Wednesday, July 13, 2011

MALAS aku NAK CERITA.TAPI TERPAKSA JUGA.. ADA SAPE LAGI TAK SEDAR DARI PENGSAN KE ???!!!

hakikatnya, tak lah aku nak bercerita lagi benda yang berkaitan dengan perhimpunan bersih dalam blog aku ni... tapi perkara dan kata-kata ini, buat aku rasa macam.. WHAT THE FUCK U ARE ?..memang aku panas baran dan mungkin sikit angin.. tapi bertempat.. apa yang di kata buat aku rasa macam nak.... rendamkan jerk pala orang ni dalam air.. tido lagik gamaknye, biar aku sedarkan... ish.. cuba korang baca apa yang ada dalam gambar kat bawah nih..

klik untuk paparan jela

ya, aku tahu.. ini pendapat masing-masing.. tapi tak kan kau tergamak cakap benda macam tu.. meh aku quotekan kat sini 
"lantak p la agenda tersembunyi ambiga..she gain nothing really.
.rakyat yang datang tak dibayar dan pergi untuk bawa msg "

ouh...sentakhatimak nooookk.. tergamak kau berpikir singkat macam tu kakak? aduhai... sedeyh la.. sedeyh... so aku pun memberi jawapan ini untuk dia..


klik untuk paparan jelas

betul tak apa aku kata? kalau itu yang dia pikir.. dan kalau betul ambiga punya agenda tersembunyi adalah nak tunjuk pada dunia betapa rakyat malaysia terutama orang melayu, teramat sangat rapuh mudah di pengaruhi dan mudah sangat di perdayakan... she's DONE SUCCESSFUL..!! betul tak?betul kan apa aku kata?so..agenda dia dah berjaya.. but.. pendemo yang konon pergi membawa mesej, adakah mesej itu tersampai pada kerajaan??? adakah kerajaan dapat berfikir dengan baik dan boleh bertolak ansur dengan apa yang pendemo minta?? dia kata tak dibayar.. tapi hakikat.. dia tahu tak.. ada sesetengah kelompok yang di biyaai untuk menjayakan demonstasi ini??? aduh... orang ni pesan dengan aku dengar kata both of side.. jangan dengar sebelah pihak.. tapi hakikat aku tahu.. dia yang dengar sebelah pihak.. aku tak berpihak siapa-siapa.. aku berpihak pada sape yang benar..dan keamanan..!

lepas tu aku ada kata pada orang ni..aku tak salahkan pendemo..sebab aku tahu.. pendemo yang pergi majoriti melayu..dan pergi dengan niat yang satu tu.. memang nak objektif itu tercapai..aku kata, aku paham..orang melayu memang tulus telus dan lurus..di asak dengan 1 motif..maka akan berpegang dengan 1 motif..walau kepala yang melaung..hanya niat nak mengambing hitamkan sahaja..tetapi bagi mereka pelaung itu adalah telus..sehingga mereka betul-betul tercium tanah dek tujalan pelaung..baru dia sedar..baru nak bangkit..baru nak menyesal...

tapi orang ini membandingkan pula dengan perhimpunan dulu kala...katanya...
 

klik untuk paparan yang lebih jelas
" perhimpunan aman begini pernah terjadi..boleh jer polis bantu kawal trafik - 
- rakyat tak bersenjata..tak perlu nak takut "

aduih, kang aku kata bangang karang marah... tapi memang bangang pun..skang aku plak nak tanya.. kenapa dulu boleh korang berhimpun secara aman dengan arahan pihak berkuasa ikut arahan pihak berkuasa.. tapi kenapa tidak kali ini???? thats the same way question.. 
aku tak tahu macam mana nak sedarkan orang yang pengsan nih..rakyat tak bersenjata? YAA.. betul, memang rakyat tak bersenjata..pendemo yang datang dari kampung, yang datang sebab nak objektif mereka itu berjaya..memang tak bersenjata..aku tahu aku paham.. dan aku percaya.. tetapi sape yang membuat bangsat??? macam mana yang kes baling botol? macam mana dengan kes petrol dalam botol yang dirampas? itu siapa? rakyat yang perjuangkan suara atau pembelot BERSIH, yang menjadikan BERSIH itu tak BERSIH? atau memang ahli BERSIH sendiri?
so aku bagi jawapan macam kat bawah ni..
klik untuk paparan lebih jelas
sangat sinikal dan sakarstik kan? tapi mudah nak di paham kan? rasa tak delah dia ni sampai 5yh meaning ke atau apekejadah.. double meaning jerk kot.. tapi apa yang orang ni balas.. amat nak buat aku tergelak...



klik untuk paparan yang lebih jelas





adoiyaaaaaaaaaiii... so, aku tak heran la apasal dia nih masih lagi pengsan... rupanya memang jenis lambat nak pikir.. sebab dah tertutup dek tempurung.. haaaaaiihhhh... last-last aku jawab macam ni jerk kat dia..


salah ke apa aku kata? susah sangat ke nak paham apa aku sampaikan? sebab tu aku kata..orang melayu ni tulus telus dan lurus.. yang bercakap dgn aku tu pun tak paham  dan memandang senjata tu sebagai makna yang 1..rakyat di jadikan senjata.. itulah yang berlaku...sebab 'mereka' tahu.. polis dan fru tak kan buat benda yang terlalu teruk pada rakyat.. tidak akan sama sekali.. nak tanya lah.. ada ke barisan hadapan mereka yang tercedera seperti pendemo yang korbankan nyawa pada hari tersebut?? tak de kan? kalau ada, kompem dah jadi isu hangat dan dah di angkat sebagai pejuang oleh 'mereka' ..
lagi satu..kawan aku yang memang tak minat pasal benda ni pun ada memberi komen rambang pasal apa yang di jawab oang di atas tu.. dia kata 

"secara logik..kalau kau dah tahu orang dah kata nak serang rumah kau pada sesuatu masa..mesti kau akan berjaga-jagakan?jadi salah ke, polis dan fru standby? kalau mereka tak de..betul ke diorang semua akan secara aman?"

lagi satu..kalau betul niat 'mereka' nak perjuang kan motif mereka..kenapa tiada penyediaan kebajikan...seperti ambulan atau doktor-doktor ke..kot incase terjadi pape.. kalau betul niat diorang baik la... tak kan plak boleh terlupakan? sedangkan nak buat larian rentas desa pun, cikgu-cikgu sekolah dah siap sediakan pasukan keselamatan.. inikan pula yang melibatkan benda yang serius dan kemungkinan kekasaran atau luka akan terjadi..

ntah lah... susah nak bangunkan kalau orang tu otak dia dah koma...

klik iklan ni tak kena bayar pun