Monday, March 16, 2009

epilog sebuah kematian

"amboi.. wangi-wangi ni nak pegi mana? kau ni ima.. asal balik melaka je tak penahnya duduk rumah. ada aja projek dia" omelan mak aku.

"ala mak.. ima nak kuar kejap je, jumpa kawan-kawan" aku membalas sambil tangan sibuk masukkan barang keperluan dalam beg tangan dan mulut mengukir senyum memanjang.
selesai saja aku terus dapatkan mak aku yang tak lepas memandang aku. aku salam mak aku, aku cium dan peluk mak aku erat.
"bodek la tu peluk lama-lama nih"sakat mak aku, sambil aku dengan mak bergabung tawa
"mana pulak bodek mak.. nih. pelukan kasih sayang.. nanti dah tak ley peluk rugi la ima" aku membalas dengan tawa. mak aku geleng kepala sambil gelaknya tak putus-putus. bahagianya aku rasa.
"mak, ayah mana?" tanya aku setelah penat cari dalam rumah tak jumpa.
"kat luar tu, tengah tengok jaring dia" balas mak aku sambil mulut dia muncung ke arah dapur.
aku berlari anak dapatkan ayah aku.
"ayah.. ima keluar kejap ea. jumpa kawan kat mahkota parade jap" aku bagi tahu pada ayah sambil hulur tangan untuk bersalam.
"ha.. baik-baik jalan tu. jangan balik lewat pulak" balas ayah aku sambil menyambut tangan ku untuk bersalam. aku cium tangan ayah aku dan terus peluk dan cium pipi ayah.
"ko ni nak pegi MP ke nak balik putrajaya?" kata bapak aku kehairanan.
aku tergelak besar..
"dah terbiasalah ayah.. ala... tak kan tak ley nak cium kot. bila nak balik putrajaya jeke baru boleh cium?.. orang rindu ayah la..."balas aku sambil gelak2 halus dan aku kucup rambut ayah aku sekali lagi sebelum aku beredar.
mak aku mengekori aku sampai kepintu pagar seperti biasa. dipagar aku terserempak dengan kakak aku.
"kakak orang pegi dulu"aku tegur kakak aku, sambil hulur tangan salam dan cium tangan dia.
"ha, bawa keta baik-baik. jangan laju-laju"pesan kakak aku. aku hanya tersenyum dan melangkah terus ke kereta.
ketika aku mahu membuka pintu kereta, adik aku baru sampai rumah aku terus melangkah kearah dia.
"akak pegi dulu tau"kata aku sambil menghulur tangan.
adik aku menyambut dan mencium tangan aku. aku terus saja mencium kepala adik aku.
"lor ko nih, dah macam hari raya lak"gelak adik aku.
aku menyambut gelak dia sambil menjawab " nak tunggu raya baru nak cium.. itu kalau sempat.. kalau tak sempat?? "kata aku sambil tergelak besar dan berlalu kekereta.

"adoi.. mana budak-budak nih?? kata tunggu aku kat mc D. haa..tu pun" aku mengomel sambil kaki melangkah laju.
"lor kak mim asal lambat? tunggu dia je nih..."sapa epul seraya nampak aku. aku tersengih je.
"biasa lah tu.. pompuan.. makeup lama la tu"ujar apai sinis. aku gelak je..
"weh cepat la.. nak p MP kan? kang lambat lak kita nak balik umah kalau lambat gerak"kata aku.
aku, apai, epul, gm, ceo, mirul, izat, ahlip melangkah ke arah Mahkota Parade. sambil kekecohan suara diorang mengusik dan bergurau. aku tertinggal kebelakang. memang habit aku jalan lambat-lambat. hehehehe. hmm alamak ada kol lak.
"ha.. argy.." aku jawab telefon.. aku dah jauh tertinggal diorang dah melangkah seberang jalan..
"alamak terlambat lak. diorang nih"aku ngomel sendiri sambil kaki aku laju melangkah dengan telefon ditelinga. aku kena kejar kalau tak aku tak tahu nak pegi mana. mulut aku rancak bercakap aku terus seberang jalan dan....
"mana kak mim.. ?"aku terdengar suara orang sebut nama aku.
"cis, aku kena langgar,, kurang hajar betul.. lari terus pulak tu keta nih"mengomel aku. aku tengok diorang semua berlari ke arah aku sambil menjerit..
"amim.. amim.. yaAllah"..
aku senyum je.."ekeke sayang korang kat aku ea"aku gelak je.. diorang semua dah kerumun.
"dah.. dah.. aku ok je.. jom lah cepat kang lambat" aku terus bangun dan berjalan laju ke arah seberang jalan.
"eh aku sorang je lak.. diorang nih mana?"mata aku melilau mencari..
"er.. nape diorang kat situ lagik nih.. adoi.. orang lagik suruh cepat.."aku mengomel lagik.. dan kaki melangkah kearah diorang. aku tengok apai menangis teresak-esak. epul terduduk dibahu jalan. ceo sibuk dengan telefon macam kecemasan.. gm duduk memangku kepala seseorang.. yang lain semua menangis..
"eh, ada orang lain kena langgar juga ke? Ya Allah kesiannya" kaki aku melangkah laju untuk membantu.
bila aku tiba di sebelah gm kaki aku terkaku.. lidah aku terkedu.. jantung aku laju.. muka aku terasa pucat lesi.. aku dengar gm bersuara..
"kak ima.. jangan tinggalkan kami kak.. akak.." dalam sendu yang teramat. apai hanya mampu melihat dan terus menangis. aku terdengar ceo menelefon.
"wan kakak ko kemalangan, kena langgar lari.. aku dah telefon ambulans. ko datang hospital terus tunggu sana"..
"ya Allah.. ceo telefon adik aku"air mata aku berjujuran.. aku lihat tubuh aku terbujur kaku di jalanan..
aku lihat diri aku sendiri ???
Ya Allah.. aku dah tak de?? aku dah mati ke???
aku lihat seorang demi seorang.. epul tak boleh bangun lemah sungguh dia.. dia ditenang izzat dan mirul yang turut sama menangis. gm setia memangku kepala aku. perlahan aku ke arahnya.. melutut melihat mereka menangisi aku....
aku tersenyum dalam tangisan.. ini yang selalu aku fikirkan.. kematian.. adakah aku bersedia ke alam ini? meninggalkan keluarga tersayang.. kawan-kawan tercinta.. adik-adik yang manja.. air mata ku jatuh lagi..aku lihat semua mara kearah tubuh ku.. mereka membantu untuk mengangkat ku kedalam ambulans.. haaahhhh... sudah tiba saatnya.. amim tiada lagi dalam hidup korang.. terima kasih teman.. terima kasih adik-adik tersayang.. menceriakan hidup amim yang penuh luka.. mak..ayah..wan.. akk.. sampaikan salam ima pada along ya..kucupan teralhir untuk dia ima tak dapat beri.. minta dia kucup ima ya nanti di saat kapan menyelimuti, kapur barus semerbak mewangi... YaAllah.. hambaMu menyerah kepadaMu.. Sesungguhnya Kau berhak pada setiap yang hidup.. aku mula terasa tubuh ku ringan meleyang dan tidak jejak kebumi.. sudah tiba masanya.. selamat tinggal dunia...

klik iklan ni tak kena bayar pun