Tuesday, April 19, 2011

CERPEN : what to do..?



" aku benci gillew dengan dia ok..huh.! "
" kenapa pula... tak pasal-pasal kau nak bencikan dia..?setahu aku, dia tak buat apa-apa pun dengan kau.."
" itu kata kau.... banyak ke kau tahu pasal dia..? tak kan? "  nurul meninggalkan melor dengan jelingan tajam..sakit hati betul bila kawan dia itu seperti mahu membangkang apa dia kata.
 " apa salah kak seri... aku tak paham... haih, dunia..dunia.." seri berbisik didalam hati.... dia meneruskan menonton drama kegemarannya "pelangi petang" ...

"weyh, weekend ni kau tak keluar pegi mana ke nurul? kau tak kerja kan hari ni? " tanya melor sambil mulutnya mengunyah nasi lemak kegemarannya..
" tak kot.. aku nak lepak rumah jer.. layan internet.. facebook, myspace, blog, semua dah bersawang.. nak kemaskan kejap..kau tu, tak pergi mana ke? " nurul bertanya sambil berlalu mengangkat pinggan ke sinki..
" tak kot.. tapi petang sikit lah.. aku nak pegi  pasar malam.. tengoklah, kot ada yang best.. kompem satay minang...yang lain tengok keadaan.. rindu wooo, satay minang..." melor mengekori  nurul ke sinki..
"ah kau.. tak habes-habes dengan satay minang kau.. kawen jerk le dengan anak pakcik tu.. diorang pun aku tengok dah kenal kau.. beli sebulan sekali pun, diorang boleh kenal. huh, nyampah i..hahahahaha.." mereka bergelak ketawa bersama.

" fuh, layan drama tamil kat tv2 best gak nih... " melor mencapai remote tv dan terus duduk bersandar di sofa..
" menyampah lah..! " nurul keluar sambil marah-marah... 
melor memandang dengan dahi kerut seribu..." dah apahal  plak laaaa, minah ni.." dia membiarkan saja..sambil matanya kembali melayan Padiyappa... 

" melor, aku meluat giller la dengan si seri .."
" kau ni dah kenapa ni nurul, banyak kali aku dengar kau merungut pasal kak seri.."
" ye lah.. aku menyampah tengok minah tu.."
"aku tahu.. tapi kenapa...pernah kau nak cakap dengan aku kenapa...?"
" macam bagus je dia... hey, tolong la... dia ingat semua budak baik dengan dia agaknya.."
" kau ni cakap apa ni nurul..? "
" aku cakap apa aku rasa lah ni.."
" tapi kenapa.. kak seri ada buat salah dengan kau ke? "
" tak lah.. dia nak perli-perli aku dengan abang aku tu apasal..macam dia tu bagus, aku dah anggap jamal tu macam abang aku.. yang dia nak perli-perli aku kenapa, apa dia ingat dia bagus sangat la... "
" perli..? pasal yang hari tu? yang kita jumpa dia hari tu? "
" yela..."
" nurul, kan dia bergurau je, kan dia dah cakap dah pada kau yang dia bergurau.. meamng dia cakap benda tu galak, tapi aku pun dapat rasa dia bergurau.."
" eh, yang kau ni backup dia sangat kenapa hah..?! "
" aku bukan nak backup sesiapa nurul.. kalau sekarang ni, dia yang cakap kau macam ni, aku tetap akan pertahan kan kau macam mana aku pertahan kan dia sekarang..aku bukan nak menangkan sesiapa, aku rasa aku nak tunjuk kan siapa yang salah sangka siapa yang tersalah sangka.."
" ah, kau! aku lagi hangen, boleh pla ko nak bersyarah depan aku.."
" aku bukan bersyarah nurul.. tapi kau pun tahu kan, cia bergurau kasar..ke, kau ada dengar mulut longkang lain bercakap ni...? "
" memang pun... ada lah, budak cakap, dia kata aku macam ni.. macam ni..eh, bodohlah..! selama ni aku sabar je dengan dia tau.. even dia gurau kasar, aku tak kisah pun.. tapi ni dah melampau laa..."
" ada kau tanya pada dia..? "
nurul menggelengkan kepala..
" apasal kau tak tanya sendiri, betul ke dia ada cakap macam tu..? "
nurul menjeling sambil mengetap bibir...
" nak marah aku lah tu...."
nurul memandang kaca tv dengan pandangan yang tajam... ntah apa dia tengok pun tak tahu.. satu pun tak masuk dalam kepala dia.. hati dia hanya penuh dengan perasaan marah.
" nurul.. aku kenal kau.. aku kenal kak seri.. kak seri tu, aku nampak dia cuba jadi seorang kakak.. tapi dia sangat tegas.. hati dia lembut, tapi dia didik dan ajar kita memang tegas cara dia..kau ingatkan. dulu macam mana aku kena brainwash dengan dia? pasal budak-budak tak puas hati dengan aku..pasal budak-budak tak suka cara aku.. memang perit..memang susah kita nak terima benda tu.. aku menangis satu hari kau tahu..? aku marah sangat dengan kak seri.. aku benci sangat dengan kak seri...tapi lama-lama, aku fikir balik.. betul kata apa kak seri.. lagi pun, kita kadang kala tak sedar, macam mana perangai kita...kawan-kawan yang jadi cermin buat diri kita..."
 nurul masih memandang kosong kaca telivision, tapi muka dia dah agak cool...

" kau tau tak nurul.. si Dina pernah tegur perangai kak seri..."
nurul berpaling ke arah melor.." betul ke.."
" yup.." 
" tegur apa.."
" dina kata, kak seri baik, tapi cara kak seri kasar. kak seri nak lindung adik-adik tapi kadang-kadang kak seri sampai lupa hal diri sendiri.. dina suruh kak seri jadi lebih feminin.. dina cakap kak seri cantik, tapi kak seri tak endah benda tu...dina suruh kak seri buang perangai macam ala-ala jantan tu...dina suruh kak seri pakai perfume.. banyak lagi lah.. aku lupa dah.."
" betul ke? berani nya dina..? "
" ha'ah... aku tak tipu.. aku ada sekali masa dina cakap tu.."
" habes seri macam mana.."
" seri..seri.. kak seri lah!.. "
nurul mencebik..
" dia menanges juga mula-mula tu..."
" hah! padan muka dia..! rasa kan..!"
melor jeling.." tapi dia tak plak nak bermusuh dengan dina tu.. aku tengok dia makin rapat adalah...aku pernah tanya.. pada dia, dia tak sakit hati ke pada dina.. dia kata mula-mula memang pedih.. tapi itu yang dia mahukan.. teguran.. supaya dia boleh berubah jadi lebih baik.. dia terima saje kalau ada adik-adik nak tegur dia, tapi cara biarlah macam dina.. cakap baik-baik.. cara dina, macam cara kak seri tegur aku dulu..."
" eleeyhh... yelah tu dia... ntah-ntah simpan dendam.."
" weyh nurul.. kau ni dah kenapa..? apa setan pulak yang dah hasut kau nih..?
" apasal aku plak..?"

melor mencapai remote tv dan menutup siaran tu... dia bangun duduk mengadap nurul..
" nurul, aku tahu selain kau rasa sakit hati, mesti ada orang lain cucuk kau kan..? sebab dari kes hari tu, aku tengok kau ok lagi dengan kak seri.. baru-baru ni saje kau macam ni.. nurul.. aku minta maaf.. tapi kalau betul ada orang yang bercakap pasal kak seri.. aku nasihatkan , kau datang lah jumpa dia nurul.. tanya pada dia, betul atau tidak dia ada cakap macam tu pada kau.. jangan kau dengar sebelah pihak.. lagi pun. kau yakin ke, orang yang bercanang pasal kak seri pada kau tu, memang tak pernah kutuk kau juga..? "

nurul merenung melor.. tanpa suara.. tanpa gerak...

" nurul... setakat aku kenal kak seri, kak seri tak pernah pun menghalang kita kawan dengan sesiapa.. tak pernah pula dia menghasut sesiapa untuk tak kawan sesiapa, walau yang kita nak kawan tu dia tak iminat..tak pernah lagi aku dengar dia sebut.. kau jangan kawan dengan dia.. perangai dia buruk.. tak pernah lagi nurul...cuma dia akan pesan, hati-hati dan berjaga-jaga.. itu saja.. aku tak tahu mana silap dia .. aku tak tahu mana buruknye.. walau aku sendiri ada dengar orang mengutuk-ngutuk dia.. tapi aku rasa benda tu mengarut lah.. sebab dia tak seperti yang diorang cakap... tapi entah lah.. individu.. masing-masing ada hak untuk menilai seseorang..tapi pada aku.. aku pernah susah.. dia pernah tolong aku.. dia tak pernah biar aku di pinggir kawan-kawan.. kau fikir-fikirkanlah nurul.. dah banyak aku cakap rasanya... kau pun dah besar.. dah matang... kau gikirlah mana yang terbaik untuk nilai persahabatan... " melor berlalu meninggalkan nurul terkebil-terbil melihat dia bercakap... 

nurul pegang kepalanya... " apa aku nak buat sekarang ni..? apa aku nak lakukan sekarang ni... memang aku sakit hati dengan kak seri.. tapi.. berbaloi ke aku biarkan kak seri tak tahu apa yang buat aku benci pada dia waktu ni..? kalau aku biarkan.. sampai bila...?.. haih..!" nurul bersandar pada kusyen di ruang utama rumah itu.. 

guys... apa patut nurul buat..? please help this person to find a good way for her...



MORAL OF THE STORY

  • jangan lah biarkan diri anda di selubungi misteri...
  • jangan dengar mulut longkang.. kalau ad amasalah bincang
  • kawan adalah cermin pada kawan, jadi tegurlah kalau kawan tu membuat perkara dan perbuatan yang salah
  • be agood friends.. jangan biar diri anda di pimpin syaitan






klik iklan ni tak kena bayar pun