Friday, June 10, 2011

manusia dan hasad dengki

 memang tak dapat di pisahkan, kan? .. aku sedikit terkejut juga dengan kisah yang di ceritakan kawan serumah aku.. tapi aku ley jangka..

al-kisahnya macam ni.. semalam, lepas menonton nora elina, housemate aku si lysa tegur.. 

"ma..kau tak jual nasik lemak dah ya?" 

aku hanya senyum.."aku buat kalau ada orang order 10 bungkus ke atas..ni tengah buatlah ni..ada orang nak dalam 12 bungkus esok"

"hurm. ko dulu hantar cafe, sehari berapa eak?"

"tak tentu la. lysot (nama manja).. awat hang tanya ni sot"

"taklah yati suh tanya kau"

"plak.. nape?"
" urm..tak lah, aku pun tak tahu bila dia hantar nasi lemak kat cafe.."

"yeke? aku rasa ada gak aku perasan nasi lemak yang lain bungkusnya..tak tahu plak aku tu yati punya, kalau tahu.. nak juga aku rasa...tapi sekarang aku rasa macam dah tak de je.."

"ha'ah... dia dah tak hantar.. tu yang di suruh aku tanya kau nih"

"tanya apa?"

"dia cakap...dia hantar tak banyak pun.. dalam 20 bungkus sehari..dia pun hantar saje-saje je.. habis lagi bagus.. tak habis, dia tak kisah pun.. dia saje-saje nak tolong mak mentua dia..tapi dia cakap..mula-mula tu ok je.. hari-hari habes, sampai ada satu masa mula dah tak habes, walhal 20 je dia hantar.."

"erm yeke.. sama lah dengan aku.."

"dia cakap ada satu hari tu.. hanya 4 bungkus je laku.. kau tak pelik ke ma?"

aku senyum je.. 

lysa sambung lagi " kau banyangkan ea.. dalam beratus-ratus orang yang datang nak sarapan tu..tak kan la diorang tak terambil nasi lemak yang hanya 20 bungkus ni? kau pun tahukan, kita kalau datang pukul 8 lebih tu pun, makanan dah tak de sangatkan.. tak kan kau tak ambik nasi lemak bungkus yang ada ni kan? betul tak? logik tak?"

"hurm, memang pun, aku pun ada terpikir macam tu juga masa aku berniaga tu.. kau bayangkanlah.. aku yang mula-mula hantar 25 bungkus sehari..pastu owner cafe sampai suruh aku tambah, jadi hampir 40-50 bungkus sehari aku buat.. tiba-tiba 1 hari PAP! banyak gile tak habes... kau tak sentap?? yang aku dapat masej kutuk-kutuk nasi lemak tu lain plak cerita..end up aku.. aku hantar sehari kadang-kadang belas je... pun tak habes... mesti ada tak habes.. 10 bungkus ke atas.."

"betul lah ya? ke, pakcik tu sorok?"

"tak lah.. aku masa hantar dulu, selalu juga wat sportcheck..dia tak pernah pun nak sorok..ada je dia letak setempat.. buat apa dia nak sorok.. kalau benda tu tak jual.. dia la yang rugi..sebab tak dapat kaut untung atas angin...untung yang tak payah dia nak pikir dia akan rugi tu..."
 
"hurm.. betul jugakan?"

"ntahlah.. aku nak cakap, aku pun tak pasti..tapi kau pun tahukan, mak kau pun berniaga kan kat kampung? selalunya, kalau ada benda-benda yang kacau periuk nasi kita..mesti tuan yang berniaga dapat rasa..betul tak?"

"ha'ah betul.."

"itu lah yang aku rasa...sebab kepelikan itu terlampau sangat...aku tahu orang tu bukan niat nak tutup terus periuk nasi aku.. cuma dia nak aku terasa putus asa..dan aku yang tarik diri sendiri.. bukan dia yang terlungkupkan aku...aku terasa sangat benda tu.. bukan ke, kita memang ada deria ke-6 untuk perasaan kita sendiri?"

"yeke ma?... mungkin kot... sebab sama plak macam ko dan yati kena..."

"biarlah sot.. kau cakap kat yati, mungkin tak de rezki kat situ.."

"tulah.. nanti aku bagi tahu dia... "

"hal ni, buat aku belajar betul-betul.. apa itu redha.. usaha.. dan tawakal.. memang aku rasa giller.. kalau itu rezeki aku.. setakat itu sahaja.. hanya itu sahaja... yang lain bukan lah hak aku.. sampai aku dah boleh tersenyum ambil bakul nasi lemak, walau pun dalam tu ada baki 15-10 bungkus dari 20 -18 bungkus yang aku buat.."

ha... itulah kisahnya..mungkin korang sendiri pernah dengarkan, kisah-kisah yang di alami para peniaga, kalau diorang di dengki orang lain kerana kejayaan? dulu aku hanya dengar..hanya melihat apa mak bapak aku rasa.. sekarang ni... aku sendiri yang kena.. jadi aku paham sudah..bertapa peritnya hidup kalau manusia saling berdengki dengan kejayaan manusia yang lain... huhuu.. moga Allah merahmati dan melindungi keluargaku dan sanak saudara dan para sahabat ku amin....

klik iklan ni tak kena bayar pun