Friday, April 12, 2013

Lagu : jatuh cinta ~

Burung berkicauan di langit cerah
Hatiku tertanya siapa dirimu
dedaun berdesiran pelangi indah
Membuatku terkadu terus terkaku

Mata kita berbicara tanpa kata
Bagai sama-sama bertanya, adakah dia??
Getar rasa bagai sama, tapi keliru
Membuat suasana gembira menjadi beku

Hadir mu
Membuka
Pintu kaca
Perangkap cinta
Dan terus berleluasa
Terbang indah di angkasa

Tiap hadir kita bersama
Mereka semua kata kita mesra
Bergurau-gurau senda, rajuk dan manja
Adakah kita sama-sama jatuh cinta???




Notakaki : minta maaf atas kekurangan kualitas dalam rakaman suara ini..
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Puisi by AttOkz Dikulgai

~AttOkz Dikulgai~

Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Kusulam mimpi
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Dengan jarum lena
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Dan telah kusimpan
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Dikocek pekat malam
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Diri terdiri; maka pulanglah!

-AD-
3413BTSKL










Notakaki: jujur,aku kurang mahir dalam mentafsir puisi, tapi aku jangkakan..puisi ini kupasannya untuk seseorang, yang meminati seseorang, tapi cuba memadamkan dari hati dan fikiran.. Mungkin maksud penulis lain.. Tapi ini maksud yang lahir dari aku..yang aku kaitkan dengan puisi ini. Sebab itu aku angkat puisi ini ke dalam entry blog kali ini... Kerana aku juga menyukai seseorang..tapi aku cuba lepaskan bayangan dia dari penjara hati..membiarkan ia terbang pergi. Bebas. Walau kadangkala ia menjengah ke sangkar hati kembali.. Walau baru ke temu 2 kali, di pentas berbeza dengan tujuan yang umum.. Tapi buat kali pertama kau bisa menarik aku dengan sifat bersahaja. Tahniah. Susah untuk aku terpesona. Tapi aku kalah jua. Tapi pergi lah.. Kerana aku bukan terbaik untuk mu,dan tak layak untuk aku memiliki mu.. :)

thanks attokz..

Maaf puisi ini tanpa kebenaran.. Kira attokz terjumpa puisi ini disini, ku mohon halal kan. Kerana isinya sama dengan isi hati ku..





My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

klik iklan ni tak kena bayar pun