Wednesday, March 7, 2012

lelaki..oh.. lelaki... hanya kerana sekeping gambar????

hai fwens... assalamualaikum..

ok hari ni aku nak berbual bercakap berbincang etc pada topik kat atas tu.. " LELAKI..OH LELAKI.. HANYA SEKEPING GAMBAR??? " topik ni aku buka pada forum cari yang aku join... alhamdulillah ramai respon.. dan ramai juga rupanya yang pernah terkena macam ni..  


biasalahkan.. sebelum ni pun pernah je aku kemukakan kisah ni  macam kisah ni lelaki dan gentleman  sikit lebih kurang la kes ni.. cuma lain sikit je..   ini soalan yang aku kemuka kan di cari.forum

" Kenapa ya.. pada satu situasi.. bila mula perkenalan melalui alam maya.. tak kira la... Ym ke.. Forum ke..atau apa saja plat form yang tidak mendedahkan identiti.  Ok.. bila dah borak baik punya.. (bukan feeling2 ea..) bersedialah keduanya nak bagi gambar....  bila si lelaki dapat saja MMS si kawan perempuan ni... maka pecahlah kebenaran yang perempuan ini tak indah di sangka... tak semanis bak suara manjanya.. tak secomel keletahnya... mula lah silelaki.. kurang berinteraksi.. lebih dahsyat.. terus diam! .. persoalannya disini....

Kenapa.. sekiranya siperempuan tidak secantik disangka.. perlu untuk menjauhkan diri? kenapa tak anggap je sebagai kawan?  kenapa terus tak kontek??? hest tahu... ada juga perempuan yang buat  lelaki macam tu...

sebab... bagi hest.. gambar itu tidak menggambarkan realiti.. kadang2 ya... gambar cantik.. dah jumpa muka kurng sikit cantiknya dari gambar... ada juga yang.. dalam gambar.. yaAllah azab... bil dah jumpa.. sejuuuuuk je mta memandang...

JADI... minta jasa baik kawan2 terutama lelaki umumnya untuk wanita... menjawab situasi dan persoalan di atas.. ada pengalaman sendiri.. lagi bagus..  "

 banyak la respon.. macam tak setuju la.. apa la..  ada yang pernah buat orang tu macam tu.. ada yang terkena.. tapi majoritnya.. terkena... kat bawah ni.. aku quote beberapa pandangan yang aku rasa sangat bernas berkaitan dengan macam mana terjadinya benda ni... macam mana boleh silelaki atau si perempuan ambil tindakan macam tu...

  " Mungkin si dia mempunyai high expectation..dalam alam maya ni sesetengah orang pandai berbicara tak pun pandai mengayat sampai yang sebelah lagi, akan terasa amat senang sekali

once dah tengok thru cam ker skype ke..errr mesti dia terkedu..disebabkan dia terlalu nak yang cung atau ensem atau yang dia agak2 padan2 dengan dia tapi yang diharapkan hanya suam2 kuku atau agak kurenggg..tu buat dia ilang semangat"


" Bukan manusia mmg pndg pada rupa dahulu baru hati sejak dr azali lagi.
leh amik iktibar kisah anak2 Nabi Adam.
manusia mmg suka yg cantik...x kira lelaki atau ppuan.
kalu nk buktikannya mudah....produk paling bnyk diiklankan adalah b'kaitan kecantikan dari hujung rambut smpai hujung kaki...
x caya leh kira iklan kat tv...
cuma cantik adakalanya subjektif.
mcm mana nk ubah presepsi ni....? aku pun masih xde idea. "
by itik_magic 


 " Kita ada kuasa cuma pada diri sendiri saja..kita tadak kuasa untuk orang lain misal soal memilih. kene blajo how to accept fate in life. kene blajo apa itu redho. dalam idup ni salunya sapa kita mau..dia tak mo kat kita, sapa kita takmo, itu yang mai kat kita..btui dak? kontra gitu. kene banyok sabo dan redho dalam hidup ni kalo tak depressed nanti..pas tu badan lemah sakit2 dan mati..tak elok taw haaa... minda kene kuat jiwa kene kuat walo seluruh hidup lam donia ni macam dalam neraka. kita tokleh marah oang sebab depa tak macam apa kita suka sebab kita salu pun buat mende kita tak suka gak.. kelemahan orang lain tu sebeno nya kelemahan kita, projected dari depa, kekuatan depa tu lakunan aje macam kekuatan kita pun , cuma satu lakunan aje "
by ajinomotonosuga


" 9. antara kesilapan biasa berchatting online adalah terngayat dulu, pastu baru dpt tengok rupa. sbb, kalau x ngayat, x dpt tengok rupa. so, jadi chicken n egg.
11. so, kesimpulan aku, kalau nak dpt clients, kena aa ada portfolio hasil yg menarik dan terbaik mengikut kemampuan yg bersesuaian dgn kehendak client tersebut. x yah buang masa/bandwidth sendiri dan clients. kalau client x minat, bukan salah client atau salah sendiri - blum ada rezeki. tapi, kena aa tune ikut kehendak mass market - ada gak client yg minat/fetish yg pelik2 - ada, tapi jarang - yg x ikut market - ni naseb aa.. "

" Move on je la...tak berbaloi nak persoalkan mende2 tuh...dah hak dia nak memilih pompuan cantik2 jek....watehal....tak perlu la fikir...kawan pun cukup jek....semua soalan ..anggapan...harapan...apa2 je..yg berkaitan ngan org sebegini..not worth sesen pun....wat serabut pale otak je....wat rasa down jek.....so forget it...move on...InsyaAllah TT akan berjumpa lelaki yg dapat terima TT seadanya.... "


Kadang-kadang bukan kita sengaja nak reject ... cuma keadaan sekeliling tak berape nak sokong kiter... lagipun watper nak bagi harapan kat orang tu sedangkan kita tau ianya xkan kemana...." 

" hurm. saya ada pengalaman jugak lah tapi masa awal awal kenal dulu, memang kitorang takda tgk gamba. bila dah lama kawan, baru tgk gamba kat fb masing masing. masa tu saya mmg ok dgn dia. saya tak kesah pun dgn paras rupa. lama tu baru jumpa. bila jumpa, saya cam ok lagi even masa tu ada yg tak berkenan tapi bukan sebab rupa tapi sebab lain. so, kesimpulan nya, kalau saya rupa paras tak penting yg penting tu diri dia. then, cara pembawakan diri dia tu. "
by bungajauh


" Aku pon pernah sentap gak    tapi lepas tu aku pikir ok takpelah pinggan tak retak nasipon tak hingin so apa de hal.....bukan merugikan isi poket aku pon    so biarkan jelah....

satu lagi pasal cantik2 dan hensem2 ni aku nak tambah - cantik/hensem ni bergantung pada citarasa memasing.....kalo ko tak cantik di mata lelaki A, mungkin bila ko jumpa lelaki M, M merasakan ko sgt cantik....mana tau kan?


sbb tu manusia dijadikan Allah pelbagai jenis rupa, warna kulit, ketinggian dsb...... "
by ruffleen


ok guys.. ini beberapa pandangan.. dari kawan2 dalam forum yang aku tanya... banyak yang di ceritakan.. dan banyak yang menceritakan dan bagi pendapat dalam bentuk kisah.. tapi tak dapatlah aku quote semua.. ini nasihat atau pandangan yang aku rasa relevan untuk aku up kat sini.... tapi bagi aku pula...

" Baik lelaki.. baik perempuan... sekiranya nak berkawan.. ikhlaskanlah hati... tak payah nak memilih rupa.. kadang kala yang tak berapa cantik itulah yang terbaik di buat kawan... yang itu lah yang terbaik untuk kita meminta pendapat...  jadi berkawan la dengan ikhlas.. jangan tabut kata-kata manis sebelum mengenali seseorang itu.. kawan macam biasa.. bila dah bertemu atau dah saling mengenali empunya badan.. baru lah teruskan kalau ada niat murni tu... "



pada kawan-kawan kat luar sana .. terutama adik-adik GCM2  ambil ini semua sebagai sempadan hidup.. jangan sesekali buat orang terasa rendah hati dan rendah diri... sama2 kita menghormati.. baik tua atau muda.. cantik atau tidak... 

byeeeeeeeeee

No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun