Monday, April 29, 2013

JOM menabuuuuung !!!

Kikkikiki.. Comel kaaaaan?!
Hahahaha, sebenarnya, aku dah lama dah menabung ni, nak-nak lagi duit syiling. Cuma, baru-baru ni, housemate aku ada cakap, dia menabung suit seringgit-seringgit. Tiba-tiba aku terasa macam.. Kenapa aku tak kumpul juga kan? So, mulai malam ini, aku pun akan kumpul seringgit dalam tabung aku..

Cer tengok gambar tu, nampak kan, duit syiling aku ada dah penuh dah. Kenapa bekas dia comel?? Supaya senang aku nak tengok dia cepat penuh. Wakakakaka, so, lepas penuh aku buat apa? Aku tukar dengan ayah aku ar.. Ayaj akukan meniaga.. Yang tutup biru tu, aku nak kumpul seringgit-seringgit. Ada perasan tak not 100 dalam tu? Aku saje nak letak, sebab bulan ni kumpul 100 bulan depan lagi seratus pastu macam nak beli gitar klasik.. Tapi tengok dulu la.. Tak janji. Kadang-kadang minat aku ni bermusim.

Kenapa ada syiling salan bekas putih tu? Ouh, itu duit syiling lama, ada tahun 60an, 70an, 80an .. Yang ada parliman tu.. Haaa, aku simpan sikit mana-mana tahun yang susah jumpa tu... Lepas tu aku tak tahu buat apa. Harap ley buat duit. Huhuhu.

Korang ada tabung??? Tak de??? Jom la buat... Syoook ooo... Rasa macam lain la dari kita simpan kat ASB dia punya sentimental value dia lain.. Rasa macam kita masih di alam kanak-kanak kita...

Yuzuf yazid Yang Perasan Hensem!!! Kau menabung tak weyh??? Kalau tak menabung... Bawak-bawak le menabung.. Kumpul komik boley, nabung takkan tak ley kot.... Wakakakakakaka









Notakaki : baru lepas siapkan rempah untuk perapan ayam berempah. Dah lama aku sedar, kemahiran itu penting. Air tangan tak kan sama rasa... Siapa ada kemahiran jangan la sia-siakan.. Boleh buat duit oooo....










My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Sunday, April 28, 2013

Haiku hest-san

Cinta?
Aku sudah tidak mengerti
Bagai mana rasa itu
Hati mula kaku
Hati mula membeku










~arigato oghaimaz~


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Friday, April 26, 2013

JAAAYYBEEE !!!!! KAAMIII DATAANG..!!!!!!

Hari ni 26 April 2013 buat klai pertama aku dengan housemate aku si feez, bertravel jauh sesame.. Kami ke JAAAYBEEEe !!! Opkos la.. Makan angin sajork.. Kitorang pakat-pakat nak pegi rumah lisa, saje lepak-lepak sana. Lisa.. Alaaa lisa... Si housemate aku yg 6 tahun duk serumah dengan aku tu.. Lisa... Haaa ingat pun..

Dia dah pindah JB awal tahun hari tu, yelah. 2tahun kot berpisah dengan suami7.. Sampai bila plak kan.. Bila plak nak buat anaknya.. So ni kitorang datang lebih kepada sesi melawat la ni. Kikiki. Tiket tadi jam 6 petang, naik couselink. Boleh tahan best gak la, walau ambil couple seat tak rasa mcm copule seat pun, macam bas dolu-dolu, macam duk sorang-sorang je. Sampai jap lagi dalam jam 10pm, lisa akan ambil kami. Pastu tak tahu buat apa. Yang pasti suami dia ayiep tak de, ikut TMJ pegi pulau. Ntah mana pulau ntah..

Esoknye perancangan katanya nak mandi manda.. Tapi wallahualam le jadi ke idak. Aku memang keje folo jele. Memang tak de plan. Kalau aku sah le nak jumpa kawan-kawan kat sana, tapi macam tak best plak kan. Pegi dah lah orang numpangkan kat sana, kita plak nak demand itu ini. Huhuhu. Tapi tak pe, ada la aku roger sorang dua budak ym kot ada sape yg nak jumpa kan. Tp jumpa kat larkin le. Kikikiki..

Ok guyssss.... Happy jimba-jomba !!! Jangan jeles ok !!!!
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Friday, April 19, 2013

Block-blocking-blocked=blocker

Assalamualaikum ..

Hi guys ang gurls.. Selamat pagi, salam jumaat yang baraqah!

Tajuk aku pelik kan? Kahkahkah... Ok kisahnya macam ni, aku bukanlah manusia yang suka nak blok-blok orang di laman sosial.. Walau aku selalu tengok kawan-kawan aku, baik yang jenis famous atau tidak famous serta yang purak-purak famous selalu memblok orang. Jujurnya aku pun tak tahulah sekiranya aku ini ada di blok atau tak. Sebab aku jarang pulak teringin nak bukak wall orang, lebih kepada, syok sendiri je aku ni di laman soSial.

Tapi kali ini, aku bertekad nak block orang, tanya pendapat kakang salt dengan geng cupin group*diorang ni memang agresif, jarang nak suh aku cool down* panel-panel terpilih ini menyarankan supaya aku mem'block' sajork mereka yang tidak memberi faedah malahan tiada keuntungan apakan lagi kebahagiaan dan kepuasan.. Sebab para panel terpilih sangat pening kepala dengan cerita mereka-mereka itu. Ketidak jujuran,ketidak ikhlasan.. hipokrit! , tiada semangat setiakawan apatah lagi kecintaan dan keghairahan..*eh?!* jadi aku block sajork mereka di semua laman soSial seperti twiterjaya! wasap! fesbuk! wechat! bbm! .. Ya, bagi aku senang.. Masa korang tak ujud dalam kehidupan maya aku.. Aku sangat senang mau berpuitis makian dan aku terasa sangat enak dan nyaman bagai berada di awangan kayangan *eh?! Lagi*.

Masalahnya sekarang.. Bila aku block mereka ini.. Nafsu aku makin membuak untuk mengunfriend bukan block.. Manusia-manusia yang aku rasa semak dan tisak membantu aku dalam menenangkan fikiran dan percambahan minda merentasi dunia nyata yang penuh kekalutan dan tidak seperti kehidupan angkasa yang kaya dengan kreativiti dan inovasi misi dan visi *eh?!lagi*

Ramzan tanya aku apa beza block dengan remove. Secara loyau buroknya aku nak kata... "See my lips bro!". Kahkahkahkah





My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Thursday, April 18, 2013

video sudah maaaaaaaiiii


assalaaaaaaaamualaikum

ok jangan tanya macam-macam.. hahahaha yusuff yazid dah tanya aku.. apa kebenda la yang aku buat dekat entry bawah ni...mahap sesangat ok.. aku punya audio tak ley korang view, sebab silap aku juga, aku tak convertkan.. 

tadi aku tanya dengan ramzan, dia kata dia tak dengar pun tak ley bukak, sebab view guna henpong.. aku pun cer send via wasap soalan yang aku dapat dari dia

"err.. lagu sape ni? tak pernah dengar pun?"

lepas aku menjawab soalan yang ala2 komposer kerek tu.. hahahahaha dia jawab

"laaa yeke.. ingat lagu rare.."

cait!! sabau je aku. aku usahakan juga cari converter dan aku dah dapat converternya dah try test tukau ke MP3 ni aku attachkan..  harap2 leeee menjadik!! testing power.. ouh ya.. nak nasihatkan... volume speaker kalau boleh guna 2-3 jerk... kang bingit tinga tak tahu ea.. jangan saman-saman.. kikiki


dan yang pasti video ini di ambil secara tergesa2 jgn marah yerp.. bukak je volume tutup visual.. kahkahkah



Friday, April 12, 2013

Lagu : jatuh cinta ~

Burung berkicauan di langit cerah
Hatiku tertanya siapa dirimu
dedaun berdesiran pelangi indah
Membuatku terkadu terus terkaku

Mata kita berbicara tanpa kata
Bagai sama-sama bertanya, adakah dia??
Getar rasa bagai sama, tapi keliru
Membuat suasana gembira menjadi beku

Hadir mu
Membuka
Pintu kaca
Perangkap cinta
Dan terus berleluasa
Terbang indah di angkasa

Tiap hadir kita bersama
Mereka semua kata kita mesra
Bergurau-gurau senda, rajuk dan manja
Adakah kita sama-sama jatuh cinta???




Notakaki : minta maaf atas kekurangan kualitas dalam rakaman suara ini..
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Puisi by AttOkz Dikulgai

~AttOkz Dikulgai~

Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Kusulam mimpi
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Dengan jarum lena
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Dan telah kusimpan
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Dikocek pekat malam
Kusembunyikan kau
Kau kusembunyikan
Diri terdiri; maka pulanglah!

-AD-
3413BTSKL










Notakaki: jujur,aku kurang mahir dalam mentafsir puisi, tapi aku jangkakan..puisi ini kupasannya untuk seseorang, yang meminati seseorang, tapi cuba memadamkan dari hati dan fikiran.. Mungkin maksud penulis lain.. Tapi ini maksud yang lahir dari aku..yang aku kaitkan dengan puisi ini. Sebab itu aku angkat puisi ini ke dalam entry blog kali ini... Kerana aku juga menyukai seseorang..tapi aku cuba lepaskan bayangan dia dari penjara hati..membiarkan ia terbang pergi. Bebas. Walau kadangkala ia menjengah ke sangkar hati kembali.. Walau baru ke temu 2 kali, di pentas berbeza dengan tujuan yang umum.. Tapi buat kali pertama kau bisa menarik aku dengan sifat bersahaja. Tahniah. Susah untuk aku terpesona. Tapi aku kalah jua. Tapi pergi lah.. Kerana aku bukan terbaik untuk mu,dan tak layak untuk aku memiliki mu.. :)

thanks attokz..

Maaf puisi ini tanpa kebenaran.. Kira attokz terjumpa puisi ini disini, ku mohon halal kan. Kerana isinya sama dengan isi hati ku..





My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Wednesday, April 10, 2013

Game boling

Yuhuuuuuu~ I'm back ..

Meh sini baca cerita..hari ahad hari tu, aku join tournament forum yang aku join. Asalnya aku patut datang sebagai tetamu sahaja,tak jadi pemain.sebab petang ahad tu sepatutnya ada aktiviti bersama buku jalanan bangi,tapi di batalkan, jadi aku decide untuk terus stay kat boling tu. Kebetulan,ada sorang ahli yg tak jadi datang, jadi aku dengan bangganya joinla... Gantikan dia.seronok plak dapat main, punya la lama aku tak main.. Huhuhu.

Lama aku tak join gathering ni, lepas join yang ni, terasa rindu pula nak buat untuk gcm2 punya ghatering. Rasa macam nak handle je, walau hakikat aku hutang event dgn rakn2 sekolah.. Hukhukhuk,

Not bad tournament tu, alhamdulillah, diorang cakap diorang akan buat lagi aktiviti pada next proposal nanti.. memang aku tak sabar. Tak sangat. Mesti meriah. Aku nak upload gambar sepanjang majlis hari tu. Tapi tunggu budak forum tolong hantar kepada aku melalui email supaya aku dapat upload dalam ni, tapi tak di beri lagi. Ada rezki anda semua, insyaAllah... Ada lah tu... Huhuhu
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Friday, April 5, 2013

Hoooreeaayy!!! Auuuchh!!!

Hai.. Assalamualaikum

Alhamdulillah, 2 april hr tu, last aku exam.. Dan bersyukur sangat-sangat.. Sebab semua subjek untuk sem ni, tak de plak aku jawab lompong-lompong. Semua aku usaha jawab. Aku berharap semuanya dapat cemerlang, amin.. Masa last-last exam tu, air mata aku bergenang pula. Aku dah terasa bait-bait rindu untuk study. Huhuhu,ni kira tahap aku dah kompiden tak repeat la ni. Amin... Minta-minta di makbulkan Allah.

Sekarang ada masalah sikit, dekat opis aku sekarang dah tak boleh nak berblogging kot, sebab... Aku still tak boleh nak create entry. Bukak baca boleh, nak menaip yang tak boleh. Tak pelah, skang ni aku guna henpon. Cuma masalah bila aku nak buat entry bergambar... Nanti aku tak boleh nak edit susun ikut ceritam huhuhu. Nanti aku usahakanlah cara mana yang patut ya..

Lama dah rasanya aku tak mengadu dalam ni, meh sini aku nak cerita. Semalam aku merajuk kaw-kaw dengan budak forum aku, keras betul hati aku semalam. Hanya di sebabkan, budak tu komen aku then ada buat icon smiley tgh buat thumb down. Aku tak tahu nape. Aku rasa dia macam cakap, aku ni teruk la, cakap tak serupa bikin. Lebih kurang macam tu la tafsiran aku. Terus aku merajuk. Puas juga kawan-kawan lain pujuk aku, petang dah lega sikit, bari aku join berbual dengan diorang. Dan budak tu dah tahu aku merajuk dengan dia, cuma pasal apa, dia tak tahu, aku dah bagi hint. Tapi dia kata dia malas nak find out.. Ok fine...

Hari ni dia buat lagi.. Ada reply komen aku siap taruk icon yang sama thumb down. Aku pun traight la cakap

"Boleh tak jgn guna icon tu lagi utk aku, aku rasa seolah-olah kau perkecilkan aku.mcm kau nak kata aku cakap tk serupa bikin"

Lepas tu, dia balas komen tapi.. Dia letak gambar ikon itu lagi, sebanyak-banyak nya dgn icon gelak guling-guling. Subhanallah, sabar je lah aku. Terus aku tak tegur. Malas. Then aku rasa macam serba salah sebab tegur dia kat post umum, so aku bagi mesej. Aku kata aku minta maaf kalau dia terasa aku tegur kat situ, aku akan delete. Tp aku nak dia tahu, apa aku kata, itu aku maksudkan. Dan aku sangat sedih dia jawab

"Aku tak kan minta maaf, jauh sekali nak pujuk kau kalau kau kecik hati. Aku memang sakat orang mcm ni,lagi kau cakap mcm tu, lagi aku buat.. Kau sound la aku lagi. Aku stakat kawan-kawan ni tak de masalah la, kalau kau rasa tak nak kawan dengan aku, terpulang. Aku tak kisah pun.aku senang cari kawan"

Subhanallah, bungkam aku kejap. Egonya tinggi melangit... Lahaulawala. Urut dada aku kejap. Yes! Kalau tk nak minta maaf tak pe.. But please respect, salah ke????!!!



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

CERPEN : 150juta kali (2)

huda tersenyum"its ok la.. tak sengaja kan?"

"Fheeeww! I ingat u marah tadi.. Pandang garang semacam.. By the way, thanks" haiqal membalas dengan senyum lega.

"haaai both of u.. hud u ok?"tegur dhia.Huda hanya memandang dan tersenyum pada dhia..

"hai haiqal.. im dhia"dhia menghulurkan tangan..haiqal menggelabah.. Awek hot giller datang hulur tangan.. Ouh shit! I'm man.. Haiqal menyambut sambil tersenyum.. Mana boleh tak sambut!!!!!!

"ok gurls.. I pegi sana dululah. Nak ajar yang angkat besi tu.. minta diri" haiqal hanya berlalu sambil tersenyum. Dhia hanya memerhati dengan hampa, huda masih lagi membetulkan kasutnya. Dengan langkah kecewa dhia kembali ke threadmillnya.

Huda memerhati langkah dhia yang tidak bermaya "apakejadahnya perempuan ni? Tak pernah-pernah lak, tetiba rini nak tegur aku?" mengomel huda sendiri melihat dhia berlalu dari sisinya. Perasaan pelik menghantui hatinya. Di kejauhan dia memandang haiqal "pergh hensem gak mamat ni..." Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan.. "Astaghfirullahalazim..." Dia beristighfar dalam hati.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 

"reza, dhia tu siapa? Vogue giller kot.. macam model" tanya haiqal.
"wo.wo.wo.. kau berkenan ke?"reza ketawa sambil mengangkat kening. Haiqal menumbuk bahu reza
"juz asking dude"mukanya merah
"Ah kau.. Mcm la aku baru kenal sdemalam kan? dia partime model. Memang la dia hot.. tengok la kawan-kawan dengan dia semua yang gojes-gojes"
"tulah aku pandang.. pergh memang ramai yang buat aku telan air liur, sebab tu aku tak pergi kat diorang.. mau cair iman aku pulak nanti.. hahahaha.. Mantop..mantop...eh awek yang aku langgar tadi pun boleh tahan kan?"
"huda? Dia pun ok je. Tapi dia sempoi sikit. Ganas pun ada gak.. dia mana geng dengan stok-stok model ujung tu.. dia pun sibuk je kadang-kadang nak angkat dumbbell, besi semua. Sebab dia tu main bola tampar, nak kasi keras penampo katanya"
"hahahaha yeke? Tulah aku selesa je tengok dia, tak kekok pulak nak duk borak dengan dia, tapi baru nak borak-borak, dhia datang.. terus aku rasa macam, malu je nak borak dgn dhia. Nak tengok dia lama-lama jantung aku berdebar je rasa.. aku blah ar.."
"dhia datang?"
"ha'ah tanya huda ok ke tak?'
"eh mimpi apa lak tu? Setahu aku diorang mana pernah tegur sapa"
"yeke?"
"ye.. hud tu rapat dengan aku dengan staff je, yang kat dalam tu macam malas nak tegur dia terutama yang perempuan. Lelaki sempoi je la.. sebab hud tu rajin gak angkat-angkat besi, lelaki ni melayan je.. yang si dhia and the geng tu tak suka kot.. macam pelik je aku dengar..."
"Ouh yeke?? Entah.. Elok je td dia bertanya-tanya"

Sunyi seketika...

"ouuh yaaaa.. aku rasa aku tahu kenapa dia tegur hud.." reza memetik jari sambil tersenyum.
"kenapa?"
Reza mengangkat kening nakal, sambil senyumnya makin menjadi7ijadi sampai ke telinga.."sebab kau la..."
"aku?"Haiqal menggaru kepala yang memang tengah gatal.
"ha.. kau kan tak pergi kat customer perempuan, tapi masa tu ko ley plak bercakap dengan hud.. dhia nak test kau lah tu.. perrrghh untung la lu bro..!"
"untung mendanya woih..."haiqal tergelak-gelak. Telinganya merah.. malu le tu..
"Untung laaaa... Awek hot try usha ok..."
"Hahahaa..mana ada.. Itu anggaran kau saja" jawab haiqal malu-malu telinganya makin merah.
" Iyeeeee.. Dhia mana pernah nak tegur lelaki dalam gym tu.. Selalu aku tengok, yang lelaki je tegur dia, itu pun emdah tak endah dia melayan.. Peeerrgghh!! Masyuuuuuuuukk" reza menepuk-nepuk bahu haiqal. Haiqal hanya tersengih macam kerang busuk.



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

klik iklan ni tak kena bayar pun