Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu..



untuk tahun seterusnya.. aku meraikan hari ibu.. tapi kali ni aku tak mampu nak buat apa-apa kejutan.. kekeringan ongkos pun ya jugak... serabut dengan masalah dan emosi sendiri pun ya jugak... walau pun sekarang lepas berubat aku lebih baik dari yang dulu.. tapi perasaan tu kadang-kadang datang juga.. cuma aku kena kuat dan bertabah je.. insyaAllah ada penyelesaian dalam semua permasalahan aku.. amin...


ok back to our topik... hari ibu... ustaz Azhar Idrus kata haram di sambut.. sebab ini adalah hari ibu untuk mothers di gereja.. aku yakin sungguh dengan apa ustaz cakap.. tapi dia ada kata.. kalau sape nak sambut yakin akidah tak terpesong terpulanglah.. tapi kalau siapa rasa aqidah boleh terpesong jaga-jaga.. 

jadi aku ambil keputusan... tak menyambut secara besar-besar... cukup sekadar ucapan.. untuk bagi hati mak aku berbunga.. cukup dalam hati dia tahu aku sentiasa ingat kan dia dan segala penat lelah dia sebagai ibu.. dan aku nak dia rasa bangga bila.. anak orang lain tak wish kat mak diorang.. tapi anak dia.. wish dan hargai dia... cukup sekadar ucapan dan doa sedikit aku titipkan dia melalui pesanan rinkas... itu akan buat dia rasa lebih selesa dan sangat lapang hati setelah berpenat lelah berniaga... 


kawan-kawan.. setiap hari adalah hari ibu dan bapa.. setiap hari adalah hari suami dan isteri... setiap hari adalah hari bersahabat.. setiap hari kita harus menghargai orang disekeliling kita... tak perlu menunggu hari2 dan tarikh2 istimewa.. sentiasa lah mengimarahkan hari kita dengan keikhlasan dalam perhubungan... sebab itu adalah lebih bermakna...


bayangkan... sekira kita ada pertelingkahan dengan rakan atau suami atau isteri atau mak atau ayah atau adik beradik pada hari ini.. dan kita ataumereka meninggalkan kita dalam keadaan marah.. dan di ragutnya mereka dalam keadaan mereka amat sakit hati dengan kita.. adakah kita akan rasa sangat berpuas hati dan sangat gembira mereka mengadap ilahi dengan perasaan yang sangat tak elok pada kita? adakah kita akan tenang selama hayat kita, dengan tidak sempat memohon maaf?


pernah 1 kisah.. cikgu aku yang ceritakan kisah ni.. ini melibatkan kisah 'sekiranya mati datang selepas saat ini' tajuk memang nampak macam cerita zaman-zaman dulu kan tapi cerita dia sempoi dan sangat moden.. ekekeke..

kisah dia macam ni.. dia ada seorang kawan.. kawan dia ni memang orangnya sasa dan sangat hensem.. satu hari.. kawan dia ni berjumpa dengan seorang lelaki dan menjalinkan hubungan persahabatan .. tak de apa-apa motif songsang atau pape lah yang jahat-jahat.. sekadar berkawan.. sekali member dia ni rupanya gigolo.. ada bisnes card ok.. dia bagilah bisnes card dia kat kawan cikgu aku ni... nak di jadikan kisah.. kawan cikgu ni tunjuk kan cikgu card tu.. bila cikgu baca ada lah kot sikit2 pasl perkhidmatan gigolo ni.. cikgu aku nasihatkan..

"mat.. baik kau buang... kang kalau jadi apa-apa kat kau kang.. orang jumpa kad ni.. dah orang ingat kau ni pun gigolo ke... atau supplier gigolo..tak pasal-pasal je.. "

 kawan dia ni gelak je... tapi di buangkan jugalah kad tu... 

selang beberapa hari... memang di takdirkan kawan dia tu kemalangan dan meninggal... dan orang sibuk gedeyh wallet dia sebab masa tu tak tahu nak hubungi keluarga sedara ni macam ni...

jadi.. kalau kawan dia tak buang lah kad tu hari tu? agak-agak kalau orang jumpa apa orang pikir kan? 

ok itu kisah dari segi macam tu.. tapi dari segi dosa? hubungan antara manusia ? bukankah.. dosa sesama manusia hanya di ampunkan oleh manusia yang kita buat salah tu..?


renung-renungkan.....................









klik iklan ni tak kena bayar pun