Wednesday, October 5, 2011

kasih sayang yang tiada bandingan... AYAH dan IBU




semalam hari jadi ayah yang ke -58 .. tersentak seketika.. masa aku hadiri perhimpunan pagi... 4hb??? eh hari ni hari jadi ayah laaaa... tapi kesian ayah... tahun ni tak de kejutan untuk dia macam tahun lepas... ^_^ its ok... sebab kejutan ayah... ima tunda sampai bulan 12... kejutan buat mak pun ima tunda sampai 27hb disember nanti...  ^_^ tak sabar nak tunjuk kan sesuatu yang besaaaaar... besaaaaaaaaarrrr punyaaaaaaaaaaa... ekekeke..

pape pun aku send sms je pada ayah aku semalam... 

" Selamat hari lahir yang ke-58 ayah... 
moga diberikan kesihatan dan keberkatan dari Allah..
ima sayang ayah sangat-sangat...."

cuba korang baca yang last sekali tu... "IMA SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT" ok... masa nak taip ni macam segan... tapi aku pikir.. kenapa nak segan... memang tak pernah nak ucap secara nyata dengan mak atau ayah... yang aku sayang diorang.. biar aku luah dari sms ni... sebagai pengganti suara aku yang seringkali tersangkut di tekak tat kala nak ucapkan pada diorang... pada mak aku ok jerk.... dengan ayah ni.. yelah.. sebab dulu ayah garaaaaaang sangat.. takut dengan ayah... benci dengan ayah... sebab ayah kalau rotan kadang-kadang bukan takat lebam.. sampai terkoyak kulit berdarah-darah... tali pinggang rotan besar..halus.. kayu beroti.. getah paip semua dah pernah hinggap kat badan.. dinding kat rumah tu kalau boleh berlekuk..banyak dah lekuk kat dinding tu agaknya sebab ayah hantuk kan kepala aku kat dinding... OOPPSSSS..INI BUKAN SESI PENDERAAN OK.... DIULANG DAN DITEGASKAN..! BUKAN SESI PENDERAAN..!!!! 

ini semua adalah gara-gara aku yang teramat dan terlalu degil.. serta suka ambil tindakan sendiri... kadang-kadang.. tak bagi tahu ayah aku, sampai ayah aku risau teramat sangat... hati mak ayah mana yang tak risau.. degil mana anak pun.. ia tetap seorang anak...kasih sayang tak pernah pudar.. walau seringkali tengking herdik yang di beri pada anak... tapi aku tahu dan sedar.. ianya berpunca aku yang buat perangai dulu... so terimalah padahnya... orang yang buat salah... tidak akan sama sekali menyalahkan hukuman yang diterima.. kerana mengatahui... hakikatnya memang diri sendiri yang bersalah...

kalau ayah tak buat aku macam tu... aku rasa.. aku sekarang amatlah menjadi orang yang tidak berguna..dan sama sekali tidak beradab.. serius.. TIDAK BERADAB..!!!!.. sebab tu.. aku dengan anak-anak murid aku dulu... amat tegas dan garang bila masuk bab adab... hal belajar.. aku memang santai.. tapi sesantai aku.. adab antara murid dan guru.. WAJIB diutamakan... sekarang.. antara aku dengan anak-anak buah yang tersayang dan saaaangatlah comel berdua tu... kadang-kadang aku macam garang juga walau diorang kecik bebenau tak paham pape.. wkakakakaka.. cuma takut mak ayah diorang jerk kecik hati.... jangan marah ea.. korang.... anak korang tetap no.1 dalam hati ima... except.. i dah kawen besok.. and ada anak sendiri.. otometik akan turun takhta ya mereka..mereka itew... hahahaha.. entah bila tahun la ada anak sendiri.. huhu..

walau apa pun terjadi... aku sayang dengan keluarga besar aku... terutama mak dengan ayah.. aku akan cuba bahagiakan mereka.. selagi aku mampu... amin... insyaAllah.....


Monday, October 3, 2011

alkisah riwayat bawang merah & bawang puteh



tersebutlah alkisah.. hikayat lama yang tidak berkisah.. yang tidak berkata.. yang tidak berlagu... kisah yang mana.. sepasang karib di namakan bawang merah dan bawang puteh.. rentetan kisah yang tiada mulanya.. rentetan kias yang tiada riaknya... tiba-tiba ia meletup bagai gunung berapi mengeluarkan laharnya... menghembur segala panas dengan tidak menunjukkan amaran pada permulaan... entah apa yang mengusik.. entah apa yang mencuit.. dentuman padu tiba-tiba bergema.. meletus menggegarkan maya dan minda...

bagai pokok yang dedaunnya dicoret semua nama di arasy sana... pabila si polan yang pergi mengadap illahi.. daunnya akan gugur maka berdesinglah telinga sipolan-sipolan yang bergesel daun nama nya dengan daun nama sipolan yang pergi itu ketika gugur jatuh ke tanah...seperti itu jugalah.. berdesing hati si bawang merah dan bawang puteh.. bila minda mereka.. tidak sama tuju..berentak irama zapin yang tunggang langgang...

kekecewaaan si bawang puteh kepada si bawang merah.. bagai lahar sebentar tadi,, meletup tanpa tahu punca... didalam hati si bawang puteh terbit rasa benci dengan keadaan dan keberadaan diri si bawang merah yang bagaikan musafir asing melalui kampung hati si bawang puteh...  mengapa bagai kacang lupa kan kulit gayanya si bawang merah? kenapa bagai nelayan yang terlupa dayung nya si bawang merah? kenapa bagai  burung yang keliru sama ada iti makanan atau tahinya? kenapa?? kenapa???

gerak tari si bawang merah buat hati si bawang puteh pedih... sedih.. luluh dan punah... apa kau sudah bisu si bawang merah? apa kau sudah mati hatinya si bawang merah? apa salah ku sehingga kau sanggup menjerit ishtihar untuk aku pergi mati??? diam kau bikin aku pilu.. diam kau bikin aku bingung.. diam kau bikin aku tak keruan ..diam kau bikin aku sakit lara...apa salah aku??? apa salah aku??? apa salah aku??? diam kau tidak akan bermakna apa.. kerna aku tidak bijak menafsir gerak tubuhmu yang tanpa bicara... adakah aku hina di mata mu bawang merah??? adakah aku terlalu tidak layak di sisimu lagi bawang merah?? lama kau mendiam diri.. sapa ku kau balas bagai aku muhajirin yang singgah hanya seketika di kamarmu..?? apa salah ku??? 

bawang merah bagai disentap... letusan gunung berapi yang mengeluarkan lahar tanpa amaran awal bagai membakar semua warna-warna pelangi yang baru saja di palitkan di dalam kalbunya... punah.. gelap... bawang merah berjalan perlahan mengelilingi gunung berapi yang menggila itu tanpa beralih sedikit pun pandangannya dari sana... apa salah ku si gunung berapi... apa salah ku? kenapa kau musnahkan semua warna-warna ku?? kau tiada salah dengan ku si bawang puteh.. sedikit pun tidak.. tapi kena perlu kau memuja si gunung berapi untuk memusnahkan aku? untuk menunjuk betapa kau kecewa dengan gerak tari ku??

benar si bawang puteh.. aku mengistiharkan itu... tapi kerana apa? kerana bumi kalbuku bergegar dengan tindakan gunung berapimu... mengeluarkan lahar tatkala aku mahu membawa bunga mengunjungi mu di sore hari... kenapa perlu itu?? alasanmu aku diam seribu bahasa,, di sapa tapi membalas bagai kau muhajirin yang singgah lalu, bawang puteh?? lupakah kau bawang puteh.. sebelum purnamanya ramadhan datang singgah sehari sebelumnya itu.. kau dan aku sama-sama bermain di kolam keli di temani kekandamu... adakah kau lupa? adakah waktu itu juga aku bagaikan orang asing di mata kamu??

adakah muntahan lahar mu ini disebab kan hati kau sedang runsing dengan perkara lain bawang puteh?? seperti kisah-kisah hikayat yang terjadi sebelum ini?  kerna aku tahu diriku amat kau mengerti.. walau kau berulang kali katakan kau amat susah untuk menafsir gerak tari ku.. tapi ku tahu.. kau tipu.. kerana kau sangat mengerti... diam ku.... hanya kala kita tidak  bertemu.. hanya kala kita tidak beradu suara bersama... diamku tak kan berlaku.. kira aku nyata di mata dan telinga mu... benar bukan? kau tahu itu bukan bawang puteh? kau mengerti itu bukan bawang puteh?? 

tapi ia... kadang kala kita sama-sama lupa... bila pelangi gelak tawa ada di keliling kita.. baik kau atau aku.. kadang kala lupa persaudaraan si bawang merah bawang puteh... kadang kala lupa tawanya si bawnag merah dan bawang puteh.. tapi.. bila mendung jahat memusnahkan pelagi gelak tawa kita.. masa itulah si  bawang merah dan bawang puteh cuba mencari satu sama lain... tat kala itulah bawang merah dan bawang puteh teringat keturunan bawangnya...

ikhlas dari hati aku bawang puteh... tiada seinci marahku pada mu.. tiada sekelumit benciku pada mu... sehingga terjadinya muntahan lahar kau pada taman bunga yang mahu kutitip padamu sore itu... di syawal yang menggantikan ramadhan itu... laharmu telah membuatkan taman bungaku mati.. kaku... walau ku tahu.. laharmu itu adalah baja terbaik untuk bungaku kembali kembang segar... 

aku tiada apa si bawang puteh... bergembiralah dengan syurga di hadapan matamu itu... kerana itu syurga hakiki mu... 




Saturday, October 1, 2011

suku kisah diri aku (merapu meraban dikala minggu pekse menjelang)



PERGI KO MAMPUS..! itu perkataan yang di salah tafsir sekarang.... ya... susah nak faham diri aku... aku tahu ..aku mengerti sangat-sangat... dan word yang aku guna itu sangat kasar.. ya... KASAR..! tp aku tujukan pada orang yang tak paham aku yang perlu untuk mengutamakan keluarga. ya... yang TAK PAHAM..! adakah anda tidak memahami keberadaan saya??? mungkin ya.. mungkin tidak...nda shja yang mengerti..

setiap orang bagi aku dalah sama... bila ada masalah.. masing-masing akan membuat perangai pelik..ya, termasuk aku.. kau..kau.. dan engkau... sama... macam aku... aku memang akan penjadi seorang pendiam secara tiba-tiba.. melainkan anda bercakap face to face dgn saya.. ya itu adalah saya.. diam seribu bahasa... itu adalah lebih mudah untuk saya berfikir pelan tindakan secara lebih terperinci... setiap waktu... mungkin itu pendapat terbaik aku.. huhuhu. tapi hakikat tiada siapa paham diri aku.. bila aku marah..  bila aku happy..bila aku mahu bersendirian..cara aku menyelesaikan masalah.. apa aku laku kan untuk menjadikan diri aku yang terbaik.. eh dah melalut lagi....yang pasti memang tak kan ada orang paham melainkan bapak aku yang kadang kala sangat sakarstik itu..

aku??? memang macam ni... nak kecik hati...? aku tak de hak nak haramkan rasa kecik hati tu...tp itu aku... manusia sentiasa akan berubah.. perubahan tu samaada di sengajakan atau tidak disengajakan.. macam aku.. dulu aku reply mesej memang panjang berjela..tapi sekarang.. aku lagi selesa.. kalau jawapannya tidak.. kan ku beri "tak" bukan seperti dulu... "tak lah awak... saya tak pasti " ..ouh itu dulu zaman saya budak baru belajar.. tapi sekarang... hanya intipati wajib saja akan di send... bukan setakat pada kawan-kawan.. bahkan pda ahli keluarga saya juga... tak percaya?? minta telefon genggam mereka dan please sportcheck!...melainkan ada, memng tidak memahami ringkasan word.. seperti emak dan ayah saya...masih lagi tak paham saya kan???

manusia yang selalu terasa hati dengan sms saya... adalah elina a.k.a Mrs. Ravi ... dan azlia syaiza... setiap mesej aku reply, ku tahu mereka dalam hati akan kata.. "kenapa dengan kak mim@ kak ima ni... marah kat aku ke? tak suka aku ke?" kan? kan? kan? ... tapi bila mereka mula menelefon dan bercakap dengan aku pada waktu yang sama mesej itu di reply.. intonasi aku sertemerta berbeza dari mesej yang baru sahaja mereka terima... betul kan? sebab itu aku... adalah aku... SMS. Short Message System.. so.. aku mengikut arahan.. short sahaja yang aku taip.. hahahahahaha

apa la ko ni makcik... kejap saya.. kejap aku... memang mabuk la ko... ya... memang aku tengah mabok... bosan lah weyh... niat aku tulis kat sini sebenarnya nak terangkan siapa diri aku.. apa peel aku.. tapi tetiba ku rasa maca... abaikan saja... biarlah manusia lain pikir aku bukan manusia baik... asal aku tahu aku dapat bahagiakan mak ayah aku... huhuhu









Wednesday, September 28, 2011

i ♥ MEDIC books...



tempat kerja baru.. memang tak relate langsung dengan kepakaran dan kemahiran serta pengalaman sebelum ini... itu lebih baik bukan...? keluar dari ZON selesa... mencari sesuatu yang baru dan mengalami dan mempelajari sesuatu yang baru.. bergaul dengan orang baru... suasana baru serta jenis kes yang baru....

kat sini, aku di pertanggungjawabkan sepenuhnya untuk membina serta mewujudkan sebuah library sepenuhnya idea aku dan dekorasi aku... perrghh.. biar betik... memang hakikat lain bebeno.. jauh bezanya tempat lama.. kat sini aku tak di desak orang dan waktu serta perjanjian untuk melengkapkan semua permintaan... (waaahh ayat pun skema siot)

mula-mula masuk bilik ni.. memang aku serabut.. semua jenis buku di susun bercampur aduk... book shelf tak tersusun elok ... bersepah...sekarang ini, ini bilik aku... datang aku, terus ke bilik ini.. balik aku, pun dari bilik ini... aku rangka plan perlahan-lahan... dan susun perlahan-lahan..  aku punggah semuanya.. aku klasifikasikan semuanya... huuuuhh...~ penat... tapi aku  bahagia.. kerana aku akan mula dengan langkah aku... aku akan buat sistem untuk gudang ilmu ini...

setiap belekkan dan sentuhan... mata ku memangdang tiap bijii huruf.. bibir ku bergerak membaca tiap bait suku kata.. apa itu entomological ? lymphatic filariasis ? POP's ? ILPS ? one-off ? WHO ? anatomi ? fisiology ? parasitology ?ya,,ya,, mungkin separuh dari anda mengetahui.. tapi tidak aku... 

tangan aku memegang kejap satu buku... 'ASAS PERTOLONGAN CEMAS, PRINSIP DAN AMALAN" ya.. ini yang selama ini aku terfikir.. selama ini aku pernah saja tercetus di benak...  apa patut aku laku kan sekiranya di depan aku orang sesak nafas secara tiba-tiba ? atau kemalangan  dan mengalami pendarahan? mengalami patah tulang ? terputus anggota badan ? lemas ? aku tak tahu apa-apa? secara betul untuk merawat mereka-mereka yang didalam kecemasan...

jadi.. aku ambil buku itu... aku letak di atas meja besar ku... ini aku pinjam dulu.. akan ku baca untuk menambah ilmu... sekira terjadi sesuatu di luarjangkaan di depan mata ku.. sekurang-kurang nya... ada manusia yang boleh kubantu.. amin...


aku jatuh cinta sama buku MEDIC..!!

klik iklan ni tak kena bayar pun