Friday, December 28, 2012

jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERIIIII...



tak sangka plak misteri ni boleh datang rumah aku malam tadi. adoi la..

malam tadi, osmet aku masak bihun goreng untuk kitorang satu rumah, bertiga je lah. masa makan-makan tu, aku ni berkira-kira nak cerita atau tak latest news pasal komuniti kitorang tu, so lastly decide better cerita, mula-mula bukak isu lain..

aku tanya "ada korang dengar berita pape kat sini?"

kawan aku lagi dua orang tu menggeleng.. diorang tahu. kalau aku start cakap serius tanya macam tu maknanya ada benda nak aku sampaikan dan suruh diorang berhati-hati. so aku mula kata.

"first isu pasal kereta hilang kat parking lot dua. " 

kawan-kawan yang lain cuak la.. sebab isu kereta kot, penyamun sekarang buka kira kereta jenis apa pun, semua belasah curi. dah diorang tanya aku itu ini, itu ini, dah jawab semua aku masuk plak kes kedua

"second isu, kejiranan depan nampak something kat atas bumbung situ, dalam jam 12 ke atas, mula-mula dengar bunyik burung sekali dia toleh, dia nampak ada benda atas bumbung tu. but dalam komuniti diorang tak de plak describe macam mana bentuk rupanya cuma di kata, besar and itu adalah makhluk dari alam lagi satu. dan kebetulan ada kawan dalam forum cerita yang kawan dia ada nampak kelibat macam kelawar besar terbang atas dia. aku rasa dia benda yang sama, dan yang pasti benda tu dalam kawasan sini sahaja. sama ada dia memang makhluk Allah nyata yang ganjil atau memang makhluk Allah yang ghaib, itu tak sure. kita boleh agak sendiri la kan?" 

so, kawan-kawan aku yang dua orang ni ada sedikit cuak. tapi muka masih cool. aku pun malas nak continue pape, tapi yang lagi sorang ni pulak cerita pasa kes-kes bunyi kat rumah atas, pasal bunyi tapak kaki budak la apa la, walhal masa tu tu rumah atas tu sebenarnya kosong, kawan lagi sorang pun cerita jugak tapi dia kata kat dia bunyi manik berterabur, so aku kata ada je aku dengar bunyi budak hentak kaki dengan bunyi hentakan barang-barang. tapi aku malas layan sebab dah tahu 'dia'nye keje. habes je cerita, budak-budak ni semua masuk bilik, so aku last skali, tutup tv, tutup sliding door, tutup lampu semua. Masuk bilik masing-masing.. sendiri punya aktiviti lah.

Pagi ni pegi keje, sekali sorang wasap

Lisa: sape tutup lampu tengah kul 1 malam tadi?
Aku: sure bukan aku
Fira: aku tak..

..........

Fira: siapa bukak lampu bilik air luar pagi tadi? Aku nak masuk tengok lampu bilik air terbukak dah
Aku: lisa kot,sebab aku terjaga 5.50 ada orang masuk bilik air.
Fira: ouh ok..
Aku: tapi tak tahu le weyh, aku agak je.. tunggu jelah dia jawab

.........

Lisa: eh, aku kompius skang ni.
Aku: ok skang sebenarnya sape yang tutup lampu tengah, sape plak yang bukak lampu bilik air? Lisa ko sure ke lampu tengah tu bukak? Sebab seperasan aku, masa aku tutup semua tu, memang gelap semua, aku tak bukak mana-mana lampu pun.
Fira: yup betul, aku perasan memang gelap.
Aku: aku jam 12 dah tido dah
Fira : sama, aku pun..
Lisa: macam ni, aku memang tido lambat, dalam jam 12 lebih tu, aku bangun pegi toilet, pastu aku bukak lampu tengah tu, sebab kau dah cerita benda-benda macam tu, aku rasa macam tak best plak nak tido gelap gelita. Aku pasti, memang aku bukak lampu tengah, sebab cahaya dia masuk bilik, dalam aku golek-golek atas katil.. tiba-tiba aku dengar bunyik petik suis. Aku tengok bawah pintu, gelap. Aku pelik jugak, sebab tak denga pun bunyik pintu korang.aku mals nak jengah, dan aku malas nak bersuara tanya. Kot benda lain, cuak la aku. Tapi aku tak tahu plak yang lampu bilik air terbukak. Sebab aku sure aku tutup.
Aku: hurm sudah... nasib dia maintukar suis..
Fira: pulak dah... aku ada terjaga jam 1 lebih sebab aku dengar bunyik bising sangat kat bawah tu, bunyik moto la apa la.. tapi tak pulak perasan pasal lampu.
Aku: perasan tak.. tiap kali kita cerita mistik..kalau tak malam tu jugak.. mesti selang 2-3 hari ada benda pelik jadi?
Lisa: yup perasan
Fira: yeke?
Aku: so, buat tak tahu je. Dia memang suka kita ni duk  bercerita pasal dia.

So, aku dengan housemate aku buat andaian misteri  ni terus jadi misteri.. tak tahu siapa, dan tak tahu makhluk apa.. tak pernah di kacau ekstreme, Alhamdulillah.. Cuma tulah, hakikat masing-masing terasa ada orang lain duk sama, Cuma tak di tunjuk rupa. Alhamdulillah. Tak payah lak menunjuk rupa.. kang susah pulak nak handlenya.. huhuhu

Sekian warta berita..






1 comment:

3LiN4 said...

alamak..... tidakkkkkk......
huhuhuhuh......

klik iklan ni tak kena bayar pun