Friday, February 10, 2012

air mata penawar luka... tapi luka apa??




air mata memang penawar luka... rembeskanlah  semahunya.. kalau perasaan itu sukar di kata.. luahkan ia dengan airmata... maka sembuhlah hati.. kurang lah beban.. tenanglah fikiran..


aku sekarang ni.. memang sangat sensitif dengan air mata.. tak tahulah kenapa.. kalau berbual.. cakap luhur dari hati ni.. air mata mesti dah bertakung... tak payah nak kata bila tersentuh bab hidup dan mati.. jodoh pertemuan.. masalah kehidupan.. bebanan dosa silam... pasti teresak berjuraian.. 


kenapa hati.. dulu kau terlalu tabah... tapi kini bagai awan menanti masa meruntuhkan beban muatan? pantang angin bertiup kencang sedikit.. pasti menitis setitis dua gugur kebumi.. kenapa hati? adakah derit yang kau tanggung amat perit sekali? sampai sukar di tafsirkan otak sendiri??


tiada manisnya kehidupan.. tanpa bebanan masalah yang di selesaikan.. tapi rasanya ini harus ditukarkan.. tidak manisnya kematian... sekiranya tiada masalah dalam kehidupan... eh.. kenapa jadi macam tu? kalau kehidupan itu selalu senang gembira dan mengasyikkan.. mesti kita tak sanggup lepaskan... dan takut menerima mati... tapi sekiranya kita ada masalahnya... kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.. semua perkara kita sentiasa akan cuba bersederhana.. suapaya kita dapat balancekan masalah dan keselesaan... akhirnya kematian datang menjemput.. maka akan rasalah manisnya kematian.. bila semua bebanan hilang dan pergi tertanam bersama jasad... maka lega la roh.. ringan lah roh dari rasa semua yang dirasa.. dan dapatlah ia menikmati kemanisan... dengan amalan mendekatkan dirinya pada Allah sepanjang hayatnya... 



renung-renungkan....

klik iklan ni tak kena bayar pun