Monday, January 21, 2013

cerpen : Amim... Aku amim (9)

"Ish..kenapa dengan aku ni...? Kenapa pulak hati aku sayu? Kenapa plak aku rasa tak best? Aduiih..tak kan sebab apa aman kata tu? Tak mungkin..tak mungkin.. Aku dari awal tahu tentang anita... Ya Allah ima! Apa kau fikir ni?" Ima menutup mata rapat-rapat..membiarkan badannya disirimi air dari pancuran paip... Dia membiarkan kepalanya basah. Dia leka. Leka dengan pertanyaan didalam benak yang tidak sepatut nya hadir.

*************************************


"Ima.. Lama aku tak dengar kau cerita pasal aman?" Tanya lisa sambil mengunyah kuaci biji labu perisa teh hijau kegemarannya.
"Entahlah sot, lama juga tak berhubung. Ada la juga sms bertanya khabar. Tapi tak lah jumpa. Alah, biasalah tu. Sibuk kot. Aku pun sibukkan"
"Tak de lah, tiba-tiba ajakan macam diam"
"Hurm.. Dia dah bertunang agaknya"
"Haaa?? Apa??? Kau jangan main-main"
"Laaa, aku agak je lah..sebab last dia jumpa aku hari tu, memang sia cakap dia sayang Anita sangat. Mana lah tahu memang dah bertunang agaknya.."
"Tak kan laaaa"
Ima mengerut dahi " dah kenapa dengan kau ni??" .
Tiba-tiba telefon ima berbunyi. "Jap lisa ea..mak aku call"

"Hello, waalaikumussalam..tak de buat apa, bersembang kosong je dengan lisa ni...dah mak.. Baru je sudah. Kenapa ni mak? Hujung minggu ni? Tak balik rasanya. Urm? Ayah suruh balik? Kenapa? Hal apa yang nak dibincang mak? Alaaa.. Telifon je tak boleh ea? Yelah..yelah.. Esok lepas waktu keja orang balik.ok..kirim salam ayah. Assalamualaikum"

"Nape ma?"
"Mak aku suh balik kampung esok"
Kenapa?"
"Ntah ada benda nak bincang katanya"
"Peliknya.."
"Tulah, aku pun terasa macam tu"
"Takpelah, esok je pun"
"Tulah, so weekend ni, kau duduk sorang je lah kat rumah. Tak kisahkan?
"Ok jelah.. Macam tak biasa heheheeh.. Kau balik petang ke?
"Yelah kot.."
"Hati-hati, asal petang je hujan.. Jalan licin"
"Ya makcik! Faham.." Ima tersenyum dan berlalu


*************************************

"Ish,pasal apalah yang ayah dengan mak suruh balik bersungguh-sungguh ni? Takkan kes beli rumah dekat hujung kampung tu? Itukan aku dah kata nak beli untuk buat homestay,apa yang tak puas hatinya lagi ni?"Ima berteka teki didalam hati. Dia hanya membawa 80km perjam dari susur keluar tol bangi ke melaka,baginya tak perlulah untuk tergesa, kerana rumah takkan lari kemana.

"Assakamualaikum... Ima dah sampai ni.." Laung ima seraya dimuka pintu. Dia menyalami ibu bapanya.
"Cikmamaaaaa..."Kimi mengejar mendakap kaki ima. Ima mendukung sambil nencium pipi.
"Kimi windu cikma ke,peluk..peluk..peluk..?" kimi memeluk ima erat.
"Mi dh mamam?" Tanya ima lagi.
"acik..ma acik" jawab kimi dalam pelatnya.maklum la lagi sebulan nak jengah ke 2tahun,kata-katanya masih buble word. Ima meletakkan kimi dipangku. 
"Nah..gula-gula!" Ima menghulurkan lollipop.
"Haih..kau bagi dia makan ni, alamat sampai tengah malam la dia aktif ni nanti" tegur maknya. Ima hanya ketawa. Kimi mengambil lolipop sambil berlari ke arah datuknya. 
"Kak ngah mana?"
"Kerja la..dia keje shift malam ni"
"Ouh, ima mandi kejap la. Nak solat takhir jap lagi"
"Hah,pegilah.kami dah makan. Nanti kamu makan la"
ima hanya mengangguk sahaja dan berlalu.


*************************************

Ke esokan harinya,seperti biasa, ima membantu ibu bapanya di warong. Di saat penghujung waktu, dari waktu pagi berganjak ke tengah hari, pelanggan makin berkurangan,makanan pun sudah tiada yang boleh dihidangkan.

"Ayah..kenapa suruh ima balik? Ada apa yang nak dibincangkan?"
"Huh.. Kat rumah nantilah kita cerita" balas ayahnya sambil menyapu.


Didapur..
"Mak..pasal apa?"
"Dah ayah kata kat rumah, ha.. Tunggu jelah kat rumah"
"La pula..haih.." Ima membasuh bekas-bekas yang kotor,tak sabar dia nak pulang kerumah. Penantian adalah satu penyiksaan. Bagai bom jangka yang sedang berdetik!


*************************************


"Ima.. Hurm ayah nak cakap ni"
Ima berpaling dari memandang telivision
"Ada apa ayah. Dr tadi duk susah nak cakap"
"Huuuurm.. Ada orang masuk meminang kau"
"Siapa?"
"Orang johor. Nama dia Megat fahmi Al-khadri bin Megat Hafsyah al-khadri"
"Er.. Keturunan apa ni?"
"Keturunan al-khadri la"
"Hahaahhahaa, alah ayah ni, kalau itu tahulah ima, bangsa..bangsa.."
"Apa ada dia sebut ritu, tak ingatlah"
"Ntah sape-sape lah ayah ni..hehehehee"
"Tapi ima, ayah dah terima risikan diorang. Dan dalam masa 3bulan lagi, kau terus kawen"
"Eh, apa ni ayah.. Tak bincang tak apa, pastu terus kawen pula tu"
"Umur kau dah berapa sekarang? Bertunang buat sehari sebelum,besok nikah dan sanding"
"Umur? Kenapa? Ayah takut orang kata anak ayah andartu ke?"
"Ayah dah kaji latar belakang. Dan memang nampak keturunan baik-baik. Lelaki tu pun kerja baik-baik. Dia datang juga hari tu, ayah dah tengok muka dia. Memang tenangkan hati. Jadi ayah terima. Ayah tak perlu tanya kau, sebab ayah berhak untuk menentukan jodoh kau"
Ima hanya berdiam diri. Apa yang boleh dia kata?
"Kau bersiapkan diri je. 3bulan dari sekarang. Itu janji ayah dengan keluarga diorang"

Ima terus bangun masuk dalam bilik. Dia menangis. Tak sangka ayah akan buat macam tu pada dia. Tak sangka dia akan diketepikan dalam buat keputusan. Dia perlahan-perlahan kemaskan barang masuk kedalam beg.

"Eh ima, kata balik esok?" Tanya emaknya.
"Tak pelah mak, ima balik petang ni lah, baru teringat baju tak basuh kat sana" jawab ima sambil mengukir senyum.
Emaknya tahu, ima terasa hati, hanya mampu berdiam diri. Keputusan suaminya telah buat.


"Ayah.. Ima nak balik kl ni, nak kemas umah sana" ima memberitahu sambil menghulur salam.
ayahnya menyambut "ha, bawa kereta elok-elok. Ingat.. Jangan nak buat perangai tak senonoh. 3bulan lagi dah nikah. Semua pasal majlis tak payah kau risau. Mak ayah akan uruskan. Kau jaga diri elok-elok. Darah manis, jangan nak buat macam-macam" pesan ayahnya.
Ima hanya mengangguk, air matanya bertakung, dia menyalami ibunya dan memeluk, air matanya jatuh. Ibunya mengusap kepala ima.



Setelah pemergian ima..

"Abang.. Tak baik buat dia macam tu. Kenapa tak tanya dulu?"
"Nak tanya apa? Nanti dah nikah, tahulah dia semua untuk kebaikan dia"

Mak cik munah hanya mendiam diri dan berlalu.

*************************************


"Assalamualaikum.." Ima terus ke sofa dan menghempas badannya.
"Waalaikumussalam.. Eh kata balik esok?"
"Malas lah"
"Erm? Ok tk ni?"
"Tak"
"Nak share?"
Ima hanya mendiamkan diri dan memejamkan mata.. Lama. Lisa hanya membiarkan, mungkin hati belum tenang.
"Lagi 3bulan aku kawen" kata ima sambil matanya terus dipejam.
"What?!"
"Betul le tu"
"Wow!! Greate.. Ya Allah, tahniaaah, dgn orang mana? Kau tak cerita dengan aku pun ea.. Sampai hati tak jemput bertunang"
"Mak cik.." Ada getar dibalik suara. Lisa terdiam.
"Weyh..nape ni?"
"Aku tak kenal pun sape, aku langsung tak tahu pasal mamat tu. Ntah datang dari mana, ayah aku main terima je, pastu sedap-sedap bagi arahan suruh aku persiap diri, dalam masa 3bulan aku tunang, esok tu nikah" ima bercerita didalam sendu.
"Maknanya, kau tak kenal lagi la ni, siapa?"
Ima hanya menggelengkan kepala. 
"Sabarlah babe, maybe ini memang terbaik untuk kau. Bukan kau kata sebelum ni, kau tak kisah siapa asal mak ayah kau senang san suka?"
ima terdiam.. Hampir dia lupa ikrar hatinya.. Kenapa? Di gapai telifon


Sms.
"Aman, jumpa kejap petang ni,jam 6 ya, ambik sy kat rumah kita borak tepi tasik"

*************************************


"Ima, kenapa ni? Sugul je. Tak pernah awak nak ajak saya lepak saje-saje ni"
Ima hanya senyum. Dihulurnya kacang pada aman.
"Ok je lah. Nak bagi tahu awak 1 benda"
"Apa dia?"
"Hurm.. Saya dah nak kawen" ima berkata dan terus berpaling pada air tasik yang beralun lembut. Aman terdiam.
"Bila?" 
"Lagi 3bulan"
"Er..cepatnya"
"Ha'ah, ayah yang uruskan.." Ima hanya tersenyum. Aman keras. Tak tahu apa reaksi yang harus dipamerkan.
"Nanti datang tau. Dengan anita. Bawak zam skali" ima senyum lagi.
"Awak happy?" Aman bertanya sambil memandang tepat di wajah ima.
Ima tersenyum dan mengangguk.
"Mana ada pilihan mak bapak yang salahkan? Diorang mesti nak yang terbaik untuk diorang. Jadi diorang tahu apa yang terbaik untuk ima"
Aman mengangguk.
"Mesti hensem orangnya" aman berseloroh.
"Entah, tak pernah tengok"
"Eh tak tengok gambar ke?"
"Tak, biar lah, buat apa tengok, kalau tengok bukan boleh kita nak kata ke tak" iam tersenyum.
"Aman.."
Aman memandang ima.
"Mungkin ini kali terakhir kita jumpa" tersekat kotak suaranya disitu. Air matanya bergenang.
"Aman faham ima, aman kena hormat ima, lagi 3 bulan, bukan lama lagi. Tak baik dipandang orang kalau ima dengan aman keluar sama-samakan?"
Ima mengangguk, air matanya berguguran.
" Jangan menangis ima. Kita tetap terus sahabat"
"Terima kasih aman.. Terima kasih sebab faham keadaan ima"
Aman hanya mengangguk lemah. Dipandangnya air tasek yang kian kejinggaan.
"Sabar ima.. Sabar.. Aman tak boleh tengok air mata ima, aman tak mampu nak tanggung kesedihan ima, aman sayangkan ima" desis hati aman, sambil matanya dipejam membiarkan angin petang menyapa wajahnya..
"Aman.. Ima sayangkan aman.ima sayangkan amaaan..!" Ima menjerit didalam hati.. 








p/s : tak sabar nak end upkan cerita ni... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.























hadiah dari kemenangan XPLORASI


hai guys, assalamualaikum.. slamat pagi.. tadaaaaaaaa .. nilah hadiah yang hest dapat dari hasil mencuba nasib dalan pertandingan xplorasi BH .. canggih juga kamera ni. HD lagi kau, market price kat canon tak silah hest tgk dlm RM28++ rasanya, hurm.. tapi hest nak jual.. ada sesapa nak beli?





kamera ni, warranty pun belum jalan lagi, sebab hest tak hantar lagi, dan tak tulis nama lagi. ingat nak jual, biar owner baru yang tulis nama dan hantar sendiri.. lagi bagus kan?






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

klik iklan ni tak kena bayar pun