Tuesday, July 30, 2013

Puisi : mengejar pelangi

Berlari mengejar kaki pelangi..
Walau luka tidak dihiraukan..
Tetap senyum memandang pelangi..
Walau tampak dekat tapi pelangi jauh secara realiti..
Berlari terus berlari..
Walau kehausan tetap berlari..
Sanggup kaki luka melangkah duri..
Demi pelangi ku terus berlari..

Hayunan langkah makin perlahan..
Dada berombak bagai taufan..
Lelah mengejar..
Badan rebah..
Kaki longlai berkerat patah..
Senyum makin hambar..

Kala ini jangan pelangi mampir ke hadapan..
Menunjuk diri hanya sehasta genggaman..
Kerana..
Tika detik itu aku hanya mampu memandang..
Bersama senyuman pudar..
Badan ku terdampar..
Bersama mata sayu..
Badan luka berdarah..
hati yang sudah kejauhan..
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun