Monday, March 17, 2014

Siapa dalam mimpi tu semalam?

Ok..ok..aku tahu mimpi tu mainan tidokan.tapi tak salah kot aku nak fefelling nak melayan? Hehehehehhe....

Tak de le, semalam aku mimpi aku macam dah bersuami. Dan suami aku tu plak, orang yang tak berapa sweet tapi sangat caring dan bertanggungjawab. Dalam mimpi tu aku rasa dia tua dari aku macam 5-6 tahun macam tu..lebih kurang umur macam nak masuk 40an laaa. Yang pasti dia tak sweet tapai sangat mengambil berat apasal aku. Best..best.. tapi macam ada pelik sikit aku ada mimpi ular sawpa. Ular tu nak kat aku, tapi aku tolak dia pakai kayu keluar tingkap. Eh...pastu ular tumasuk ikut pintu mana ntah..pandang aku sayu je.. sape ntah hamba Allah suruh aku pegang ular tu. Aku cakap aku bukan tak suka ular tapi aku mema geli binatang yang menjalar. Huhuhu

Tapi dalam mimpi tu aku terasa yang. Ular tu bukan jin..tapi semangat orang. Ntah la.. nak ikutkan aku takde plak tolak cinta orang.. aku yang kena dump adalah.. haaahahahahaha.

Ok dah stop. Sampai sini saja cerita merapu aku..kikikiki bye semua........ tatatititutu..

Wednesday, March 12, 2014

tazkirah REDHA

video



Nak kongsi dengan korang 1 video yang boleh kata menjadi pendorong aku la. bila aku dengar ceramah ustaz ni, hati aku akan kembali tenang. kembali pada kebenaran. REDHA.

korang cuba tengok dan dengar video ni, aku harap korang dapat ambil iktibar dan rasa tenang macam apa aku rasa.



Bodoh sangat ke?

Ramai yang kata aku bodoh.. ya BODOH.. bermakna kurang akalnya atau kurang berfikirnya atau kekurangan sel otak atau fius otak rosak erti kata lain "kau dah tak de otak ke apa?"

huhuhu, kasar? tak pe, memang sesuai dengan aku. malam tadi aku keluar dengan epul. siapa epul? memang aku tak pernah cerita pun epul ni sape dekat korang. yang bestnya, orang kata aku bodoh ni sebab aku masih lagi boleh nak kawan dengan si epul ni.  ye la dah kena DUMPED still ley nak berkawan. dah tu, lepak borak, dengar masalah dia dengan awek dia plak kan.. kalau kau, kau tak sakit hati? kau ni dah move on le jugak, tapi dalam hati biasa lah, bersisa la juga sayang tu kan. tup-tup dia cerita hal pompuan tu yang senang kata, caras pakwe dari kau.. dan kau kalah. dan kau hadap dengar cerita hal diorang. pedih tak hati? masa tu tak lah pedih sangat, dah balik rumah dah tido dah bangun pagi, memang pedih la, huhuuhu . ok sikit la rasa bila pikir dia yang susah payah datang, habis duit minyak tahan mata nak drive jumpa aku, kira ok sikit lah. at least aku dapat meyusahkan hidup dia yang tengah sikit susah tu.. hahahahahaa.. gila bapak dendam haih!

tapi aku memang macam ni.. majoriti ex-aku semua suka mengadu masalah awek, tunang, bini diorang kat aku.. kadang-kadang bincang beberapa perkara untuk menyemai rasa cinta antara mereka. Merepek kan aku ni? Mula-mula memang aku ok, gelak-gelak.. tapi nanti dah ujung-ujung memang aku yangmenangis, tak dalam hati, berjuraianlah air mata. Sebab tu orang kata aku bodoh nak-nak lagi pasal epul ni ha. aku kawan dengan dia dengan niat nak bantu dia yang susah masa tu. terjatuh hati. tapi bukan rezki aku kan, walau aku banyak tolong dia, jadi pendengar setia, jadi penyokong hidup, tapi still kena dump> aku pun tak paham dengan lelaki ni sebenarnya, aku dah cuba tunjuk aku perempuan yang boleh ada dengan aku walau kau ZERO samapai kau ada sikit harta. tapi tetap aku ditendang keluar dari padang.  So apa lelaki nak sebenarnya? ntah.. aku memang tak paham,

Pagi tadi masa aku berjalan nak ke ofis dari tempat parking, memang aku macam biol sikit. aku jalan tapi aku memang tak sedar mana arah, cuma jalan tu dah biasa jadi kaki aku hanya di hayunkan seperti telah di setting arahnya. sampai kat 1 tempat parking aku ada terserempak dengan 3 orang jaga, yang memang selalu aku nampak masa aku nak pergi kerja part time petang jalan kaki. automatik aku tersenyum kat pak cik tu dengan aney kat situ, pastu pakcik tu tegur " u have a nice smile.. senyuman kamu memang menawan" ya Allah serius sejuk hati aku kejap.. diorang ni memang selalu buat hati aku terhibur. kalau aku pergi kerja petang, diorang nampak aku, mesti lambai-lambai tangan, dan pak cik lagi sorang tu mesti tunjuk aku isyarat genggam tangan tanda aku kuat..dan tanda bagus..tanpa sedar, orang yang tak kenal kitalah yang memberi semangat pada kita.. thanks pak cik guard :^_^:

dah lah weyh, aku ni membebel panjang kat sini, sebab aku tak tahu nak luah kat siapa. kalau korang meluat baca aku minta maaf la. tak payah rasa simpati dengan aku sangat. sebab Allah kata aku orang yang kuat, sebab tu aku dapat ujian macam ni dan bukannya korang :) so.. chill yeah.. ada orang kata aku happy dan cerita.. tapi dalam hati aku? Allah sahaja yang tahu.. ^_^




p/s : semalam nampak ustat Don kat alamanda, comel je dia rupanya, ingat tinggi benar orang nya.. tengok dalam tibi macam tinggi =_^



Tuesday, March 11, 2014

Macam budak-budak

ciss.. aku bulan ni apasal ntah perangai macam budak-budak pelik betul rasanya.. mana taknya weyh, bayangkan ea.. dengan semua orang aku nak merajuk. orang layan aku salah, tak layan aku pun salah. merajuk dengan mak la, dengan abang sepupu la, dengan member la, dengan AM la.. eh semua aku pakat rajuk la.. paling kesian dengan abang sepupu aku.. bahahahaha, padan muka dia. tak pasal-pasal kena pujuk aku ni ha. sekali aku kasi memang berdas-das. padan muka dia lagik sekali.. kikiki..

kali ni pun teruk gak tebiatnya, coklat jangan nak kata lah, menda yang paling jarang aku makan, milk choc, tapi yang itulah aku berselera bedal. sayur kailan sepacket kita beli kat supermarket tu, kalau aku masak kan dia, dah macam popeye dah keja makan tu aja semata-mata, nikmat sungguh, kalah peel orang mengandung.. masalah sungguh nih.

itu belum kena dengan barang dan kehendak aku.. selagi tak dapat aku memang kejar sampai genggam, housemate aku pun pening, "kak, ko nih bersungguh sangat nak buat taman kat depan gate ni kenapa?" hahahaha pening kepala dia.. mana taknya lepas aja aku balik kerja malam aku terus ngadap gate.. dengan penat kerja 15jam kerja aku masih lagi ada selera nak mengadap gate tu..

ni gambar gate sebelum aku buat pape..

ni yang lepas aku buat..

hakikat sebenarnya, ini hanyalah base. ada aku nak letak sekeping batu refleksologi depan pintu tu, pokok daun bawah pagar kecik tu, kotak kasut sarang burung, bunga sikit, ada nak letak itik-itik batu la rama-rama la.. haaa.. pape jela weyh.. banyak lagi, tapi biar cukup ini dulu, nanti aku tambah sikit-sikit.. yang balkoni aku pernah tunjuk kan? eh? tak pernah ke? alaa yang ni laaaa...


ok yang atas ni bukan lah yang latest, di masa yang mula-mula aku buat.
yang dekat akuarium pink tu aku dah ganti dengan pasu tempayan dengan sebiji pasu besar
ada juga sepatang pokok bunga yang aku tak tahu namanya.

mak aku kata, aku ni sengal, sebab nanti kalau nak pindah susah. ntah ar kenapa. aku rasa macam lama je aku duk rumah tu nanti.. huhuhuhu. sebab tu aku buat. rumah sendiri kan... kalau sendiri tak buat, tak kan yang menumpang plak nak tolong cantik kan... 


ok lah chow dulu naaaaa... tata....

p/s : hai SHAM yang tinggalkan komen kat post bawah ni... tengkiu dear, sudi jengah blog yang tak semenggah ni, ingat nak balas visit blog, tapi tak de url blog awak pun, jadi tak dapat nak kongsi-kongsi komen.. btw.. salam kenal ye ^_^








Saturday, March 1, 2014

Lone ranger

Aku skang lebih suka lone ranger. Aku tak suka nak macam dulu. Aku lagi suka orang kurang tahu pasal harian aku.. Pasal kelakuan aku.. Pasal apa aku buat.. Pada waktu itu.

Ntah..dia lebih kepada rasa macam.. Sangat susah bila kau jd perhatian. Tak kira dari pandangan supporter atau haters.. Sama je.. Macam aku lebih haters dr supporters.. So, sakitnya mental aku kalau nak melayan. Skang ni memang aku belajar untuk jadi poyo..

Tapi yang aku tak boleh elak.. Aku kadang-kadang sangat jujur. Terutama dengan apa yang aku rasa. Kalau aku suka.. Aku akan kata terus. Kalau aku tak suka. Body language.. Dan aku akan terus terang juga akhirnya nanti. Itu sahaja, yang mungkin buat orang tak berapa berkenan dengan aku.. Tapi tak boleh nak buat apa. Melainkan. Aku ignore sahaja manusia-manusia yang ada, dan aku lone ranger.

Bagi aku..apa yang paling baik adalah..mengambil berat terhadap diri sendiri dan keluarga.orang lain? Layan gitu-gitu sahaja. Sedara? Anggap jelang macam orang asing juga. Orang asing yang mungkin rapat dengan kita. Tapi bukanlah rapat sangat. Huhuhu

Skang aku lebih pada. Sukati korang la nak kata apa. Nak buat apa. Berhubung dengan aku ke tak ke.. Aku malas nak ambik tahu. Klu boleh henpon ni memang nak aku campak je.. Tapi kadang-kandang memerlukan plakkan? So kuatkan iman jela.. Huhuhu. Fb aku, aku dah deact..membebel kat twiter. Tp ramai tak kenal aku kat situ..

Ouh ya. Aku dah gunting rambut pendek. Ada yang kata aku hensem! Hahahahahaha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

klik iklan ni tak kena bayar pun