Monday, August 9, 2010

aliff a.k.a bob

semalam masa g kelas bell, lect bgi tahu tarikh untuk speaking test..kecut perut aku rasa.. adess,mahu taknya..aku bukan pandai pun cakap orang putih nih..kalau takat tulis tu ok lagi..ni nak menyebut..macam nak putus lidah aku rasa.... waaaaaaaaaaaaa... macam mana nih????

aku teringat kat aliff a.k.a bob... windu le kat dia.... dah tak jumpa dah, hampir 3 tahun... mana ntah dia menghilang lepas kes yang amat dahsyat tu... haih....seronok kawan dengan aliff..dia selalu paksa aku cakap english, then kalau salah dia betulkan sebutan aku. dengan dia, amat2 dia marah kalau aku jawab segan ak cakap omputih nih. sebab dia kata, "practice will make u perfect" kalau dia tak kata pun aku tahu tapi dah kadang-kadang tu perasan segan tak bertempat tu plak ada, nak buat macam mana... huhuhu... dia banyak juga ajar aku, macam mana nak bahagikan duit gaji untuk saving, keperluan dan fun.. sangat2 seronok sebab, gaji aku amat bermanfaat... aku rasa dia lah kawan lelaki yang mengajar aku manage duit, bukan macam yang sesetengah aku kenal, manage duit aku dan songlap... macam S-I-A-L !!

tapi kerana masalah itu...dia lari menghilangkan diri... hurm... sape pengganti aliff eak??? ada ke??? ada sorang...zaidy nama dia.. dia pun sama, suka jerk speaking english dengan aku... tapi dia pun dah macam sama dengan aliff.. tenggelam timbul..tenggelam timbul... terus tenggelam....tak timbul-timbul.. tak tahu pegi mana..kadang-kadang jerk dia ada email..tapi 2-3 email balasnya 1... hurm..

sekarang kan, malas gila nak on9 ym dgn fb.. kalau on9 pun salah satu sebab, nak update dengan keadaan kawan2..dengan lagi satu,dah janji dengan budak group bell untuk on9 sentiasa agar senang nak bincang...

ingat zaidy boleh jadi peniup semangat untuk aku belajar.. tapi.. huuuuuurmm...mungkin kot..suatu hari nanti... sebab itu yang dia janji... "YET ! perkataan YET! mesti ada" itu yang zaidy kata...... hikhikhik =P

No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun