Saturday, November 3, 2012

Cerpen : amim.. aku amim (4)

" Data yang ada ni bos, kita belum dapat lengkap dari seluruh Malaysia, masih ada yang belum masuk dalam sistem dan masih ada yang isi tapi tak lengkap.. tapi bos jangan risau, saya dah telifon pada pegawai-pegawai negeri yang terlibat, dah maklumkan apa yang patut dan tarikh akhir pengisianlaporan, insyaAllah 2 hari sebelum tarikh tutup, saya akan pantau dan buat panggilan peringatan lagi sekali pada yang masih belum buat pengisian dan selepas tarikh tutup, masih tak de kerja sama kita akan ambik tindakan serta segala bukti peringatan yang sudah kita bagi " terang ima pada bosnya mengenai laporan kerja tempoh hari

" ok bagus, nanti kalau ada apa-apa masalah di peringkat mereka, sila rujuk pada saya dulu untuk kita sama-sama bincangkan penyelesaian untuk mereka.. Good Job gurl.." bosnya menepuk tangan tanda berpuas hati dengan laporan terperinci yang di beri..

" terima kasih bos.. kalau tak kerana tunjuk ajar bos, saya pun tak semahir ni dan tak tahu apa yang bos perlu untuk lengkapkan kerja-kerja ni. Saya minta diri dulu ya, nanti kalau ada apa-apa bos panggil sajelah saya " ima berlalu sambil tersenyum puas.  Inilah yang dinamakan kepuasan kerja. hehehehe.

melodi beethoven berkumandang satu mesej masuk ke dalam peti pesanan. 

" assalamualaikum, awak free tak malam ni, belanja saya makan.. awak hutang saya kan?"

"ish.. mamat ni... dia ajak aku, pastu suh aku belanja pulak, sejak bila aku kata nak belanja agaknya, dia je yang pandai-pandai buat janji suruh aku belanja... errrggghh...nyampah..." meronta hati ima. Dibiarkan pesanan ringkas itu tidak berbalas.  Dia terus menyemak laporan-laporan mingguan dan harian yang di terima dari negeri-negeri.  jam menunjukkan pukul 6 petang .. masa untuk balik kerumah dan menikmati kopi O panas dengan biskut.. cabuuuuuuuuuuuutttttt.......

melodi beethoven berkumandang lagi, cepat dia capai

" terima kasih, saya tunggu kat bawah tempat hantar kereta ok.. jangan lambat-lambat tau, see u there"

"erk..!! mana ada aku cakap aku nak pegi ni weyh!! mengada-ngada la mamat ni.. lantak kau la.. aku tak janji pape.. tak cakap ya.. tak cakap tak... malas aku nak layan.. dah ada makwe pun nak ngorat pompuan lain lagi.. dasar romeo betul..huh..! " keretanya terus meluncur menuju ke apartmentnya.

TitTot .. dia menutup keretanya dan jalan menuju ke lif. Pintu lif terbuka lalu dia masuk dan secara tiba-tiba ada seorang lelaki juga masuk terus ke bahagian belakang lif, ima berdiri depan pintu, sambil tangannya sibuk membalas twe mesej dari kawan-kawan dia. sampai ke tingkat 5, dia keluar terus menuju ke rumah, sambil bibir tak berhenti-henti tersenyum dengan lawak-lawak yang di buat oleh teman-teman dalam twitternya. sampai depan pintu dia terus membuka grill masa dia menutup balik grill dia terpandang sesusuk tubuh yang sedang berdiri tersenyum didepan rumah dia tu. terjatuh kunci di tangan dia..

" hehehehe, sorry ... lambat awak balik ea? jadi ni lah rumah awak ea? nanti jam 7.45 saya datang kat sini balik ok? ni saya nak singgah kat petronas depan nak solat maghrib kejap. Nanti saya datang balik jemput awak. Jangan lambat tau.. " aman mengenyit mata sambil tersengih riang dan terus berlalu.  tergelak dia tengok riaksi amim yang terkejut sampai tak terkata apa bila tersedar aman ikut sampai depan rumah.

"hah??!! macma mana dia ley ikut aku sampai rumah ni??!! sejak bila pulak dia ada dengan aku ni??!! giller la dia ni..??!! errgghh tension...!! kalau dia dah tahu rumah.. kalau tak keluar macam mana pulak ni... kang dia duk haruk-haruk depan rumah, malu la aku depan jiran-jiran.. adoi.... Giler ar jantan ni..!!" ima menghempaskan badannya di atas katil.. dan menekup mukanya dengan bantal sambil menjerit. sangat tak puas hati ok... sangat...!

jam menunjukkan pukul 7.40 ... " adoii apa aku nak pakai ni.. iisshh..semak la..."! omel ima .

7.45 pm TOK TOK TOK ...."assalamualaikuuuuuuuuuuuuuuuummm... amiiiiim"

"dah sampai pulak...." ima menepuk dahinya...
"kejap weeeyhh...aku tak siap lagik ni.... kau tak mandi tak pe le.. aku ni ha, mandi... kejaaaaaaaaaaappp...!!!!!! " laun ima dari hall rumah harap aman mendengar jeritan dia..

aman berhenti mengetuk.. bibirnya mengukir senyum sinis.. "Cis..sempat lagi dia nak kutuk aku" aman bicara dalam perlahan dan terus menuju ke tembok depan pintu menikmati panorama  malam yang dingin beserta angin yang sayu... "nyaman plak duduk sini... kalau pindah sini best jugak nih" senyum aman sambil matanya tertutup melayan keenakan angin yang menerpa  mukanya..

" Tak kan la tunggu 5 minit pun dah nak tertido.. kalau nak tido balik la rumah.. buat apa duk menebeng kat tembok tu.." tersentak aman sekejap dengar bebelan ima..

"kacau daun betul" getus hati aman

matanya terus mencari susuk tubuh empunya suara yang membingitkan telinga dia sekejap tadi.. terus dia tegak terpaku.. berjeans hitam, baju ala-ala 70an kelabu hitam, bertali di bahagian bawah baju berikat reben di pinggul, bertudung hitam ringkas, bercelak hitam dan lipstik nipis ber wedges rendah..

"comelnya..." tegur aman.. 

ima buat tak dengar.. tapi dalam hati.. dag dug dag dug dag dug dag dug dag dug dag dug "jimbit ar...dua kali dia buat aku rasa macam ni.." getus hati ima tak senang.

" ni nak jalan ke tak nak ni? kalau setakat nak berdiri je kat situ, terus apply jadi jaga rumah aku boleh gak.. tapi tak de gaji la..." perli ima, setelah dia tengok aman langsung tak berganjak dari tepi tembok yang dia sandar tu.. 

aman tersenyum... "kalau tak bergaji tapi boleh tengok awak hari-hari.. nak aja saya.." aman berlalu melepasi ima sambil tergelak..

"sengal..!"  cakap ima kuat... eh! memang tak boleh blah la... 

Thursday, November 1, 2012

di hasut tengok cerita koreaaaaaa

aku memula tak nak tengok cerita kore ni.. oleh kerana episod-episod dia yang berlambak.. berserta airmata yang berguguran kalau jenis hati pondan eh? hati pompuan... memang aku avoid giller2.. nak2 lagi dia pasal cinta je kan? aku memang lah anti.. almaklum lah orang kalau forever alone ni... memang cari pasal lah kalau layan cintan cintun ni kan... 

tapi hari tu memang hari yang mula aku kegelapan la... gangnam betul... housemate aku berjaya pujuk aku tengok cerita korea.. dek kerana aku asyik ulang-ulang saja cd-cd yang ada kat rumah tu.. dah bape kali dah lah agak-agaknya.. last-;ast dia keluarkan satu com cd... adoiii... jadi terpaksa la aku melayan sama cerita korea tu... actually dia dah tengok untuk ke bape kali ntah.. kira nak suh aku tengok jadi dia meneman sama la.. kalau sorang-sorang sure aku tido.. so ni la cerita pertama yang  aku layan..



tadaaaaa.. boys over flower .. ya.. memang cerita ni dah berjeman.. dan memang aku baru tengok tak kala korang dah tak meroyan.. time ni la aku tengok... bahahhaaa...

hurm.. ok gak la cerita dia.. walau aku tak berapa suka sebab dalam ni diorang tak pernah nak berterus terang ceritakan keadaan sebenar sampai terpaksa tanggung sakit pada diri sendiri.. tapi aku suka cerita ni sebab ada memberikan impak positif pada aku... iaitu watak JAN-DI

aku suka sikap dia yang sentiasa positif tu.. dan cara dia mempositifkan diri.. membuat perkara yang dia suka untuk melepaskan tension, suka tolong orang dan sentiasa ceria dan senyum.. sampai aku pun terikut sebenarnya keceriaan dia.. sangat positif bagi aku.

dan alhamdulillah kisah-kisah cinta dalam ni tak membuatkan hati aku meruntun nak bercinta jugak... hehehhe.. nasib baik.. cuak gak aku... tapi babak sedih tu ada lah yang aku pun nanges, nak-nak lagi tang jan-di teringat balik kenangan dengan jun-pyo masa jun-pyo buat2 tak kenal dia masa dekat macau.. part ni aku memang sedih la.. sebab situasi tu pernah je aku alami... but i can smile... :)

dan diantara hero-hero berkenaan.. aku juga seperti korang.. terpikat dengan senyuman Ji-hoo yang di lakonkan oleh  Hyun Joong



see.. sweet kan dia senyum.. baik dalam cerita atau secara realiti dia memang sweet orangnya.. dan ada ramaaaaai giller peminat kot... dan dari aku minat dia lah aku tertengok plak cerita korea ke-2 yang di lakokan hyun joong


.

giller serius aku suka giller cerita ni... dengan watak bersahaja oh ha ni dengan seung jo memang aku terpikat. nak-nak lagi pelakon perempuan korea terutamanya kan memang terkenal dengan memek muka dengan intonasi yang agak soft dan kadang2 macam anak-anak.. dengan sifat seung jo yang macam suka tapi malas nak layan oh hani.. bertambah ego sebab dia terlalu superb dalam semua segi memang menarik.. buat aku teringat dengan soran gkawan aku masak kecik-kecik dulu, Mohd Hazal Khaliq nama dia.. dia ni jenis macam seung jo.. dia suka kat aku.. tapi menyakat nauzubillah.. rasa macam nak menangis je hari-hari.. dia ejek la.. dia kena kan la.. tapi terkantoi sekali masa kawan dia serkap jarang.. "kau suka dak ima ea.." terus muka dia merah larik jejauh.. bahahahahaa bengong betul.. sama la peel seung jo.. suka dengan oh ha ni.. tapi suka sakat dan kutuk kata bodoh.. bahahaha... 

yang aku tak dapat tengok sekrang ni, sambungan cerita naughty kiss 2 ni.. gazek2 yang aku tengok kehidupan lepas kawen tu... sweeet sangat... haaa cerita ni berjaya menaik kan nafsu aku untuk kahwen.. sampai nak tido pun teringat-teringat scene2 comel menarik diorang.. huhuuuhu... paghah...

skang ni osmet aku kasi tengok my girl lak.. memang cerita lama.. tapi baru la bagi aku, sebab aku memang avoid kan sebelum ni... miaahahahaha...

bagus jugak cerita my girl ni, sebab banyak babak kelakar.. boleh cuci otak aku pasal cerita naughty kiss dengan sii hyun joong nih.. kira kurang sikit lah dok teringat cerita tu dan si cute tu... huhuhuu..

paghah kan aku??? hahahaha.. but babe... tengkiu sesangat.. rasanya kali ni memang aku terasa sangat cuti semnya.. heheheheeh










wordless rabu






Tuesday, October 23, 2012

CELOTEH..CELOTEH..CELOTEH....

assalamualaikum....

haaaai........ 

apa khabar semua.. maaf eak masih menyepikan diri plak lepas-lepas abes exam... hehehehehe... bukannya apa.. abes exam hari khamis.. hari jumaat settledown kan tesis tempah buku bagai... sabtu pegi lepak lentang dengan housemate... first time ok... selama 6tahun... orang berganti orang lah rakan serumah tu... ni lah pertama kali semua sekali pergi berkelah bersama.. erk.. 3 orang jerk pun.... hehehehehehe.. tapi memang seronok sebab yang ada semua yang sporting dan sangat ada semangat kekawanan.. seawal jam 5 pagi dah bangun masak nasi goreng.. masak nugget, hotdog, masak air, kemas barang bagai.. jam7pagi kami mula gerak ke lentang, sempah.. jam 8.30 kami sampai kesana. seawal jam tu.. kereta kami je yang turun kat bawah tu.. ya Allah nyaman sangat.. sangat tenang.. dan sangat best....bayangkan tak de orang.. yang ada pun kat atas tu 3-4 biji kereta.. penyokong red warrior nak ke shah alam. antara bertiga tu. aku lah berendam paling lama.. hehehehe.. sampai jam 3 petang baru lah kitorang bersiap berangkat ke KL balik.. singgah the mines makan sushi king.. sedap..sedap..sedap... sebab yang lagi 2 orang tu memang kaki sushi.. so, aku yang so,so ni di perkenalkan pelbagai menu sushi baru... heheheh.. seronok.. sampai rumah nak dekat maghrib.. melepak badan.. siyes penat.. lepas solat maghrib... aku dah tertido sampai jam 3 pagi, terjaga solat isha' sambung balik tido sampai esok paginya... dan terlajak subuh... errrrr..

yang jadi masalahnya skang ni.. mulai hari ahad tu lah.... bangun dahlah tengah hari... sepanjang setangah hari yang lebih tu.. housemate aku perkenalkan CD korea.. aduih... selama ni aku avoid giller sebab aku tak nak la terpengaruh macam diorang.. yang ley jadi sawan dengan movie korea ni... tapi dek kerana.. semua cd dalam rumah tu aku dah tengok, siap ada yang dah berulang tengok.. aku tadah lah jugak tengok cerita korea tu... dah bape kali dia nak suruh aku tengok.. aku tolak.. so kali ni.. aku terpaksa terima. dah layan satu.... makna kena habeskan laaaah... adoiyai... dia bagi cd Boys Over Flower... adess... tapi aku ni saje keraskan hati.. makna tengok tu.. tak lah nak menghayati bagai.. kalau idak aku rasa pegi keje pun kalau boleh nak hangkut cd2 tu nak abeskan... dan kompem2 aku tido dengan mata membengkak sebab menangis macam 2 orang lagik tu... adesss..... 

tapi... kerana cerita tu... aku terasa macam nak bercinta balik plak.. tapi aku tak nak lelaki macam jun-pyo.. walau jun-pyo romantik.. sanggup buat apa saja.. tapi aku lagi suka cara ji-hoo.. cool.. dan sentiasa ada disisi saat memerlukan.. dan sangat menenangkan jiwa.. damn! .. orang kata.. selalunya apa yang kita nak ni yang kita tak dapat kan?? huhuhuhu... tapi harap2 la ada ciri2 yang macam tu... sekurang2nya aku masih rasa kuat dan lega ketika berdepan dengan masalah sebesar mana pun.. dan aku menjadi kuat walau diduga macam mana pun... huhuhuuhuhu.... dah..dah.. aku nak sambung buat kerja... babai....


klik iklan ni tak kena bayar pun