Tuesday, February 25, 2014

teringin nak berborak

lama sudah tak update blog..

semuanya kerana kebizian.. maklum lah sekarang dah habes study.. so aku kerja double..untuk elak otak tepu dan bosan so kena cari solution selain berniaga sendiri yang aku tahu badan aku tak ley nak tampung beban nak galas tanggungjawab berniaga atas bahu ni. huhuhuhu..so kita pergilah kerja yang lain dari bidang hakiki untuk menambahkan lagi pengalaman dan pasti PR ..

so, hari ni nak santai-sanatai saja borak... sebab lama korang pun tak baca menda merapukan? eh.. ke selalu merapu aje? hahahaha.. lepas dari habes belajar tahun lepas. banyak aktiviti luar aku buat.. lepas dah dapat second job, aku kurang sikit aktiviti luar.. tapi still berjalan. setiap bulan mesti ada aktivitinya..

mungkin kerna usia dan kesunyian melanda diri.. bahahahahaha.. aku malas nak kata apa.. kang korang kata aku meroyan tak kawen.. haish... ada plak gitu. tapai alhamdulillah.. aku happy dah skang.. dah boleh terima semua keadaan mungkin sebab usia tu dah makin meningkat, jadi hormon rasa nak kawen tu tak de la sehebat dulu.. skang makin tabah.. paling-paling bangsat kot ada nak mengumpat ke apa.. aku hanya akan cakap.. "at least aku dah ada semua harta, ko mampoo? takat makan pakai laki tanggung tak payah nak berlagak sangat ar.. laki ceraikan ko tahu kau nak meraung.." kehkehkeh...

skang ni aku jadi profesional kaunselor.. tapi untuk orang terdekat jelah.. terutama budak-budak rumah. tak sangka rupanya dugaan diorang hebat-hebat belaka.. kerdil rasa diri ni.. sebab aku boleh rasa tenang kerna aku tak didatangkan dugaan melampau seperti diorang.. dan aku solute diorang. jadi siapa lagikan nak jadi supporter diorang.. aku lah.. almaklumla aku kan macam mak-mak sikit.. kikiki...

ok lah korang.. aku skang tak de misi nak kurus.. tapi lebih kepada misi maintain dan tak bertambah gemuk.. selain nak besarkan tot dan tek.. kahkahkahkah... sorry.. i memang jujur dalam berkata-kata.. bahahahahah kbai..kbai..kbai...

mmmuuuaaaahhhhhhhhhhhhh............

Wednesday, February 12, 2014

Berteruskan senang..

Haaaih.. Senang sebenanrnya kalau berterus terang. Aku harap hal ni settle sudah, dan bos aku tu boleh terima kenyataan. Walau hakikat dia nampak sangat tak berapa setuju beberapa cadangan dan pandangan yang dilontarkan beberapa staff lain. Aku pun tk th kenapa. Bagi aku, masih lagi dia sengan egonya.

Tapi alhamdulillah, atleast dah dapat second bos yg lebih tinggi sinoritinya. So aku harap semuanya bertambah baik.

Gwa rindu kereta gwa. Skang jumpa seminggu sekali jer.. (╥﹏╥)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 4, 2014

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Semalam adalah satu hari dan perkara yang buat darah tinggi aku naik rasanya. Masalahnya bukan berpunca dari aku, tapi kawan aku. Aku malas nak cerita kisahnya sebijik sebotol cukup ulasan cerita rasanya,

Selama ni memang aku tahu dia diserang bini bekas pakwe dia. Rentetan kisah yang dah makan masa 6-7 tahun. Tapi malangnya perempuan tetap menyerang dia bila tengok suami dia perangai lain,walau hakikat kawan aku ni dh tak layan laki dia lama dah kot. Semalam perempuan tu call kawan aku masa driving. First dia angkat. Cakap sikit dia letak, kali ke-2 call masuk kawan aku bagi telefon kat aku. Mula la sesi peperangan mulut berlaku. Aku tak lah attack dia as supporter kawan aku, tapi sebagai manusia yang berada di tengah. Tapi aku juga yang kena maki hamun dan aib kawan aku di buka dan dihina. Last aku cakap dengan perempuan tu "kalau macam nilah perangai akak, tak hairan lah saya, dan memang patut pun suami akak cari perempuan lain" terus aku letak telifon dan terus aku sakit kepala kaw-kaw punya..

Aku pandang kawan aku, aku tanya. "Memang macam ni ke dia, kalau call kau?" Kawan aku angguk. Aku marah la dia cakap jangan angkat la apa la. Tapi ye lah, kita bukan berada dalam situasi dia, boleh le kata kan? Dia yang hadapi? Mungkin tak tahan juga. Mula lah terkeluar kisah sebenar dan apa yg perempuan tu dah buat pada dia dan keluarga dia.. Tp tak keseluruhan cerita yang di sampaikan.. Walau separuh, aku urut dada dah.. Dalam hati aku kata "tak hairanlah kalau kau kena tekanan dn kemurungan" simpati betul aku pada nasib dia.

Baru aku tahu betapa kuatnya dia sebenarnya menghadapi semua ni. Betapa hebatnya dugaan dia terima berbanding aku.betapa kuatnya keluarga dia menerima tenpias ni.. Betapa sayangnya keluarga dia pada dia.. Ya Allah kerdil dan kecil aku rasa diri aku. Betapa aku bukan orang hebat kalau setakat ini sahaja ujian aku terima dan aku boleh hadapi. Betapa aku riak dan takbur dengan kehebatan diri selama ni tanpa aku sedar ada orang yang lebih hebat.

Buat mu teman.. Moga engkau tabah menempuh semua dugaan. Semoga engkau di beri kekuatan oleh Allah. Semoga engkau dilindungiNya. Semoga Allah membimbing kita menjadi hambaNya yang berada dalam lingkungan hambaNya yang beriman dn kita serta keluarga kita berada disyurga terlepas dari siksaanNya. Amin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

klik iklan ni tak kena bayar pun