Wednesday, September 14, 2011

keihlasan membaawa rezki

rezeki tu ada di mana-mana.. bila.. dan bagai mana dia datang memang tak di jangka... betul kata pepatah tu... 
' kalau dah rezeki.. tak kan kemana..'
aku syukur sangat... lama juga dah tutup kedai.. tak terlarat nak tanggung badan... dan tak larat nak tanggung dengki khianat orang... buat aku tutup kedai... dan setakat menerima tempahan kawan-kawan atauu meeting atau majlis-majlis kecil je di kalangan kawan-kawan ofis atau dari unit lain searas tu..  nak pikir untuk lain tak pun.. melainkan ada yang minta untuk masak kan lauk-lauk ringkas... 

tapi alhamdulillah... isnin lepas, ada seorang teman kelab kereta yang mendapat tender untuk menghidang di sekitar mensyuarat-mesyuarat ringkas tau majlis-majlis persendirian ... aku pun tak lah tanya sangat dia ni dikira tender ke atau sekadar nak membantu ofis dia... yang aku tahu.. dia call aku pada hari jumaat untuk tempah nasi lemak ayam berempah.. aku on jerkla.. memandangkan waktu ini aku tak de pape program..

tak banyak.. hanya untuk hidangan 27 orang.. tugas aku ringkas.. hanya memasak menu.. masuk dalam bekas besar dan dia datang ambil dirumah aku, untuk dia wrapping.. senangkan?xseperti biasa.. aku mana lah tahu nak letak genap-genap.. aku memang dah biasa untuk lebihkan order tu.. mana lah tahu kalau ada sesuatu yang tak elok ke, nask tumpah sebekas ke.. apa ke kan.... at least ada yang membackup..

harga aku tak letak.. sebab aku nak tahu.. ok ke tak.. cukup ke tak.. kalau puas hati baru harga aku letak... petang tu aku dapat mesej..
' ima.. nasik lemak tiptop... berapa harga? rabu nii abang nak tempah meehoon telur mata 30pack ya.. '
terpana aku seketika... aku  mencadangkan harga nasik lemak... dia mempersetujui.. bahkan nak menambah sedikit.. tapi aku menolak.. sebab ayam yang aku sediakan bagi aku sedikit kecil.. aku tak puas hati tentang itu... jadi aku harap sekadar harga yang ada.. dan yang aku pasti.. harga itu adalah harga yang sedikit mahal dari aku jual sendiri di ofis pada kawan-kawan... syukur rezki aku.. 

semalam ketika aku jumpa untuk mengambil bekas-bekas mengisi bihun untuk pagi.. dia bagai memberi isyarat.. dia memang akan subkan masakan pada aku... selagi aku mampu dan tahu nak buat masakan tu... yaAllah.. syukur... betul kata ayah...
' kalau kita buat kerja ikhlas.. makanan tu akan jadi sedap dengan keikhlasan kita..'
terima kasih ayah dan emak.. atas segala nasihat yang diberi ketika aku mula menceburi bidang masakan ni... benda yang mereka sendiri tak sangka aku berani buat.. kerana selama ini diorang tak tahu aku tahu memasak banyak benda .. ekekekeke... semua atas ajaran mak ayah juga... ima cuma tambah dan gali sendiri selebihnya... hari selasa aku masak kan kuah longtong untuk majlis hari raya ofis aku.. :).. ni jam 4.30 pagi aku selesai memasak jam4 untuk bihun :) so aku nak tido.. sebab badan aku betul2 letih 

terima kasih tuhan.. terima kasih mak dan ayah.. terima kasih semua... =)



Tuesday, September 13, 2011

JUJUR ! susah sangat ke??

aku ni susah sangat ke nak dekati? aku rasa aku friendly jerk... tapi asal ada yang terpaksa nak guna taktik menipu untuk kawan dengan aku eak?  . aku pernah ke reject orang untuk berkawan dengan aku tak tentu pasal eak?? hurm..rasa macam takde.. dan tak pernah.. melainkan memanglah yang nak berkawan tu niat tak baik... yang memang gatal.. yang memang jenis nak perguna kita... itu jerk la.. yg ok, tak pernah pun... tp kenapalah sampai nak menipu bagai.....

kalau menipu ... sah-sah lah aku tak kawan dah.. buat apa kawan dengan jalinan terlandaskan penipuan, kan? mungkin dia tak sangka sampai aku akan check semua cerita dan maklumat sampai ke JPN demi aku nak tahu siapakah dia si manusia yang tiba-tiba muncul dan tahu selok kampung  aku dan putrajaya... pelik bebenor kampung bukit rambai dikenali orang... dan pelik bebeno sampai dia berani mengaku anak pada salah seorang tokey kedai yang ada di sana... pergh.. dia ingat aku duk putrajaya aku tak de kaki lah nak pi siasat?? apaaaraaa.... 

dah terkantoi 1, 1 ... boleh plak nak mengaku orang sepang... hellloooooo..... tak payah nak buat cerita karut..! orang asal sepang sekali pun.. mustahil giller kau boleh tahu kampung BUKIT RAMBAI tau! ... melainkan kau orang melaka dan duduk berdekatan dengan bukit rambai! .. HUH..! sakit hati rasa..

sangat-sangat kecewa.. sangat-sangat sedih..sangat-sangat rasa kecil hati... kenapalah ada orang yang sanggup nak buat macam tu pada aku... sedih giller kot.. jenis aku, kalau kau datang ikhlas befrkawan... aku tak suka menipu... aku tak kan menipu... buat apa menipu... aku bukan manusia yang bagus-bagus.. atau manusia yang high profile sampai  nak sorok segala..tak.. honest.. senang.. apa aku tak suka aku cakap.. biar aku dengan cara aku... tak payah nak menipu... walau kau seteruk manusia sekali pun.. tapi kau datang pada aku dengan keikhlasan bersahabat.. aku tetap akan sambut...

susah sangat ke nak JUJUR wahai manusia??? EEEEEEERRRGGGHHHH.... tension la ! bukan pun aku kata nak berkawan dengan aku mesti bagi 10 tahil emas pun!.. BODOH..!





Wednesday, September 7, 2011

giller ke apa nih???



eeehhh... aku kompius.. ada 2 cerita bengang dan bangang yang aku nak citer.. tapi tak pe.. baik cite yang pertama nye dulu...yang akan basi kalau aku tak cerita.. miaahahahahaha...

korang tahukan.. ritu aku dah bagi tahu kan... aku dapat tukar department??? haaa.. nak dijadikan kisah.. hari jumaat before raya.. dapat call dari unit sumber bahawasanya department baru aku tu tak nak staff perempuan.. so, diorang open offer nak batalkan pertukaran atau new department yang aku kena bagi tahu dengan kadar segera..so.. cari punya cari.. call punya call... aku ambil keputusan untuk ke Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu.. aku jumpa terus CC yang berkenaan dan informkan pemilihan tempat.. dan dia berkata. memo baru akan di keluarkan dan akan di serahkan pada aku selepas raya .. ok fine.. aku terima sebab memang dah nak raya .. tak de manfaat langsung sebab minggu depan tu tak ada sesiapa pun kat opis.. aku paham.. aku terima kata dia.

tapi seminggu selepas raya.. aku tunggu memo tak de.. aik.. apa jadik nih.. aku call unit berkenaan.. apa???! CC tu cuti raya lagik?? adess.... cenggano ni.. n then.. hari ni aku dapat call..

kerani : cik rahimah ke?
aku : ya saya bercakap
kerani : puan, berkaitan pertukaran tu.. kami tarik balik kelulusan
dan kalau puan nak bertukar puan kena isi borang baru..
aku :  what??? macam mana plak boleh jadi macam ni?? saya nak bertukar
kerani : minta maaf puan.. puan memang di kekal kandi tempat sekarang..ni atas arahan..
aku : siapa keluarkan arahan?
kerani : SUB kami puan..
aku : tak pe.. nanti saya pergi sendiri jumpa

letak jerk telefon... WOI.. MASIN MULUT KORANG...!! aku terjerit sikit... sikit jerk... pada kawan-kawan yang ada... sambil... haaaaaaaaa..... sambil air mata aku berguguran... korang percaya tak aku menangis??? aku menangis tau... menangis...! hahahahahaha..

tapi yang aku pelik.. aiir mata aku berguguran laju... tapi hati aku sikit riak pun tak de.. sedih pun tak.. kecewa pun tak.. sayu pun tak.. marah pun tak.. eh aku ni... sihat ke tak sihat???  lantak ar.. siap ada plak opismate bawak tisu sekotak tengok airmata ku berjurai.. naktergelak pun ada... tapi ntah.. tak de perasaan.. hakhakhak... so dengan pandangan desakan dan sokongan kawan-kawan yang ada kat keliling aku turun bawah.. terus jumpa dengan bos yang keluarkan arahan perintah kekal...

ouh... rupanya mengikut cerita 2 pihak.. semuanya salah informasi.. kalau nak ikut cerita.. CC tu salah segalanya.. tapi tak bolehla nak kata apa kan.... waktu sekarang CC tu tak de.. boleh la letak semua kesilapan atas CC tu... cer CC tu ada depan mata....??? kompem cerita lain yang timbul... alaaaa cerita orang HR .. i pun HR HQ.. lagi tahu dan paham sesi menyelamat diri dan penyelindungan ni.... huh!

and the end.... pegawai berkenaan berkata " ok lah.. kalau macam tu.. kami akan buat memo baru, awak akan lapor diri minggu depan.. budak baru akan kami panggil balik dan pergi ketempat kamu dalam hari ini.. dan saya minta awak training dia dulu kalau boleh "

YES..YES..YES.. dapat balik.. YAAAAAAAAAHOOOOOOOOOO..... nasib.. kalau tak kompem wa terus pegi ke BPA .. biar sesekali rasa.. hakhakhak


Tuesday, September 6, 2011

gempa bumi di sumatera utara


tukar lagi.. tukar lagi... tukar lagi.. hahahahahaha.... alaaa jangan le marah.... aku saje je nak melihat pemandangan yang perlbagai,... kadang kala aku suka cerah bagai.. kadang kala aku suka gelap gelita.. eh serba tak kena lah mata ni... apa yang nikmat sangat untuk dia pun aku tak tahu... hakakhakhakhak... 

kisahnye malam tadi.. masa aku tengah melayan debat ilmu makrifat dan ubudiat oleh seorang chatters... tetiba aku rasa macam pandangan aku bergoyang.. macam badan terhuyu hayang.. 3-4 kali jugak.. aku ingat badan aku yang tak tentu arah.. sebab dah jam kul 2 pagi masih tak tido.. pastu kena perah otak dan tahan pemikiran dari tersalah tafsir kupasan makrifat chatter yang dari mana membidas apa aku kata...

aku terpikir juga mungkin gegaran kesan gempa.. tapi tak tahu mana nak cari sumber maklumat masa tu.. memang terpikir tunggu pagi esok supaya aku dapat buka berita yang ada... dan hari ni..betul.. gegaran di Sumatera Utara, Indonesia pada jam 1.55 pagi bermagnitud 6.7 .. memang beberapa negeri di memenanjung merasai gegaran tersebut... tapi yang pasti tak seteruk mereka disana merasai.. kesian mereka.. :(

moga mereka di sana tiada mengalami sebarang kecederaan teruk.. amin... 


klik iklan ni tak kena bayar pun