Saturday, June 18, 2011

TAHUKAH KAMU HAKIKAT MELAYU KINI?


titisan air mata di seka...
ku tatap lagi dengan khusyuk hamparan putih di hadapan
yang memperlihatkan susuk-susuk tubuh yang di siksa
susuk-susuk tubuh yang di tikam
susuk-susuk tubuh yang di gantung tanpa ehsan
aku tahu.. 
salah satu jasad yang terkorban itu adalah moyangku..
ku seka lagi air  mata yang bergenang..
bila lampu di buka..
lekas-lekas aku raut muka ku..
malu kiranya dilihat para teman..

hari itu..
hari terakhir untuk aku menghayati 'HATI MALAYA 1957'
air mata aku tak tertahan..
bila aku melihat Tunku berucap dan minta keizinan ahli untuk ke london
bila semua persetujui..
Tunku cakap dengan jujur..
"tapi kami...tak cukup duit nak pergi ke london..nak bincang dengan british.."
berdiri kaum wanita..
"kami akan membantu tunku.." sambil mencabutkan barang kemas dibadan..
di ikuti yang lain..
wang..barang kemas..syiling..kesemuanya di beri..
agar Tunku dan yang lain dapat pergi ke London
dapat berjumpa british
dapat bincang tentang merdeka
dan dapatkan KEMERDEKAAN..
aku lihat Tunku mengalirkan air mata..
sayu melihat kerja sama 
dan pengorbanan mereka...
air mata ku seka lagi...
selesai paparan di kain putih itu..
lampu di buka..
ku seka laju air mata ku..
ku raut pantas muka ku..
aku terasa malu kalau di lihat teman

petang itu...
mereka buka lagu WARISAN..
sudah...
aku tahu aku akan kalah jua..
tapi aku tetap menyanyikanya..
air mata ku TAK DAPAT di bendung..
selesai sudah lagu itu..
mereka bertanya..
aku buang segala malu yang aku rasa sebelum ini
apa perlu aku malu, kalau aku TERLALU SAYANGKAN MELAYU?
apa perlu aku malu untuk MENYATAKAN yang aku SAYANGKAN MELAYU?
apa perlu aku sorokkan yang aku SAYANGKAN MELAYU?
tanpa silu.. aku berkata-kata..
bersulam esak tangis..
dan sedu sedan..
"amat sukar mahu menyedarkan melayu sekarang..terutama anak muda..
mengenai maruah melayu..yang makin tergadai..
mengenai nasib melayu yang bagai telur di hujung tanduk..
mengenai melayu yang makin pupus kemelayuannya...
adakah mereka sedar..melayu kini bagai pelarian di tanah melayu sendiri?"






No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun