Tuesday, October 28, 2008

KENAPA AKU TAK SOROK KAN ID AKU?

ada yang tanya nape aku tak kisah nak kongsi pic..
guna 2 id tapi ley ngaku orang yang sama..
tak menyamar..
jawapan dia senang jee..
BILA AKU DITAKDIR KAN METI BUKAN DALAM KAWASAN AKU...
KORANG BOLEH KENAL MAYAT TU AMIM...
KALAU AKU MENINGGAL TERSIAR DI BERITA MUKA AKU, KORANG BOLEY TAHU ITU AMIM...
JADI TAK YAH LA LAGI KORANG DUK TERTANYA KAT MANA DAN KENAPA AKU DIAM DIRI...
SEBAB KORANG DAH TAHU AKU PERGI MENGADAP ILLAHI...

Tuesday, October 21, 2008

ya allah,, lindungilah dia..

hari tu aku terkedu bila dia kata dibadan dia ada tatoo.. sebenarnya aku tak kisah dan aku tahu dia memang jenis yang begitu,, tersilap sekali tak bermakna akan silap selamanya. dalam diri dia ada keinsafan dan kesungguhan untuk bertaubat dan mendalami ilmu agama yang selama ini dia tidak tahu langsung dan tidak mengerti apa pun. aku gembira aku berjumpa dengan orang yang mempunyai semangat untuk berubah, aku sedia membantu itu janji aku. sebagai rakan aku tak perlu ketepikan dia atas kesilapan yang dia telah lakukan, dia memerlukan aku dan kawan-kawan lain untuk membantu dia kembali kepangkal jala,
tapi hari tu aku terkedu, bila dia kata tak dapt nak luangkan hujung minggu belajar bersama aku. aku pelik dia kata nak jumpa abang besar. aku terkedu. istilah itu selalunya digunakan pada kumpuln kongsi gelap.. betul jangkaan aku, niat dia baik, ingin membuang tatoo yang dia ada, demi Allah dan islam, sebelum dia terlambat katanya. tapi dia risau.. dari suara dia memang aku dengar dia didalam kerisauan.. sekiranya niat dia itu tidak diterima oleh ahli kumpulan itu. dia kata hukumannya BUNUH,, sebab dianggap sebagai belot. Subahanallah.. risau aku.. tapi aku nasihat kalau jumpa slowtalk lah dgn mereka. dan aku nak dia tahu, aku sentiasa berdoa untuk dia. semoga Allah melindungi dia dan memelihara dia dari perkara yang tak baik dan moga Allah mengirimkan malaikat untuk melindungi dia dengan niat yang dia titipkan taubat, keinsafan dan keampunan. Ya Allah lindungilah Faridzul Shah dari segalanya YaAllah. Tetapkanlah hatnya untuk terus bertaubat kepadaMu.

Monday, October 20, 2008

rakan baru pengubat jiwaku

skang akurasa sedikit selesa dan seronok/\. tak sia-sia juga lah aku membeli broadband, bila aku sunyi aku sering melayari internet dan kegemaran akusekarang adalah berchatting. patut lah dulu aku aku dengar orang kata kalau beberchatting nih akan hilang sosial, aku tak menafikan. tetapi apa punjua diri yang berkuasa untuk mengawal semua tu. aku sekarang aktif dalam chat room MELAKA2. seronok ramai kawan; sekarang kawan yang aku rapat sangat dalam room tu QUADRON_CREW, ARGY, JHUANA_ACHE, ALIP, ASH, NEXUS, KURO@IF3H, KURA2, BOY, KIEYRA dan ramai lagi sebenarnya. aku seronok sangat diorang pun tak kedekut ilmu. tapi antara semua yang paling aku rapat QUADRON dan ARGY dan ADIK JHU,,, rasa taklengkap tanpa diorang..
tapi tak bermakna akk tak pedulikan adik2 akk yang lain sayang.. buat masa ini akk lebih selesa untuk berdiam diri dahulu.. maafkan akk sekiranya ada pada kalian yang terk\luka dan terasa dengan tindakan akk.. akk minta maaf,, cuma beri akk waktu untuk diri ini bergembira seperti dulu.

Sunday, October 12, 2008

bila dah tak de baru dikenang

pilu sangat hati aku hari ni... rupanya baru aku tahu, along aku masuk MAB bukan sebab keluarga punya galakan tapi orang lain.. pilu hati aku dengar.. mana taknya, dia kata budak tu nasihat dia yang buatkan dia nak masuk MAB tu. sedangkan apa yang dia nasihat sama dengan apa yang aku penah cakap. bila aku tanya kenapa aku cakap macam tu dia tak terasa pun aku membantu, siap kata aku cakap macam orang tak matang. cara budak tu nasihat matang. pilu hati aku. bergenang air mata aku. aku yang banyak tolong, tak penah dikenang. dari kawan sampai adik beradik sendiri, selalu aku jadi macam ni. aku yang slalu menolong tapi orang lain yang sering dikenang. menangis aku. tak pelah along... orang yang dekat ni selalu nya bila dah tak de baru dikenang.. baru disayang... menitis lagi air mata aku.. tak pelah along, nanti dah jah ima ni baru la kau perasan sape yang banyak menjernihkan suasana.. takpe.. adik tak marah kalau kau lagi sayang dan hargai orang lain.. adik dah biasa tak dikenang long... cuma adik tak pernah nak menerima takdir hidup adik tak dikenang orang...

p/s : pada sesiapa yang penah membaca blog ni.. bila nanti dah tiba waktunya aku tiada didunia ni, tolong lah bagi ahli keluarga aku baca blog ni... sebab diorang tak penah tahu tentang kewujudan blog ni... blog yang menjadi luahan hati aku selalu... terima kasih terdahulu pada sesiapa yang sudi membantu aku nanti....

Thursday, October 9, 2008

HM... APA AKU RASA EAK SKANG???

aku terasa mungkin betul apa makna mimpi istikharah aku tu.. aku tak dapat ke2,2 nya..
aku berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mampu menjaga aku dengan sepenuh hati suatu hari nanti.
tapi buat yuzairi dan ramzan.. pintu hati ima tak tertutup terus pada kamu berdua.
mungkin ada jodoh kita, cuma belum tiba masanya itu kita tak tahu sebab kita hanya merancang Allah yang menantukan. aku harap yuzairi dan ramzan dan hidup dengan gembira dan berjaya dalam kehidupan. aku???
hmm.. tak tahulah. aku tak suka situasi ni tapi kau kena tempuh semua rintangan yang aku alami..
aku harap dan berdoa aku juga dapat bergembira dan berjaya dalam kehidupan aku. kalau aku ditakdirkan untu pergi terlebih dahulu aku redha.. harap wan, kak ana dan along dapat jaga ayah dengan mak baik-baik.. jangan kecik kan hati ayah dengan mak laghi. selalu lah tolong ayah dengan mak kat kedai, kesian diorang penat. korang jangan gaduh-gaduh. kita tak ada adik beradik ramai. ini je yang ada berganding bahulah bersama. saling sayang menyayangi..
along dengan wan. korang kena paham dengan perangai kak ana, dia memang jenis kasar, kadang kala bukan niat dia nak berkasar sebab bagi dia itu dah cukup lembut dan terbaik. walau kadang-kadang ima sendiri pun sakit jer dengan dia. wan pula jangan suka dendam dengan adik beradik, ingat tu. wan dah jadi adik yang baik. jaga along dengan kak ana. walau along tak berapa nampak apa aje keputusan kena bincang dengan along. ingat tau..along jangan bengkeng-bengkeng dengan adik-adik.. adik-adik semua sayang along. walau along sebelum ni tak rapat dengan kami, tapi kami tahu along sayang kami. along sekarang kena jadi orang yang lebih tegas dan pandai buat keputusan. bela nasib keluarga kita. along tunggak kami...

wassalam...........

Wednesday, October 8, 2008

MONOLOG PUTIH..

KAU TAK BAIK KATA MACAM TU... AKU MANUSIA.. AKU PEREMPUAN NALURI UNTUK DISAYANGI DAN DI BELAI TU ADA. KAU NAK AKU BERGELUMANG DENGAN DOSA?
BUKAN KE KAU YANG SAMA-SAMA MENANGIS MINTA PENGAMPUNAN PADA ALLAH ATAS DOSA-DOSA JAHILIAH KAU DAN AKU DULU??? KAU DAH LUPA?? KAU NAK BERGELUMANG DENGAN DOSA LAGI?? KITA NI UMMAT NABI MUHAMMAD.. KALAU DAH RASA ADA KEINGINAN DALAM DIRI UNTUK BERUMAH TANGGA DAN BERJIMAK, ADA KEMAMPUAN.. WAJIB UNTUK KITA BERKAHWIN. KAU KENA INGAT! KAU TAK BOLEH NAK HENTAM KEROMO BUAT KEPUTUSAN DAN PANDANGAN MACAM TU... KITA ORANG ISLAM.. JANGAN LUPA KITA BERPAKSI PADA ALQURAN DAN SUNNAH BUKAN NAFSU DAN AKAL..

Tuesday, October 7, 2008

MONOLOG DIRI....BOSAN GILEEEEEEE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
NAK KAWEN KE, TAK NAK?????
BOSAN LAAAA.... TAK PAYAH PK PASAL KAWEN PK DIRI SENDIRI JER DAH.
KAN AKU DAH KATA KAT KAU... TAK PAYAH KAWEN SENANG,,
TAK PAYAH PK PASAL LELAKI..
KAU YANG AKAN SAKIT HATI
LELAKI SEMUA PENTING KAN DIRI,,
TAK DE SAPA NAK SIMPATI PADA KAU LAGI..
LANTAK P DENGAN SEMUA LELAKI..
TAK ADA ORANG SAYANG KO LAGI..
JANGAN PK LELAKI SAYANG KAU LAGI..
KALAU BETUL DIORANG SAYANG PADA KAU,, DIORANG TAK KAN BIARKAN AIR MATA KAU BERGUGURAN MEMBASAHI PIPI
AKU SARAN PADA KAU NI..

KAU BAWAK DIRI..
ABIS KAN STUDY..
LEPAS NI LEY SAMBUNG DEGREE
PASTU MOHON JAWATAN YANG HANG IMPI...
ABIS CERITA PUAS HATI !!!!

klik iklan ni tak kena bayar pun