Wednesday, June 15, 2011

awat garang sangat???


pada kawan-kawan yang pernah mengenali aku..aku rasa ramai yang tahu dengan bahasa dan suara aku yang agak tegas.. bukan kasar ok.. aku tak cakap babi..sial..lahanat..atau sebagainya..aku memang tak guna kan dalam percakapan harian mingguan bulanan atau tahunan... siapa yang pernah hidup dengan aku tahu lah hal aku yang ni.. tapi 1 perkara yang dari dulu aku perasan..aku cakap kadang-kadang orang dengar.. orang anggap aku nih macam tomboi cakap...tak de rythem..tak de intonasi menarik..selalunya aku gunakan cara ni pada kaum lelaki... jarang pada kaum perempuan.. apatah lagi orang yang tua dari aku..alhamdulillah didikan mak ayah aku amat-amatlah meresap dalam diri aku...

aku ingat lagi masa zaman sekolah.. aku ni, kira macam ketua kumpulan nasyid.. pernah sekali aku minta kompang kat budak lelaki.. di sebalik tirai pemisah saf lelaki dan perempuan.. " bang .. nak kompang bang.." pastu aku dengar satu suara berbunyi.." minta kompang macam nak gaduh jer...aku dah terdiam... dalam hati aku berbisik...."aku rasa macam biasa je......."
?? dulum aku rasa tak lah macam ni... ko diam je.. macam pemalu... tapi skang ni hang lain la..... dan jawapan aku ringkas je " sebab aku tak nak kaum ko pijak pala aku " ... pernah juga....budak budak chatting ingat aku nih lelaki.... 

2-3 hari lepas adalah aku terbaca artikel di bawah nih di psipum.org



Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna… lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat, maka Allah SWT tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah Al-Ahzab.
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
‘Terlalu lunak’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang lelaki untuk bertindak jahat kepada mereka. ‘Serong dalam hati’ adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

petikan dari psipum.org

jadi hakikatnya.. cara aku tak salah lah kan??? betulkan??? ok lah.. jujur... aku pernahlah sekali dua terasa macam menjadi anak panah syaitan.. bila aku bercakap dengan penuh sopan santun dan menggoda pada beberapa orang lelaki....memang hasilnya tidaklah mengecewakan.. dan alhamdulillah.. sekarang ni tak lah plak aku terniat atau terfikir untuk buat masa... menda-menda yang tak sepatutnya tu....

jadi pada kaum hawa.. jangan lah di salahkan kaum adam semata bila dia menggunakan bahasa-bahasa lucah,atau mengusik kamu.. kerana kamu tidak menggunakan perlindungan kamu dengan sebaiknya...

dan kaum adam plak.. jangan lah sesekali duk mengutuk perempuan-perempuan yang bercakap kasar.. kerana.. kemungkinan mereka ingin menjaga diri dan maruah mereka....

DONT JUDGE A BOOK FROM THE COVER



1 comment:

3LiN4 said...

alamak.... ni nk kena ckp tegas2 ni ngan 'Mr. Ravi' heheheeh... :P

dont judge a book by its cover ;)...

klik iklan ni tak kena bayar pun