Saturday, December 15, 2012

Amim....aku amim. (7)




"GOOOOOOLLLLL....!!! Yuuuhuuuuu cayalah malaysia!" Jerit ima. Perlawanan malaysia menentang indonesia bagaikan satu pertemuan tradisi! Wajib menentang habis-habisan.. Kalau tidak.. Satu malaysia tak pegi keje esoknya. Hahahaha.
"Weyh, timggal bape minit ni?"Tanya lisa,kawan serumah ima. Ini kali pertama mereka menonton bola dikedai mamak.saje nak merasai keghairahan katanya.
"4minit,waktu kecederaan..." Jawab ima ringkas.
"Weyh..! Bertahan..bertahan..jgn kasi dia dtg kat gol" jerit lisa. Mereka tidak menghiraukan orang keliling.orang keliling pun tidak mengendahkan mereka.. Maklumla.. Semua sedang kusyuk menghayati bola.masing-masing tak sabar menunggu tiupan wisel penamapat penentu kemenangan malaysia.
Priiiiitttt..priiitttt...priiiiiiiiiiiiiiiiiiit...!
Wisel penamat dibunyikan...
"Yeeeeeaaaayy...!! Malaysia menang..." Ima dan lisa bertepuk tangan kegembiraan.penonton yang lain pun. Ada yang mengibarkan bendera, ada yang tergelak besar, ada yang memesan hidangan baru untuk meraikan kemenangan malaysia malam itu.
"Lisa.. Jom balik.. Kereta kita dah la letak jauh.."
"Hah, jom.. Tempat tu pun gelap juga.." Mereka berdua cepat beredar dari kedai mamak, menuju kekereta. Mulut masing-masing tidak berhenti bercerita tentang kehebatan pemain malaysia, tak kurang juga membandingkan siapa paling hensem baik dari pemain indonesia atau malaysia.. Tiba-tiba...
"Amboi kakak...seronoknya gelak.." Satu suara menyapa.. Ima dan lisa terberhenti. Terkedu mungkin.
"Berani ke nak pergi ke tempat letak kereta yang kosong dan lengang tu?" Suara kedua pula menyapa. Ima dan lisa berpandangan.mereka berpusing mencari gerangan suara. Sekali mereka terlihat dua kelibat bersandar di batang pokok pinang.
"Nak kami teman?" Tanya sipemuda pendek,sambil bergelak ketawa dgn yang tinggi.
Ima dan lisa tidak menjawab, ima terus menarik lisa menuju kekereta. Dua lelaki tadi mengejar dan menyentap tangan lisa.
"Oi..! Jangan nak kurang ajar. Lepaskan kawan aku.." Jerit ima..
"Tak payah nak melawan sangat kak.." Senyum yang tinggi. Lisa sudah berlinangan air mata. Teresak nangis didalam pegangan sipendek. Yang tinggi menghampiri ima. "Jangan la garang sangat kakak.." Usik sitinggi sambil bergelak ketawa... Ima menjarak-jarakkan diri dari sitinggi. Sitinggi cuba mencapai bahu ima.. Ima mengelak. Sitinggi hanya tertawa, seronok dia rasa. Nak ikutkan hati, mahu sahaja ima melarikan diri, tapi teringatkan lisa dalam pegangan sipendek, langkahnya terbantut. "Takkan aku nak selamatkan diri sendiri.." Getus hatinya, kerana dia tahu, lisa seorang yang lemah lembut dan lemah semangat.dalam genggaman sipendek pun dia sudah nampak lutut lisa lembik, macam mana pula dia nak melawan.
"Kakak.. Garang-garang pun tak guna" sitinggi menyeringai. Ima menjeling.
"Bob, lepaskan jelas dia.. Si comel ni ada...yang ni je lah, aku tak tahan gelora nih.hahahahaha.." Kata sipendek.
Mata sitinggi tak lepas memandang ima.. "Taaaaak... Aku nak yang ni.. Mengkal.."Si tinggi tersengih lagi...
"Aaaaaahhhh.... Jaaaangaaaan... Teeepiii...teeepiiii..." Jerit lisa cuba menghalang sipendek dari mencium pipinya. Mata ima memandang kearah lisa dan agak terkejut dengan tindakan itu. Tiba-tiba dia terasa tangan dia disentap seseorang.. Jantungnya terhenti. Ya, terhenti. Dia meronta.. Tapi dia terus di peluk oleh tangan yang kasar itu. Kepala di lekap didada lelaki itu... Sehingga dia boleh mendengar degup jantung itu.. Dia meronta.. Lebih kuat-lebih kuat untuk melepaskan diri
"AAARGH..!!"
DUSH..DUSH..DUSH...
Dia berhenti meronta.. Tetapi pelukan dari tangan itu tak pernah longgar untuk dia melepaskan diri.. Dia mendengar lisa menjerit di hujung sana..
"Lepaskan perempuan tu.." Suara pengacau si tinggi bergema.
"Kenapa plak.. Kau siapa? Ni awek aku.. Pandai-pandai kau je nak dia apahal..!
Ima terberhenti.. Tiba-tiba
DUSH..DUSH..DUSH..
"Laaaariiii bob... Laaaarrriiii..."
Dia terdesap 2 langkah lari seribu..
"Cika dik tak apa-apa?" Tanya seseorang dihujung sana.. Tapi.. Bagai tak dituju untuk dia... Badannya masih dipeluk.. Kepala dia masih tutup dengan lengan besar itu, dia tak boleh melihat... Terhalang dek tangan gedang.
"Woi..! Dah le tu... Setan-setan tu dah lari... Tak habis berpeluk lagi? Tanya suara tadi. Dengan segera tangan di turunkan. Bagai seorang askar. Ima menggosok-gosok mukanya. Cermin mata dia terasa kelabu dek kesan terkena mukadia masa dipeluk dicampur dengan peluh didada lelaki itu, dia membuka cermin mata lalu menggosok untuk membersihkannya, sambil itu dia mengecilkan matanya demi melihat orang-orang didepannya..
"E'eh..!" Dia cepat-cepat memakai cermin matanya..
"AMAN..!!"
Aman tersengih-sengih disebelahnya.. Di sebelah lisa di hujung sana ada seorang lagi lelaki berkulit hitam manis.. Jadi..maknanya..yang peluk dia tadi tu...
E'erk...o_O
"Nape berani sangat jalan kat sini ni? Tanya aman..
"Macam mana pulak kau ada kat sini ni" tanya ima..
"Ish.. Orang tanya dia..."
"Aku plak tanya kau.."
"Kan saya yang tanya dulu..."
"Ish...!" Ima tak puas hati..
"Kitorang nak balik..kereta kat sana.." Tunjuk lisa..
Ima menjeling..
"Amboi garangnya.." Tegur zamri
"Awak..terima kasih ya tolong kami..saya lisa..kami tinggal dipresint 18"
"Saya zamri..tak pe..memang patut dibantu pun.."
Lisa memandang ima sambil membuat isyarat mata..
"Err..thanks.."
Aman senyum.. "Sama-sama.. sana tu hah kereta kitorang.."
"Err..awak siapa?" Tanya lisa sambil menunjuk kearah lelaki bertentangan dengannya.
"Aman..kawan amim.." Dia tersenyum.. Tapi di gelakkan zamri.. "Bukan kawan..tapi peminat amim..." Aman hanya tersengih... Ima jadi gelabah.."Peminat?? Peminat?? What the hell... Aku bukan artis...!'
"Boleh bawak kereta tak ni?" Tanya aman.. Amim menganggukkan kepala..
"Cik lisa...sudi tak kalau ciklisa.. Naik kereta dengan saya.. Kita minum-minum dulu ke.. Lepaskan rasa terkejut ni.." Pelawa zamri sambil mengenyit mata.. Lisa seperti paham..
"Ouh boleh, biarlah saya belanja tanda balas budi" sambut lisa..
Ima dah membeliakkan bijik mata.. Lisa tersengih dihujung sana...
"Aman.. Kau temankanlah dulu cik amim ya.. " Zamri mengenyitkan mata. Aman tersengih, dia paham zamri hanya bagi peluang untuk dia keluar dengan amim
Ima tak terkata apa-apa.. Bila dia melihat lisa membontoti zamri ke kereta mereka.
"Er.. Awak nak balik ke? Meh la saya drive" aman merampas kunci kereta dari amim..
"Kalau balik putrajaya.. Awak nak balik naik apa pulak nanti..? mesti kena tunggu zamri jugakan..?"
"Eh betul jugakan..diorang pun entah jam berapa plak sampai putrajaya"
"Kita..jalan-jalan dulu la.."
Aman mengangguk setuju, mereka beriringan ke tangga yang agak gelap untuk menuju kekereta.
"Amim.. Awak selalu ke tengok bola kat mamak?" Tanya aman perlahan.. Tiada jawapan..
"Amim...." Aman menoleh sebelah.. "Eh mana minah ni.." Dia menoleh kebelakang nampak amim tercegat memandang tangga, lama. Kemudia dia melihat amim turun perlahan-lahan..terlalu berhati-hati. "Kenapa dia ni?" Aman berlari kembali kearah amim. Amim menghulurkan tangan. Aman menyambut. Dia memimpin amim sehingga di tempat terang yang berdekatan dengan kereta amim.
"Awak ok?"
"Ok je" ima tersenyum
"Tadi tu?"
"Erm.."
"Awak tak ok kan?"
"Aku..rabun malam"
"Maksudnya?"
"Kalau malam aku tak nampak sangat. Tempat-tempat yang kurang cahaya aku jadi terlalu kompius,jadi aku kena tengok betul-betul. Kalau tak aku jatuh la,terpelecok la. Kalau silau pun aku tak mampu tengok.nanti mata aku sakit, aku tak boleh fokus bawak kereta"
"Kenapa jadi macam tu?"
"Doktor kata power untuk rabun silau tu dah over dari yang sepatutnya.."
"Kesiannya.."
"Sebab tu masa ujan ritu aku bawak kereta perlahan,bukan masalah ekon je.masalah masa tu jalan gelap dan hujan. Lagi aku kompius.."
"Laaa yeke.. Saya tak tahu plak. Abes tu ni, rajin pulak nak kuar malam."
"Lisa ada..dia yang bawak kereta.."
"Hurm patut lah. Tak pelah jom kita jalan-jalan. Saya bawak tuan puteri ya" aman senyum sambil membuka pintu untuk ima. Ima hanya membalas senyuman aman tanda terima kasih.
*****************************
"WoW..! So amazing..kenapa saya tak pernah tahu ea tempat ni?"
"Sebab kau malas nak jalan-jalan" jawab ima slumber.
"Apa eak nama tempat ni? Wah..sejarah penubuhan melaka sampai adanya malaysia ditulis sepanjang laluan ni? Waaah.. Bagus-bagus.. Ada info"
"Monumen alaf baru"
"Ooo..first time saya datang ni.. Ingat tak de apa benda bawah ni. Hehhehe"
"Memang la.. Aku dulu pun tak tahu juga.restoran hujung tu, baru jugak buka..aku tak pernah lagi makan situ.." Mereka berjalan beriringan. Tiba-tiba ima memperlahankan langkahnya tempat itu agak gelap. Aman senyum, lalu menghulurkan lengannya.
"Tak payah malu-malu.."
Ima memaut lengan aman..tempat yang gelap itu memang membuatkan dia sentiasa takut dan fobia untuk melangkah..
"Amim..aman nak tanya boleh?"
"Apa dia?"
"Kenapa amim ber aku kau dengan saya?"
"Err.. "
"Amim tak suka aman ke?"
"Err..tak lah..biasa je"
"Habis tu, kenapa?"
"Dah terbiasa kot"
"Tapi dengan kawan-kawan yang lain aman tengok boleh je amim cakap awak saya"
"Erm..."
"Boleh tak dengan aman. Mulai saat ni jangan beraku kau"
"Tak biasalah.."
"Boleh punya... Janji?"
"Aduiiii"
"Janji?"
"Alaaaaaa"
"Janji?!"
"Yelah..yelah...hurgh!" Ima berdengus marah.. Aman tersenyum lebar.. Berjaya ni..berjaya ni..berjaya ni..singa dah jinak!!!
"Haaaa lagi satu!"
"APA DIA????"
"Aman nak panggil ima.. Tak nak amim"
"Macam-macam la kau ni.."
"Ha..ha..ha.. Apa kau plak?"
"Ye lah..yelah..yelah..."
"Sebut lagi sekali.."
"Macam-macam la awak ni...hihihi" ima bercakap sambil menggayakan ala-ala maknyah..
Aman tergelak besar...
"Ok skang ikut saya.."
"Ikut pegi mana??"
"Eh bukan...ikut apa aman cakap"
"Laaaaa, apa lagik?!"
"Ikut ea... Saya!"
"Saya!"
"Awak!"
"Awak"
"Aman!"
"Aman"
"Ima!"
"Ima"
"Abang aman!!"
"OooiIi!!!! Mengada-ngada la tu!!!" Ima memukul bahu aman bertalu-talu.. Aman melepaskan lengannya dari pelukan ima berlari menyelamatkan diri sambil tertawa keriangan. Ima mengenjar aman.. Memang dah serupa budak-budak dah diorang... Aduuuiihh





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
































klik iklan ni tak kena bayar pun