Thursday, March 28, 2013

Nukilan lara imaan : tandus!

Nukilan Lara Imaan

bile aku berade ditanah gersang.
hatiku merintih mengharapkan hujan walau setitis.
jumlah yang sangat sikit dan langsung tak mampu untuk membasah tekak,
malah bibir anak kucin sekali pun.

TUHAN mendengar rintihan hati aku..
diturunkan hujan untuk ku bertitis titis.
dan aku masih rase tak cukup.
aku mengharap agar aku berjumpe pule dengan anak sungai.
yang airnya jernih dan dingin.
( yang didalamnye kelihatan anak ikan bermain2)
yang apebile aku merendamkan seluruh tubuhku,
kedinginan air sungai itu menjadi suam,
dek kerana begitu panasnya bahang yang berada dalam tubuhku. ( anak2 ikan yang bermain, tercungap2 dengan perubahan suhu )
aku berjalan.. berjalan.. dan terus berjalan.
malangnya anak sungai tidak kutemui.
( sebab takde sungai yang buang anak kat padang pasir ) dengan muke tak malu,
aku meminta dengan TUHAN.
ketemukan aku dengan perigi yang tak kabur pandangan ( bukan perigi bute )
paling tidak..
berikan aku;

sepohon kayu dahannye rendang. lebat buahnye serta bunga nye. aku terase desir angin menerjah cupin telinga kiriku.
aku diam membenarkan suara2 menyanyi menyambung permintaan ku tadi.

beginilah;

walaupun hidop seribu tahun.. kalau tak sembahyang.. apa gunanya.
suara2 itu semakin ramai jumlahnya. semakin kuat gemanye.

aku pandang langit.
aku pandang alam semeste.
pandangan aku jatuh kepasir yang ku pijak.
dan aku rase mertabat pasir tu lebih tinggi dari aku.
kerane sebutir pasir yang halus,
yang bergerak hanye dengan dorongan angin.
ia tak henti2 berzikir.



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun