Monday, November 16, 2009

blink a.k.a yameen


salam bro.. jgn marah aku tulis dalam nih kisah semalam.. sebab ada menda yang aku nak cakap hal semalam..


hurm semalam keta blink rosak then kena toing ke seremban. blink kol aku minta tolong.memandangkan aku pun tak de mende.. peksa pun dah abes so aku tak kisah sangat untuk tolong... nak dijadik kan cerita, sampai aku ke sana dengan adik aku, rupanya blink ada bawa 'sedara' dia dgn isteri 'sedara' dia sekalik, ceritanya blink pun sebenarnya nak tolong diorang untuk hantar ke PD sebab isteri 'sedara' blink flight besok ke sabah kul 7.30 pagi.. ok tak de hal, nasib etoi tak ikut, kalau tak, aku tak tahu sape yang kena tinggal..ekekeke. dah hantar sampai PD, aku hantar plak blink dgn 'sedara' dia nih ke melaka.esok petang baru blink amek keta. sampai kat umah blink, blink jemput masuk suh rehat kejap, mana tak nye keta aku meter 140 tak gerak..so nak release jap enjin keta dan tuan keta serta kelindan.ekekkeke.

cerita punya cerita, rupanya mamat tadi bukan lah sedara, tapi kawan saja, yang dia kenal tak sampai dalam 4bulan.. tak salah aku la.kebetulan orang sabah sebendera dgn blink dan kerja sama dgn blink. cerita punya cerita, blink rupanya bengang dengan mamat tu, sebab keta blink yg rosak tu, budak tu tak nak bertanggung jawab pun, semua atas blink. dan lagik nak jadik cerita rupanya memang mamat tu wat bodoh even isi minyak keta aku pun,, dia ley jawab kat blink dia ada rm 7 je. pergh .... blink yg banyak kuar kan duit.

dan ini juga adalah kali yg ke2 blink kena dgn mamat ni. atas kes yang lebih kurang sama cuma yang lepas pasal tayar pecah kat highway ke johor... pergh aku pun kata kat blink 'BRO, DAH LA LEPAS NIH TAK YAH TOLONG ORANG MACAM NIH"
blink ley lak bagi aku ayat mat jiwang yang menampak kan sangat dia nih tak seganas mana pun.. "tak ley la.. aku serbesalah..aku kesian "

pergh.. bhai .. orang macam ni nak kesian mau kasik lutut baru paham bhai.. nak kesian, nak menolong berpada.. ni bukan orang yang patut di kesiankan.. ni namanya.. orang yang TAKE ADVANTAGETAK TAHU BERSYUKUR...

aku dulu macam nih.. macam blink, orang ada masalah.. gadai semua kasik tolong..walhal sendirik ikat perut tak makan sebab nak tolong kawan. kalau kawan sejuk berhujan sebab tak de baju hujan, aku ley sanggup tak pakai juga ni untuk sama2 rasa keadaan tu.. konon tak nak bg nampak selfish... tapi sikawan aku yang bebal nih ley plak kan,

"eh ko tak nak pakai ea?? meh la aku pakai... " dia ambik aku nye baju hujan sambil menyarung.

dan aku dengan hati bengkek aku jawab "aku saje je dude suka kena ujan.. bukan senang nak kena ujan... aku kan naik keta je selama nih "dalam hati mmg aku menyumpah berbakul-bakul la..orang kesian kat ko, ley lak ko cakap aku macam tu.. tak tahu pk ke apa??

itu pasal la skang nih MULUT AKU LASER..CAKAP LEPAS..TERUS TERANG YANG AMAT.. pada sape2 yang tak tahan dan tak ley time.. aku minta maaf la.. sebab ada sesetangah korang tak tahu pikir apa itu kawan, apa itu pertolongan dan apa itu berganding bahu serta kasih sayang seorang kawan...

aku kalau betul nak ambik kesempatan.. dah lama aku buat..dan aku dah kaya dah skang nih..tapi aku bukan jenis manusia macam tu... dan tak kan jadik macam tuinsyaAllah.
amiiinnn

P/S : BLINK TIME KASIH SEBAB BAGI DUIT MINYAK DENGAN TOL.. AKU TERHARU JUGA. TAPI BETUL BHAI..KALAU AKU TENGAH ADA DUIT AKU MEMANG TAK KAN AMBIK SEBAB AKU TAHU KO NAK BETULKAN KETA TU BANYAK DUIT KO KENA KUARKAN.. HUHUHU

1 comment:

someone someplace somewhere said...

wow......"hidup ku ibarat setandan pisang..."

klik iklan ni tak kena bayar pun