Monday, March 5, 2012

jom korbankan waktu sarapan untuk sunat dhuha.. ADA BRAN???!!

assalamualaikum... salam pagi senin... ekekeke.. malas keje eak?? sabar-sabar.. betulkan balik niat.. pergi kerja kerana Allah taala.. insyaAllah.. mood tu bertukar.. dan jangan lupa baca surah insyrah sekali ya... hihihi..

ok, hari ni hest nak kongsi pasa  solat sunat dhuha.. ada beberapa hadis menyebut berkaitan solat dhuha ni seperti.. :

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 
dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada 
tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

banyak lagi sebenarnya... tetpi dari  keseluruhannya.. solat sunat dhuha ini merupakan.. solat yang memohon Allah melimpahkan rezki kepada kita.. sebab itu, secara logiknya.. waktu di tunaikan adalah seelepas terbit mata hari.. sebelum matahati tegak di kepala.. bermakna..waktu-waktu.. kita baru nak mula kan kerja.. atau mahu bergerak kerja.. jadi sebelum terus memulakankerja.. kita mohon kepada Allah supaya di bukakan pintu rezki kepada kita... 

Tak rugi pun rasanya... korbankan waktu sarapan tu sedikit, untuk buat solat sunat dhuha... jujurnya.. Alhadulillah.. aku sendiri pun.. sedang berusaha untuk mengekalkan solat ni... dan Alhamdulillah juga.. Allah memberi aku seribu kekuatan untuk melawan nafsu makan... dah lebih 2 minggu aku mengamalkan sunat dhuha ni.. jadi kawan-kawan... marilah sama-sama kita menuju ke arah satu takuk lagi kebaikan... 

hati kita akan rasa tenang dan gembira.. bila kita dapat korbankan sedikit waktu laghah demi membuat amal kepada Allah.. insyaAllah... kat bawah ni.. aku sertakan juga cara-cara dan bacaan-bacaan dalam sunat dhuha dari tripod.com ... moga kalian   dapat juga manfaatnya.. AMIN...



SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saturday, March 3, 2012

soalan dari blog brother love

ok...soalan ni sebenarnya.. aku jawab kat forum aku join.  tapi soalan ni di ambil dari blog brother love... link tak lak diorang tepek.. huhuhuhu... so diorng tanya... aku jawab seikhlas hati.. dan aku teringin plak nak tepek kat blog sendiri... ekekekeke... jom layan soalan2 dia...


1. Apa harapan you apabila berkenalan dengan seorang lelaki yang you suka, untuk saja berkawan atau untuk future husband? 

obkos la kan.. kalau dah yang kita suka..makna dia dah sempurna untuk kita.. mestilah kalau boleh nak dijadikanfuture husband...tapi kalau hest.. aku akan tengok how that guy react dengan kita..kalau dia macam teruja juga dengan kita.. so make a move ..kalau dia biasa2 saje.. adalah lebih baik aku melayannya sebagai kawan baik..dari mencurahkan isi hati buat dia tak selesa dan akan kehilangan dia as a fwen..huhuhu.. sayang lagi kot persahabatan dari perasaan sendiri...

2. Bila you planning untuk berkahwin?

planning kawen eak???  bila dah ada yang sudi terima diri ini seadanya 

3. Bagaimana wedding yang you imagine kan, tahap artis ke, vip ke? 

jujur.. aku suka melayu klasik.. kalau boleh nak semua tetamu.. tak pun cukup meja makan beradab tu makan bersimpuh atas stage@pangkin.. tp kos giller mahal kot... so.. but ala kadar sahaja.. asal majlis lancar...semua orang balik dengn rasa kegembiraan sebab aku kawen.. miaaahahahaha

4. Adakah you ni anak mak? Atau seorang yang hanya mengikut kata ibu bapa dalam perihal perkahwinan?

actually tak.. sebab memang aku survive hidup dari umo 13 kot... dalam hal kawen ni.. mak ayah aku memang serah 100% kat diri ini.. sebab mereka tak nak suatu hari nanti.. aku menyalahkan mereka.. sekiranya mereka merancang untuk aku itu akhirnya hancur..

5. Adakah you ni seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang keibuan? 

aku memang suka budak2 ...  suka peluk cium.. tapi sejak aku dah ada anak buah.. baru aku tahu.. letih jugak eak nak jaga baby yang meragam ni...  

6. Adakah you seorang yang sukakan kanak-kanak? Berapa ramai anak yang you mahu miliki?

yup..yup..yup..dan yup... kalau boleh seramai yang termampu....

7. Apa yang you shopping setiap bulan? 

barang dapur.... dengan stok peribadi yang dah tak de

8. Bagaimana cara your money management? Suka menyimpan duit, atau suka menabung, melabur? 

errggh.. soalan mental ni... sebab aku suka menyimpan.. tapi kawan2 yang suka pinjam duit aku tak pulang.. dan lelaki-lelaki dayus yang suka kikis duit aku .. aku tak pernah halalkan walau sesen pun duit aku pada diorang... dan aku selalu doa.. diorang akan bawa hutang aku untuk di hitung diakhirat kelak...

9. Adakah you mempunyai hutang dengan mana-mana bank, finance company? 

ada.. teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt.........

10. Apa yang you paling suka lakukan masa lapang?

memasak...tengok tibi...kalau ada partnet bru berjalan.. kalau sorang duk umah lagik bagus kot

11. You suka tidur tak, dan selalu bangun pukul berapa?

rugi kalau tak suka tidur.. itu satu kenikmatan yang Allah bagi... tapi masa tido aku tak menentu... tapi masa bangkit aku adalah jam 615 pagi...

12. Pernah tak you jatuh cinta dengan 2 orang lelaki sekali gus?

tak pernah

13. Adakah you ni boleh dianggap sebagai seorang yang romantik? Suka dimanjakan?Suka berkepit setiap masa?

ok.. jawapan susah nak tulis.. tapi aku quote dari lirik lagu 150 juta kali by fynn jamal ..  

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa 


14. Adakah you mahu pasangan you seorang yang romantik? Jika dia tidak romantik macamana? 

hakikatnya.. semua orang akan nk yang macam tu kot.... tapi kita manusia.. kadang2 kita rasa kita dah romantik.. tapi bg pasangan tak pun... so ..i will talk and discuss mith my husband....

15. Adakah you ni seorang yang cepat kasihan pada lelaki?

tak... aku cepat kasihan pada lelaki dan perempuan yang menangung derita... ekekeke... perasaan kasihan kan? bukan kasih kan? 

16. Best vacation holiday yang pernah you pergi? 

sarawak.......

17. Adakah you ni seorang pembersih? Suka mengemas? Pakaian sentiasa berlipat dan barang ditempatnya? 

perkara di atas.. saya adalah sederhana... bukan sentiasa atau sangat...

18. Perkara yang you paling benci dalam diri lelaki? 

suka up diri.. tak reti hormat orang.. tak tahu berterus terang

19. Perkara yang you paling suka lelaki lakukan untuk you? 

MENGHARGAI SAYA

20. Lelaki yang sebagaimana yang boleh buat you rasa teruja?

matang..pandai hormat orang tua..berani tegur aku kalau aku salah nak2 lagi bab agama....yang PANDAI SURVIVE

21. Apakah satu hadiah yang paling you suka sekali pernah you terima?

daripada lelaki ke? apa sahaja yang terlah di beri.. walau sekecil zarah

22. You suka berkawan dengan ex-boyfriend tak? 

ya.. memang  berkawan. tapi ex yang kami kawan memang sampai tahap kenal family... aku jenis suka berkawan.. berkawan dgn family skali...

23. You boleh terima tak kalau boyfriend you masih berkawan dengan ex-girlfriend dia? 

jujur memang ada rasa sikit takit.. tapi aku tak kisah.. asal dia letak aku tinggi dari awek dia... dan tak payah nak layan ex mcm awek lagi... ber aku kau suda...

24. Bila you sudah menjadi isteri, suami you nak keluar dengan kawan-kawan lelaki dia, you akan larang tak? 

insyaAllah tak.. tapi janganlah sampai mengabaikan aku dan selalu tinggalkan aku kesorangan...

25. Bagaimana pula jika ada seorang wanita yang dalam kesusahan, perlukan bantuan suami you. Adakah you akan cemburu? 

cemburu tu mesti ada... tapi laki aku kena sentiasa jujur dan honest dengan aku... tapi selalunya.. aku akan involve untuk sesi bantu membantu ni... nak juga tambah pahala... 

26. Seorang lelaki, sangat suka masakan ibunya, jadi apabila berkahwin, dia akan mengharapkan pasangannya pandai memasak sesedap ibunya, adakah you boleh lakukannya? 

pasti tak boleh... sebab masakan ibu tiada tandingan.... air tangan ibu itu sangat lain manisnya... tapi aku akan berusaha untuk beri yang terbaik... so please jgn kendem atau hentam sesuka hati.. sila beri galakan dan semangat... hihihi

27. What is your favourite movie/songs� suka menonton movie or going for a concert? Mungkin suka tengok teater? - 

ku jenis.. flexible.. selagi aku blh buat demi orang tersayang aku akan cuba... tapi aku tolak awal2 heavy metal... huhuhuhu...

ouh ya.. lagu kegemaran aku eak?  when i need you by leo sayer... dengan lagu gita gutawa...selamat datang cinta


28. Suka jogging? Exercise? Swimming?

yup..sngat suka.. terutama bola tampar dan senam tari.. walau hakikat aku kayu... huhuhuhu

29. Apakah tabiat buruk you? 

jap...cuba ingatkan balik.... tabiat buruk ea.... aku jenis khusyuk dgn satu benda je... aku tak reti nak adap dengan tekun 2 keje..contoh.. klau aku kusyuk tengok tv... ada orang ngumpat aku kuat2 kat sebelah pun aku tk dengar

30. Very sure you tidak akan benarkan suami you kahwin lagi seorang, tetapi bagaimana jika dia dan girl tu sudah jatuh cinta� kalau tak kahwin nanti berdosa. So apa solutions dia?

aku pernah fikir benda ni.. jujur memang akan perit.. tapi insyaAllah.. aku kan seikhlas hati membenarkan dengan syarat... suami aku mempu segalanya... dan adil

Tuesday, February 21, 2012

soal jawab bersama HEST part 1



" baru-baru ni kawan baik saya kawin...ni dah terasa sikit sunyi dah ni....memula lepas habis study hari tu, berpisah dengan kawan-kawan sebab keje...sekarang diorg satu persatu nak kawin...rase sedih la....diorang plak bz keje lg, suami lg...mana de ms utk sy....sebab tu sy nk cari kawan-kawan dalam forum ni, yg senasib ngn saya...at least ade kawan...sekarang pun dah start rase sunyi...sedih...macam mane akk atasi sume tu ek? "


assalamualaikum semua... hai guys... haa tiba-tiba ada slot soal jawab bersama hest eak? tapi ini yang aku nak buat lama dah.. ada beberapa forumer yang bertanya tapi hari ni baru dapat nak up soalan yang ini satu...  soalan ni baru sahaja di utaraakan kepada aku semalam.  Now aku terasa sangat pulak macam aku andartu.. hahaha walhal umur muda lagik. but its ok... memang aku perasan dejavu ini semua... dari dulu macam ni... aku kena alami sesuatu perkara.. supaya aku dapat nasihatkan orang dengan nasihat yang betul... ok lets continue to my answer for this gurl...  tapi aku buat versi bacaan blog eak.. 

dear salju...

                  sebenarnya, perasaan salju tu tak salah pun, pada umur menjangkau 25 keatas, seorang gadis yang masih belum bertemu jodoh.. atau yang masih belum ada pacar... memang akan rasa kekurangan.. akan rasa sedih.. akan rasa sayu dan yang paling rasa adalah SUNYI... nak-nak lagi bila kita melihat kegembiraan memancar pada tiap wajah sahabat-sahabat kita.. nanti percayalah suatu hari nanti akan tiba juga satu perasaan cemburu bila.. melihat family bahagia lalu didepan kita di shopping complex atau tempat umum.

               ok nasihat akak hest untuk salju atasi situasi.  Pertama sekali, cari lah kawan-kawan baru.  yang mungkin lebih sporting dan banyak aktiviti.  sebab dalam situasi ni.. kita memerlukan seseorang untuk berbual.. kalau diam je.. akan rasa macam serabut dan tak lengkap hidup.  tapi hakikatnya, akk hest tak lah menggalakkan sangat kekerapan keluar berfoya nih. sekali sekala apa salahnya.. akak lebih suka minta salju rapatkan diri dengan family.. sebab kadangkala tanpa kita sedar, selama ni kita terlalu lebih kan masa dengan kawan-kawan dari keluarga sendiri.. jadi masa ni lah salju perlu dekatkan diri dengan mak ayah serta adik-beradik yang lain, lagi cantik kalau ada anak buah.. ley main-main dengan diorang...

           selain dari tu.. akak galak kan salju buat aktiviti craft.. cari saje apa-apa DIY kat internet.. atau apa yang salju minat dan buat.. isi masa lapang. ini lagi bagus, selain kebosanan tu terhapus.. salju boleh dapat hasilnya... dan lagik menguntungkan.. kalau ada kawan-kawan nak tempah.. haaaaa kan dah kira dapat outside income tu... tapi kalau kak hest nak tempah.. kira free la eak.. hahahahaha... 

           lagi satu.. salju kena cari terapi untuk diri salju... macam akak... akak minat memasak.. terapi akak memang memasak.. akan akan luahkan semua ekspresi pada structure taste masakan akak.. settle je masak... memang legaaaaa sangat... so, salju kena cari apa yang menenangkan salju.. kalau membaca.. silakan.. kalau minat menulis.. buat lah blog.. tapi minta sangat-sangat.. elakkan diri dari  TIDUR! nanti gemuk.. lagi payah... 

            haaaa... dalam kata gemuk ni kan.. ok .. akak tak tahu macam mana dengan salju.. tapi kalau salju salah seoran dari orang yang terlebih BMI ni.. akak nasihatkan.. supaya salju target untuk reduce your weight atau.. mungkin memang dah kecik.. but reshape your body.. and fitkan.. 

                berkhalwat dengan Allah janganlah dilupakan.. kerana Dia lah tempat paling sesuai untuk kita merintih segala rasa dan duka... memohon segala kekuatan hati dan minda...  mengemis keredhaan dan kebahagiaan... 

selamat mencuba...............  =)            

Thursday, February 16, 2012

motivasi pagi

"u do what you can for as long as you can, 
and when you finally can't, 
you do the next best thing.
You back up but you don't give up!"
 
best kan kata pujangga atas tu... aku baca pada status sorang dari kenalan aku... jujur,, sangat menaik kan semangat aku yang masa tu tengah down gile-gile.   YOU BACK UP BUT DONT GIVE UP! sangat la mengujakan ok.. aku bersyukur sebab aku bertemu dan di takdirkan membaca benda ni, kalau tak aku rasa... semangat aku down jerk... huhuhuhhhu.   
now, aku dalam recover .. recover from everything.. i know i can do it.. i know i have a lot energy with full power to make myself cheer up  back... aku harap sangat apa yang ada sekarang ni, tak kan berkurang.. bahkan akan bertambah.. bertambah sampai betul2 aku sampai pada titik  noktahnya... pada makam batu maryamnya... eh... itu dah masuk part lain.. hahahahahaha... 

ok guys.. hope korang pun sama.. bersemangan dan terus bersemangat dalam memperbaiki diri.. love all of u.. terima kasih memberi support dalam hidup aku... terima kasih sangat-sangat...







assalamualaikum~

klik iklan ni tak kena bayar pun