sangat untuk orang mengetahui nye....... See More

syarat no 2 mmg terasa giler la... nak2 di saat aku mencari sampul surat nih

syarat no 3 tu... aku nak tahu... adakah ko dn mery telah bertukar menjadik PELIK ???:-? kompius nih...
3 tahun jadik tester aku .... hahahahahaha
Today at 11:34am ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
6 minutes ago ·
Rose Emely
Rose Emely
imaa mengong <<< class="text_exposed_hide">... See More

PERGH .. PART YG NI AKU SEKALI SEKALA JERK LA... BUKAN SELALU MASUK AIR TAU... HAHAHAHAHA
Today at 11:36am ·
Rose Emely
Rose Emely
hohohohohohoh...(*0*)

no.4 kompom ler ader...sbb aku yg selalu kene!!!

no.1 mak aku sound pun ko tak jalan...tak tau laa laki ko nanti.... See More

no.2 itu mmg habit azali ko...tak leh kata apedahhh.

no.3 kitorg tak berubah pelik lagi...sbb kdg2 sbulan sekali blom tentu ko masak utk kitorg. tapi utk laki ko...kompom sbb hari² ko kene masak tok dia. walllaaa...........

fuhhh...rahsia tersingkap. waakkakakakaaa....
Today at 11:38am ·
Rose Emely
Rose Emely
"PERGH .. PART YG NI AKU SEKALI SEKALA JERK LA... BUKAN SELALU MASUK AIR TAU... HAHAHAHAHA"
5 minutes ago

<<<>>>
... See More
har har har....he he he he...
Today at 11:42am ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
cet kurang asam keping tul lysa..... tersingkap rahsia ya....

ala.. aku lum ada mood nak masak lagik la... tgk la nanti kalau aku rajin nak masak jgn tak termakan lak korang... ekekekekekeke...

eh lysa.. macam tak de yang ambik form pun nih... macam mana nak wat interview ni... :-SS
Today at 11:47am ·
Rose Emely
Rose Emely
ahaks!!!

ko pi laa canang kuat². diorg tak dongar kot!!!
Today at 11:56am ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
kena ea?? alaaaaaaaaaa .. segan ar :">
Today at 11:57am ·
Rose Emely
Rose Emely
hahhaha...senget. kalo tak malu buat arrr...aku tak kesah!
Today at 11:58am ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
hahahahahahaha.... adoi,,, macam nak kena masuk mudah.com jerk...

lysa edit pic aku lawa2 nak promote kat mudah.com..... ekekeekeke
Today at 11:59am ·
Rose Emely
Rose Emely
erk! aku lak yg kene. aku dah bg kan software photoscape tu?
Today at 12:07pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
erk.. ada ea?? mana???
Today at 12:08pm ·
Rose Emely
Rose Emely
hahaha...aku pun tak hengat dah bagi ke blom. kan hari tu ko ada mintak...aku dah bagi ke blom?
Today at 12:11pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
ha... ni sape yang pelupa ni... wakakakakaak... belum bagik la... mana ada ko bagi.. huhuhuu
Today at 12:27pm ·
Rose Emely
Rose Emely
alamak! dah tu aku bagi kat saper hari tu....

huahuahuahua...ko donload sindiri arrr... (^_^)
Today at 12:31pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
adeh, part aku jerk kena carik sendiri... sampai hati kau ...waaaaaaa =((
Today at 1:00pm ·
Rose Emely
Rose Emely
elehhh...ko ayat nak sedih. nanti last minit dtg mintak kat aku gaks!
Today at 1:04pm ·
Zulhairime Shaari
Zulhairime Shaari
susah jugak saper nk jadi calon suami akak ,...
Today at 1:42pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
;)) mana ada zul.. adoiyai
Today at 2:06pm ·
Hasrul Mukhsen
Hasrul Mukhsen
huhh.......
Today at 2:27pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
uik sen.....
Today at 2:43pm ·
Hasrul Mukhsen
Hasrul Mukhsen
yoo........
Today at 2:46pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
nape =( macam tak suka jerk [-(
Today at 2:51pm ·
Hasrul Mukhsen
Hasrul Mukhsen
aik.....ske2.....mudah2an.....dpt la laki camtu......nnt kalo da dpt....kenal2 kn la kat mohsen.......lalala
Today at 2:52pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
hahahahaaha.... adessss... yg kekasih malap wat derk sen lak yg tacing... ekekekeek

erk tacing ke
Today at 3:01pm ·
Hasrul Mukhsen
Hasrul Mukhsen
tacing pe benda lak......tlg mendoa kn ade la ni ha......
ape la makcik ni......
Today at 3:05pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
makcik?:-O ouh tidak.....

abang momooooookkkk tgk la sen ni.... dia panggil ima makcik....

abang momok !! tgk sen niiiii...........
Today at 3:11pm ·
Hasrul Mukhsen
Hasrul Mukhsen
kekekekekek.........momok jga nk d cari.....xde org lain ke.....
Today at 3:14pm ·
Hesty Rezyuda
Hesty Rezyuda
hahhhahaa.. ada 2 orang jerk.... tak sen, momok... tak momok, sen.... hahaahhahaa
Today at 3:16pm ·
Hasrul Mukhsen
Hasrul Mukhsen
hahahhaa.......layan............
Today at 3:29pm ·


Sunday, December 20, 2009

kaseh 2


“Papa dah agak dah kamu mesti nak ajak papa A shopping. Papa dah cakap dah dengan mama. Tahu aje kamu sekarang ada sale. Tak pernahnya ketinggalan.”terang Dato’Haris. Tersenyum Ika senang. Ingat papanya fikirkan apa.

“Papa dah bincang dah dengan mama tadi, kejap lagi papa dengan mama memang nak bawa kamu pergi membeli belah”terang dato’Haris lagi.

“Yeaaaaaa.. seronoknya..hahahaha” suka Ika dengar apa yang di katakan papanya sebentar tadi.

“Ha, seronok-seronok juga..yang penting sekarang kita sarapan dulu…!”Kata Datin Rosnah meniru gaya iklan di tv.

Keadaan di dalam kereta amat membosankan. Inilah yang terjadi sekiranya hari minggu menjelma. Kesesakan lalu lintas. hari cuti berginilah yang berkeluarga akan membawa anak dan isteri bersiar-siar,si kekasih bermadu kasih.

“Pa…”panggil ika memecah kesunyian.

“Ya sayang, ada apa?”Tanya dato’Haris

“ Ika tengok kan,semenjak sebulan lalu papa jarang ada kat rumah. Kalau dulu.. ada jugalah masa dengan Ika, sekarang susah sungguh” rungut Ika.

Tersentak Dato’Haris dengan soalan anaknya itu. Tapi dengan senyuman dia menjawab “biasalah Ika,kalau papa tak kerja kuat..macam mana papa nak bawa Ika pegi shopping, kan?”. Tergelak kecil Ika mendengar jawapan yang di berikan Dato’Haris.

Datin Rosnah menyampuk “yelah abang ni. Kalau iya pun kerja, takkan sampai ke malam client cari awak, ke..

“ Sudah, awak jangan nak burukkan saya. Itulah datin-datin ni, kalau dah duduk berkumpul asyik mengumpat dan berprasangka pada suami saja” bantah Dato’Haris sebelum Datin Rosnah dapat menghabisan kata-katanya.

“ Ma..Pa.. dah ok? Ika just Tanya aje lah. Janganlah berpanjangan” rayu Ika. Suasana dalam kereta kembali sunyi. Hanya celoteh dj memenuhi ruang kereta.

Semasa di KLCC, Ika dan Datin Rosnahlah orang yang Paling sibuk membeli-belah. Dato’Haris hanya mengikut sahaja. Bahkan Ke tempat pakaian dalam wanita sekalipun dia membuntuti.

Setiba sahaja di rumah, Dato’Haris terduduk bersama dengan timbunan barang-barang yang baru dibeli anak dan isterinay. Dia betul-betul keletihan. Kenapa tidak, hampir kesemua pelusuk KLCC itu dijelajahinya. “Taubat saya nak bawa awak anak beranak membeli belah masa sale. Dah nak tercabut dah kepala lutut saya ni tahu tak. Lagi satu.. tokey minyak pun boleh muflis kalau macam ni tau. Adeih, kalau macam ni tiap-tiap bulan, mahu sakit jantung aku di buatnya” rungut dato’Haris. Ika dan Datin Rosnah ketawa mendengar rungutan Dato’Haris. “Alangkah bahagianya kalau selalu macam ni” desis hati Ika.

Keesokan harinya.

“Selamat pagi ma..” sapa Ika sambil mencium ubun mamanya.

“Pagi…”jawab mamanya lesu.

“Kenapa ni mama? Penat lagi ya?” tanya Ika.

“Entahlah Ika, papa kamu buat mama risau je. Pagi tak menyempat nak sarapan kalau nak pergi kerja tu, kalau bekerja pula tak ada masa nak pulang rumah. Tak tahu mama kemana perginya. Kalau mama telefon pejabat selalu sangat tak ada kat sana. Kalau telefon bimbit memang di tutupnya”keluh Datin Rosnah.


Luahan hati mamanya itu membuatkan tangannya terkejang dari terus menyuap sarapan. Terdiam dia seketika. Dia akui dan tidak menafikan. Kawan-kawannya pernah memuji papanya yang masih segak bergaya,muda dan tampan. Sehingga ada yang berani bergurau untuk menjadi ibu mudanya. Tapi, kalau itu yang menjadi punca kelewatan kepulangan papanya, bukan setakat mama, dia pun berasa gundah gulana. Hati perempuan mana yang tidak terusik kalau suami ada perempuan lain diluar ? Adakah salah isteri yang tidak memenuhi kehendak suami ? atau… Suami yang miang keladi tak sedarkan diri?


Di sekolah, Ika tidak senang duduk. Dia tidak dapat menumpukan pelajarannya kini. Dia asyik termenung. Difikirannya hanya berlegar-legar masalah baru. Masalah itu bagaikan sentiasa didengari di cuping telinganya tanpa mengizinkan sedikit kekosongan di benak muda, akan senantiasa berlegar. Perasaan takut kian menular di segenap unjuran saraf di tubuhnya. Bunga-bunga kebahagian yang bermekar disangkanya akan menjadi kuntuman mewangi sepanjang masa. Tapi bagaikan hanya sempat membuka kelopak tetapi layu untuk kesekian kalinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, December 11, 2009

11 disember 09 detik waktu 0030 am....

mata aku mengantuk sebenarnya.. tapi aku tak tahu ..gelodok hati aku kuat... aku tak tahu nape...siyes....siang tadi ley plak aku teringat kat den mengong tu dgn dosa2 yg dia wat kat aku..dengan pompuan sengal tu sekalik....wat hati aku pedih.. wat hati aku sayu..

aku bertekad untuk jadik wanita yang berdikari.. walau aku tahu hakikatnya aku akan tempang dengan ketiadaan lelaki..sebab Allah dah bagi tahu.. lelaki adalah kelengkapan wanita untuk wanita menjadik kuat dan utuh.. dan wanita adalah pelengkap untuk kehidupan lelaki menjadi sempurna..

petang tadi air mata aku menitis lagi..aku inginkan bahu seseorang untuk aku sandar dan rembis kan air mata yang jatuh...tapi bila aku toleh ke kiri tiada.. kekanan pun tiada..bila aku kalih kebelakang pun tiada...tapi bila aku dongak.. aku nampak langit yang luas terbentang...hanya Allah je yang tahu..bertapa nyilu dan peritnya hati aku pabila tiada sesiapa yang boleh aku peluk untuk aku kurangkan kesayuan..untuk aku mengambil sikit ketenangan...

adakah aku berjaya menjadi seorang perempuan yang berdikari??? doakan aku teman....panggilan dari dia aku terima....dia gembira menceritakan tentang wanita yang bertahta di hati dia... aku senyum... kerana aku turut girang dia bakal bahagia.. aku harap dia bahagia... benar-benar bahagia :)

Wednesday, December 9, 2009

kaseh - 1

-->
“ Ika,ika…bangun nak.. dah pagi dah ni..” laung Datin Rosnah sambil mengetuk pintu bilik anak gadisnya dengan kasar.
“Ehmmmmm.. ika bangun lah ni mama..” jawab ika dengan malas sambil menutup telinganya dengan harapan ketukan yang membingit itu berhenti dengan segera. Dia termenung lama untuk kembali ke alam realiti. Setelah agak puas, dia bangun dengan langkah yang longlai lalu mencapai tuala yang tersidai di hujung katilnya.
“Ahhh… sejuknya pagi ni..” gerutu hati Ika. Dia membuka pili air panas dan sejuk dan dibiarkan bertakung separuh penuh didalm tab mandinya. Dicampurkannya dengan bahan mandian yang wangi dan menyegarkan dan bersedia merendamkan tubuhnya yang montok itu.Nyaman.. itulah yang dirasainya. Sedang asyik dia mengulit tubuhnya, kedengaran pintunya di ketuk.
“Cik Ika, Datin minta turun segera bersarapan”.
“Yalah, yalah..sekejap lagi saya turun..”laung ika..
“ Kacau betullah..orang baru nak syok mandi” mengomel Ika sendirian. Dengan pantas dia membilas dirinya dan bersiap untuk turun bersarapan dengan papa dan mamanya.
“Selamat pagi pa,ma..” sapa Ika sambil tersenyum manja,
“Selamat pagi sayang..amboi,senyum je dia ni..oooo..dah wangi rupanya,patutlah senyum. Selalunya mashem je baik bau dengan muka tuannya..hahaha” gurau Dato’Haris sambil di sambut tawa Datin Rosnah.
“Papa ni… mama.. tengok lah papa ni…” merengek Ika. Tapi di sambut hilai tawa mereka bertiga. Ika mencedok nasi lemak ke pinggannya.
“ So papa..what your program today?” Tanya ika.
“ Nothing.. duduk rumah goyang kaki je lah. Malaslah papa”jawab Dato’Haris bersahaja sambil mencebik bibir.Melopong mulut ika dengan jawapan papanya.
“Pa… hari ni kan hari minggu..” Kata Ika. Dato’Haris mengerutkan keningnya dan memandang Ika dengan pandangan hairan
“So dear, what your problem if today is sunday” tanya Dato’ Haris.
“Yelah, takkan papa tak nak bawa ika dengan mama pegi jalan-jalan atau shopping ke.. Bukan selalu kita dapat macam ni papa. Papa dengan mama selalu sibuk kan? Ika pun asyik study je untuk SPM, sekali-sekala nak juga tenangkan fikiran papa. Lagi pun.. sekarang ni ada sale tau papa” terang Ika separuh merengek.
“Ros, tengok. Kan abang dah cakap” kata Dato’Haris pada Datin Rosnah sambil ketawa terbahak-bahak mereka berdua. Ini lagi membuatkan mulut Ika melopong besar.
“Aku buat lawak ke? Rasanya macam tak de?eh.. apa diorang mengarut nih.. adeeeehhhhh” Ngomel Ika dalam hati.
“Kenapa ni…” tanya Ika seakan-akan nak menangis.
sambungan kaseh - 2

klik iklan ni tak kena bayar pun