Wednesday, February 8, 2012

kenapa kita perlu mengeluh?

perbualan antara aku dengan kawan.... amat banyak membuka mata aku... tentang hakikat kehidupan... kenapa aku perlu mengeluh hari-hari duka aku terdahulu? kenapa aku merasa betapa peritnya hidup aku? kenapa perlu menyalahkan takdir atas segala perkara yng berlaku? 


tak...tak... aku tahu hakikatnya.. aku mengeluh...tapi aku bukan tak paham apa hikmahnya....tapi, apa dia kata itu ada benar... kalau aku kata perpisahan dalam percintaan itu adalah perkara yang pedih dalam hidup aku... perkara yang membuatkan aku berfikir 100 kali untuk menerima cinta lelaki kembali hanya kerana aku takut terkoyak luka lama dan bertambah luka baru....  bagai mana pula perit dan pedih serta sengsara yang dia alami ketika menempuh perceraian...perceraian yang tiada sebab utuh... kenapa perlu dia di lakukan begitu? balasan apakah yang di beri atas segala keistimewaan pada sang isteri? walau hakikat, isteri mengakui tiada kekurangan pada dia.. tapi tetap selingkuh? pedih.. perit.. tentu pedih dari apa yang aku rasa....


jadi kenapa aku perlu mengeluh atas sengsara sekecil kuman yang aku hadapi? sedangkan orang kelilingku menerima tsunami yang amat dahsyat.. mungkin aku tak sedar.. aku masih mampu ketawa... aku masih mampu rasa bahagia... dengan kalian di sisi... tapi ada yang masih merasai keperitan dan kesedihan pda setiap nafas mereka....


aku bersyukur..... thanks kawan




Wednesday, February 1, 2012

kl..alor star.. kl alor star.. kl alor star.... peraaaaaaaaaaaakkkk

 hahahahha .. hari ni kami cuti, komepm korang jeles ka sebab kami yang wilayah cuti.. ekekeke.. aku ambil cuti 2 hari  khamis dan jumaat... so tetal aku bercuti adalah 7 hari termasuk cuti maulud nabi dan thaipusam.. jadi aku decide ikut abang dan kakak ipar aku balik kedah... lama dah diorang rancang nak bawka aku ikut diorang balik kedah.. tapi biasa lah, kalau dah namanya student...semuanya tak boleh di rancang... sebab kelas kadang2 ada je.. tak pun... aktiviiti kumpulan...

so.. hari ni aku gerak ke kedah... insyaAllah balik isnin atau ahad.. tak tahu.. ikut la kata mereka-mereka.. kereana aku mengikut saja.. diorang kata nak bawa g jalan-jalan tempat yang diorang tahu aku suka.. mana?? BUNDLE laaaaaa.... hahahahaha.. syok weyh bundle... peberat peles.... wakakkakaakakka

so.. aku harap... pemergian aku ke sana bisa menaik kan kembali semangat idup aku yang makin luntur... dan moga aku bertemu dengan keazaman jitu disitu.. huhuhu..............


moga aku bergembira... amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...........



Monday, January 30, 2012

perancangan kasar masa depan

eh, ada eak perancangan kasar untuk masa depan ? hahahaha ingat  ada untung kasar untung bersih je.. ekekeke.  Hakikatnya aku dalam percaturan untuk minta transfer ke melaka.  Tapi pape pun, aku lepaskan housemate-housemate aku dulu.. untuk bertukar.. diorang dah isi form aku plak nak isi. aku harap semua berjalan lancar.

aku kena balik melaka juga, walau hakikat, aku rasa benda akan jadi macam sedikit susah.. paham-paham la, duduk dengan mak ayah banyak benda kena berpantang.. nak-nak lagi ayah aku dengan mak aku jenis orangnya amatlah sukar nak lepaskan aku keluar malam... 


hajat aku, lepas saje aku kemalaka nanti, benda pertama aku nak buat, ambil lesen motor.. sebab aku nak senang jalan-jalan dalam melaka dengan skuter je.. kenapa skuter? sopan la sikit kan, nak pakai baju kurung pun, tak lah sampai nak terselak naik motor..insyaAllah.

perkara yang buat aku nak balik melaka juga adalah. aku dapat offer untuk part time di kedai roti kawan aku.. actually dia dah macam kilang kot.. tapi staff tak ramai.. sebab member aku ni sangat cerewet dengan staff. dia kalau boleh nak yang lelaki sahaja.. kenapa? sebab dia lelaki yang tak selesa dengan pompuan.. hahaha.. tapi dengan aku dia tak kisah sebab dia kata dah biasa.. biasa? bukan rapat pun. tapi di sebabkan aku satu-satunya kawan perempuan dia, dia dah anggap aku macam lelaki jugak kot. hahahaha..

lagi satu, malam tadi dapat perancangan dari etoi, dia nak buat bisnes tapi belum ada kekuatan, sebab macam tak cukup rencah lagi la.. aku kalau part-part bisnes ni memang aku minat sangat.. dapat tolong kawan-kawan dapat lah income sikit. semua aku buat supaya aku tak leka duduk saja di melaka. walau hakikat, aku memang tak kan senang berehat walau tak de aktiviti lain, tapi aku still nak wat aktiviti tambahan.

mana taknya, aku tahu.. kalau aku pindah sana... segala tanggungjawab pasal family.. aku akan pikul separuh.. isnin hingga jumaat aku akan pergi kerja, balik kerja... malam aku kena rehat .. sabtu ahad, mesti aku kena tolong ayah aku kat warong.. lepas pegi warong tu.. kalau ada pape majlis atau aktiviti keluarga.. kompem ayah aku akan lepaskan pada aku sahaja. aku akan dipertanggungjawab bawak mak aku pergi semua kenduri dan bawak dia jalan-jalan shopping.. bukan takat mak aku.. bahkan kakak aku juga.. KOMPEM... sebab aku je tahu bawak keta.. adik aku memang duk kampung, tapi tak ley di harap.. sibuk hal diri sendiri je.. huhuhu.. kadang-kadang sedih juga bila tengok adik aku berubah jadi tak brtanggung jawab ni.. sedih sangat ok.. dulu aku bangga juga dengan dia.. skang aku macam... so..so.. jerkla... 

aku berdoa semua perancangan aku berjalan lancar.. aku berdoa supaya pelajaran aku pun berjalan lancar.. aku berdoa semuanya lancar.. aku tahu.. kembalinya aku ke melaka.. bukan kegembiraan mak ayah aku sahaja.. bahkan semua orang.. kawan-kawan aku terutamanya.. etoi, elina. uncle mohsen, aloya.. lan.. semua-semua la... huhuhu.. insyaAllah akan aku penuhi.. amin.. moga semua perancangan di permudahkan.. amin yarabbal alamin...



update : aku dah tak tahan bleeding baru je ambil ubat transamin . ubat untuk stopkan darah... moga-moga jadi lah ya..


Saturday, January 28, 2012

catitan dairi ~5~

pagi tdi bangun jam 4 pag.. konon nak wat assignment... tapi hati ni berat je.. rasa sayu je... kena eak? rasa macam sedih amat kot.. susah betul kalau tk sihat ni.. hati macam tisu... cpat sangat sedihnya... tapi nak buat macam mana ...


esok ada kelas..  terasa macam amat malas nak pegi.. tapi aku kena kuat.. tinggal 3 sem je.. sikit je lagi.. tak kan aku tak boleh tempuh.. sedangkan dah 5 sem berlalu... kuat ima.. kuat..


tpi sekarang ni asyik nak nanges jerk la.. kenapa eak.. even dengar lagu kat blog ni pun aku macam sedih... haih.. macam nak minta transfer balik melaka.. tapi hati aku tawar ... see.. baru cakap dah nanges.. adoiyai...

layan lah picca aku ni... malas nak taip...




muka orang sakit.. terima jerkla ya... ekekekekeke

klik iklan ni tak kena bayar pun