Wednesday, March 30, 2011

BAGAI SIRIH JUNJUNG LETAK DI KAKI





sure ramai yang pening dengan kiasan tajuk tu kan... mesti ramai yang pelik kan? mesti ramai yang kata " tak pernah dengar pun .." mesti ada yang kata.. "memandai jerk la si hest ni reka pribahasa.." ok jujur.. aku pun tak tahu sama ada peribahasa ni, di catatkan atau tidak.. aku dah search di google, tapi penggunaan peribahasa ini adalah ZERO..ok.. kenapa aku sibuk sangat dengan peribahasa tu eak? apa kaitan.? apa yang aku nak kait kan? sirih junjung letak kat kaki??? apa masalahnye???? 

ok.. macam nih... korang mesti tahu kan.. selalunya sirih junjung ni, kita buat pada waktu bila? majlis apa yang memerlukan sirih junjung ni...? apa simbolik sirih junjung nih..?..kenapa mesti ada sirih junjung? apa makna sirih junjung??? ok.. chek it out.. define this..

" Ikutkan adat Melayu, sirih junjung tu macam simbolik kepada adat resam dan asam garam alam rumahtangga itu sendiri. Kalau tengok sirih junjung zaman mak-mak kita dulu, lengkap ada gambir, buah pinang dan kapur segala. Hasil campuran bahan-bahan tadi, bila dimakan bersama-sama, akan ada rasa pahit, masin, masam dan manis. Macam tu lah jugak gambaran tentang alam rumah tangga. "
ihsan dari blog BUMPER KAHWIN


sirih junjung merupakan kepala adat dalam satu-satu majlis rasmi yang harmoni... haa... besarkan simbolik sirih junjung sebenarnya... selalunya sirih junjung ni, orang akan tahu lelaki yg perlu bawa dahulu kepada pihak perempuan masa meminang..... eh, tapi apa kena mengena tajuk kat atas tu???

ekekekeke....fuh penerangan fakta betul kali ni... , ok... perkara yang sebenar aku nak ceritakan menda yang di sebaliknya... sebab tu tajuk aku SIRIH JUNJUNG LETAK DI KAKI.. bukan SIRIH JUNJUNG DI TATANG TINGGI.. ok, semuanya berkisarkan, orang disekeliling aku.. baik yang bercinta.. bain yang bertunang.. atau yang dah kawen... hurm.......

aku tak tahu lah kalau korang semua dapat kawan-kawan yang hubungan diorang memang suweeeeeett gillew...tapi yang dekat dengan aku semua macam nih.. BAGAI SIRIH JUNJUNG LETAK DI KAKI.... yang perempuan saje yang beriya tunjuk kasih sayang... kenapa eak? memang aku pernah dengar, lelaki tak macam perempuan, kalau sayang, tak tunjuk.. tapi kot berpada la weyh... hargailah pengorbanan yang gadis-gadis anda telah lakukan.. kadang-kadang.. aku sendiri nak menangis bila hal itu berlaku depan mata aku... nampak sangat, si gadis berusaha bersusah payah untuk berjumpa sang arjuna.. tapi bila dah jumpa.. yang arjuna ya, tak ye.. endah tak endah... ASTAGHFIRULLAHALAZIM... itu belum lagik kes yang 10 masej si gadsi hantar yang di balas hanya 2? tapi  silelaki kata sayang, tak nak lepaskan si gadis.. but, wat the purpose eak, u alls, buat macam tu???? 

hargailah weyh.... kenapa bila dah dapat yang betul-betul baik, dan nampak keikhlasan kasih sayangnya pada kamu.. tapi kamu bagai main tarik tali layang-layang... kenapa? jangan nanti dah hilang... baru kamu mengadah mencari meraba meroyan.. jangan lah weyh... nak-nak lagi, yang rela terima kamu baik buruk segala noda hitam silam kamu.... jangan lah di abaikan... jangan di biarkan titis airmata si gadis mengalir di pipi, dek kerana tidak endah yang kamu beri... hargailah pengorbanan si gadis.. sesungguhnya, dia amat mencintai kamu.... janganlah kamu buat dia seperti SIRIH JUNJUNG LETAK DI KAKI...




2 comments:

TenangSudey said...

setuju sgt.. bile dah dpt yang baik.. jaga la dengan baik2.. jangan la nak main2 lagi...


nice entry

Tq sharing my entry pasal Cara Wardina ajar anaknya bersolat...

hestyrezyuda said...

sama-sama bang ^_^ menda baik.. kena kongsi ^_^

klik iklan ni tak kena bayar pun