Friday, July 11, 2014

Jiwa kosong.. Kosong

Aku sekarang rasa lagi teruk la. Tiap apa aku buat semua aku rasa tak kena. Yang aku tahu.memang aku rasa jiwa aku kosong. Lagi teruk dari zaman aku rasa, tak rasa pape dulu. Banya bemda aku nak cerita, banyak benda aku nk luah dalam ni. Tapi semuanya terbantut. Mood tak de, nak intro pun tak tahu. Entah ar. Kesilapan demi kesilapan aku buat. Kesannya, aku rasa sangat pedih dan terasa sangat miskin. Miskin dalam semua segi. Terutama diri. Kadang-kadang aku nk bercerita panjang, tapi aku takut orang kata meluat, atau nak cari simpati. Takut terlebih kata, maruah sendiri terjaja. Tapi hakikat aku tak tahu nk sentiasa cerita dengan rsiapa. Ada.. Memang ada teman yang tak pernah jemu setia menghulur telinga dan kata nasihat yang Berbuih juga diorang mengulang tapi tu la aku bagai penukul dan pahat. Tanpa penukul aku tak bergerak.

Haih.. Aku rindu aku yang dulu. Rindu aku yang dulu. Paling bangsat aku yang kosong tanpa apa rasa. Itu lebih baik dari aku yang sekarang yang penuh rasa luka dan perit atas kesilapan sendiri.



Adios @-}--

Sunday, June 29, 2014

Selamat berpuasa

Salam ramadhan menjengah dunia,
Segala baraqah menyelimuti tanah,
Nyaman dalam kepanasan,
Nikmat dalam keperitan dahaga,
Ramadhan itu indah,
Penuh kerinduan walau tanpa jasadnya,
Tapi aku..
Manusia yang kian lupa debar rindunya ramadhan,
Kerana terlindung nikmat si syaitan,
Penyesalan keinsafan,
Taubat dan kesedaran,
Kadangkala kelam tenggelam walau banyak kali cuba dijulang dan dipertahankan..

Kali ini ramadhan,
Tidak akan aku lepaskan walau 1 malam tanpa keizinan,
Terutama malam 10 keramat..
Akan aku terus bersujud mohon ke ampunan.

InsyaAllah..

SALAM RAMADHAN

Monday, June 23, 2014

Hasbunallahuwanikmalwakil....

5-6 hari sudah aku rasa sangat down, emosi aku tak keruan, aku rasa sangat tak bermaya. Aku sangat terganggu. Mesti korang cakap "bawa-bawa solat" atau mungkin ada yang kata "bawa diri
baca quran" bukan aku tak nak buat benda tu semua, tapi aku ABC.. So korang lagi paham kot kenapa emosi aku lebih meroyannya... maklum le perempuan ni kalau time bulan mengambang, memang peel memelik.

Ok done..

Nak dijadikan kisah, aku memang tak keruan sangat-sangat. Kebiasaannya aku zikirkan hasbirabbi...sebab itu zikir penenang jiwa.. tapi pagi tadi masih tak berkurang risaunya. Tiba-tiba mulut aku berzikir "hasbunallahu wani'mal wakil ni'mal maula wa ni'man nasir" .... berulang kali..perlahan-lahan hati aku beransur reda..tak bergolak, kuteruskan zikir dibibir dan hati..secara jujur aku tak tahu makna zikir tu dan selalunya zikir tu digunakan dalam situasi apa. Sampai je ofis aku terus google.. subhanallah..Allah maha besar... maknanya sungguh indah.. sejak darri tu mulut dan hati sentiasa terpacul bila sesuatu yang tak best terbit.



Adios

Thursday, May 15, 2014

Aku...

Hai guys....
Lemau je.....
Cer happy sikit..
Cuba tiru macam gwa ni.. senyum je selalu . Ada masalah senyum..sakit hati senyum penat senyum.. sedih senyum..kecewa senyum..sampai orang kata gwa baru menginjak 23 tahun walau hakikat dah masuk third series ok... haaa kelas tk kelas le kan gwa.?

Actually tak la happy sangat gwa skang ni. Nak dijadikan cerita tadi ada plak yang tanya aku" dah 30 kenapa a tak kawen lagi" terkedu gak la masa dapat soalan ni. Apa dia igt aku sesuka ke tak nak kawen? Ni lah masalah orang keliling kita ni, kadang-kadang terlebih caring.hhuhu penat acik nak! Tapi cool je jawab..

" Allah belum kata masa saya untuk kawen"
" u tak cari.. kalau tak cari mana nak dapat"
" tapi u kalau ada perempuan pun, kalau Allah kata belum masa u kawen.. u tetap tak kawen.. itu yang kadang-kadang ada kawan sampai 10 tahun. Kenapa mau kawan lama-lama kalau sudah suka terus kawen la kan? Tapi Allah kata belum masa untuk u kawen sebab itu u tak kawen  "

Teruslah orang tu diam..

Bila kenang balik yang sebenarnya, aku rancang nak kawen masa umur aku awal 20an dalam 20-23..aku ada gak la desak pakwe aku masa tu at least bertunang. Tapi dia tak nak sebab masa tu dia belajar lagi. Aku pun taklah salahkan dia.. itulah namanya jodoh..itulah namanya qada' dan qadar. Kitahanya mampu merancang Allah yang menentukn. Akhirnya.. dia pun dah berkahwin dah masuk 2 ke 3 tahun kot. Aku yang belum sampai jodoh.

Hari tu..masa kat tempat kerja part time masa aku serve sorang mak cik dengan anak perempuan dan cucu dia... budak perempun tu tegur aku.. betul ke aku orang melaka? Duduk rumah awam bukit rambai lahir tahun 84? Aku. Pun terkedu gak. Siapalah pulak yang  tahu pasal aku ni?.. oo rupanya dia kawan aku masa sekolah rendah aku dah perasan muka dia.. tapi tak ingat nama dan lagi dahsyat aku tak tanya pun nama dia.hehhhe. tadi aku pun ada serve sorang lagi kawan sekolah rendah, hurm semua dah beranak pinak eak...

Kadang kAla aku terasa seperti aku berjalan kaki disebatang jalan yang penuh kereta berlalu lalang.. aku seronok. Walau aku  berjalan kaki...tapi aku boleh cepat sampai kedestinasi mengikut kemampuan dan kecekapan aku.  Tapi kadang kala aku penat berjalan sendiri aku cuba menahan kereta-kereta yang ada, dengan niat ingin menumpang., tapi bukan menumpang kosong..orang berbudi kita berbahasa... tapi malang nya tiada sapa pun yang sudi menumpangkan aku.. bila penat berharap, aku bertekad sendiri berbekalkan senyuman yang tak lekang dibibir.. bosan. Ya .. sendirian itu membosankan. Aku melihat kenderaan yang berlalu ditepi aku..aku mengukir senyuman dan sikit kata sapa. Mereka hanya mengangkat tangan tiada siapa yang sudi berbual atau menyanyi bersama aku seusai berjalan searah tapi sendiri.... kenapa?

klik iklan ni tak kena bayar pun