Monday, July 1, 2013

Cerpen : 150 juta kali (5)

"Hari ni ramai betul customer" tegur reza kepada haiqal..
"Untung lu la bro..masyuuuuk" haiqal ketawa.. Reza hanya senyum sambil tangan ligat menulis sedikit laporan kewangan.

"Haiqal..I nak balik.. U lama lagi ke?" Haidal berpaling, telinganya sudah merah.
"I pun dah nak balik juga ni, tunggu reza je siapkan report" haiqal tersenyum, hatinya berombak.
"Kalau macam tu, apa kata u teman I minum? Boleh?"
"Minum? Er..."
Reza tersenyum "boleh je dhia, I pun nak join, haus pula tekak ni.."
Dhia tersenyum hambar..

"Guys.. Balik dulu.. Tata..."
"Hey hud!!" Reza menjerit.
"Yaw! Wassup bro"
"Jom minum?"
"I nak balik la reza" huda memberi alasan.
"Ala.. Kejap jela" paksa reza..
Haiqal memandang.." Common hud.. Dhia pun ada.." Suara haiqal merayu
Dhia berpaling kearah lain dan membuntangkan mata..
Huda diam.. Dia pandang saemua, kepalanya di garu, jam didinding berdetik direnung.
"Ok.. Tapi kejap je la ye, nak balik.."
"Seeeet... Tolong aku tutup api haiqal.." Reza segera dengan pantas menyusun segala alatan tulis di atas meja.

dhia membuat muka tak puas hati, hajat di hati nak minum berdua dengan haiqal.. Bukannya dapat.. Dah tu bukan bertiga, malah jadi berempat, sakit betul hati dia.

Di kedai minum, mereka saling duduk bertentangan, huda di hadapan reza, dhia di hadapan haiqal. Dhia tidak melepaskan peluang untuk melihat wajah haiqal sepuas-puasnya. Haiqal perasan itu, dia terasa sangat kekok, membuat dia rasa terkongkong. Telinga terus memerah. Suasana kedai mamak yang bingit membuatkan suasana yang tiada sebutir kata dari empat mulut tetap tidak sunyi. Semua sibuk menilik telifon genggam.

"Hud anak nombor berapa?" Haiqal memecah sunyi. Matanya tajam memandang huda..
"Yelah hud, aku pun tak pernah tanya.." Balas reza. Huda hanya senyum.
"Nombor 3 dari 4 adik beradik"
Semua mengangguk-anggukkan kepala. Dhia membetulkan duduk, dilembutkan badan melentur sambil memandang haiqal. Dia tahu tiba giliran dia pula di soal. Dengan senyum tipis dan menggoda..
" So.. U duduk mana sebenarnya.. Hud?" Haiqal menyambung..

"WHAT ??!! WHAT ??!! Masih lagi soalan untuk hyd??? Hey... Aku yang ajak kau keluar minum la..!!!!" Jerit dhia dalam hati.. Dia terus bersandar tegak kembali di kerusinya. Tanya di silang ke badan. Muka berpaling ketepi. Malas sungguh dia nak mendengar butir lanjut perbualan tu.

"Ini dia.. Tehyo yais, mieylo yais,
Eyais limau.. Dengan kopi panas" kata bangla yang menghantar sambil semua minuman di letak kan di atas meja.

Mereka mengambil sendiri air masing-masing. Perbualan tidak serancak meja-meja lain yang ada disekeliling mereka. Lebih banyak diam. Hanya sekali sekala sahaja mendengar reza melontarkan soalan-soalan. Dhia monyok, masam mencuka..

"Ok guys.. I nak minta diri dulu. I dah cakapkan I tak boleh lama.." Huda bangun seraya mengambil begnya.
"Its ok huda, aku pun nak balik ni" sahut reza seraya bangun di ikuti haikal dan dhia.

"Sape bayar ni?" Tanya huda tersengeh
"Its ok. I bayar semua" balas dhia..
"Really? Thanks dhia.."Huda senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam di sambut baik oleh dhia. Huda terus meninggalkan mereka..

"Err.. Haiqal.. U teman I sampai ke kereta boleh? Kereta I jauh kat hujung sana" tanya dhia sambil membuat memek muka sayu dan minta ehsan..
"Aaaa.."
"Its ok bro.. Lu teman la dhia..kesian plak dia" potong reza.
"Oklah kalau macam tu.. Aku pegi dulu la.."
Dhia tersenyum riang.. Puas hati dia. Akhirnya dapat juga saat berduaan dengan haiqal.. Ouuuh... Berdebar rasa.. Mereka beriringan meninggalkan perkarangan mamak menuju ke tenpat kereta dhia.

Sepanjang perjalanan..
"Haish! Apahal mamat ni,dh tinggal berdua je kot dengan aku..tanya la pape.."Rungut dhia dlm hati
"Haaaaaihh..dah jauh langkah pun tak de bunyik? Tak blh jadi ni.."

"Haiqal.. Kereta u kat mana?"
"Kat sebelah sana.. Kira nanti kena pusing balik la..."
"Ouh.. Its ok.. Nanti I bawak u naik kereta pergi kekereta u, ok?"
Haiqal hanya senyum..
"Eh...dhiah.. Depan tu.. Huda kan?"
Dhia memandang kearah 1 susuk yang bejalan dengan penuh keyakinan..
"I rasa la.."
"Bagus diakan.. Berani betul pergi kat parking hujung sorang-sorang..hujung sekali tukan kereta dia?? Waaaah...." Haiqal sangat kagum.. Tiba-tiba..
"Er..er.. Dhia,maaf ya jgn terasa saya cakap macan tu tadi. Tak de niat apa-apa..tak de niat perli awak pun..cuma kagum je dengan dia..sbb nampak she is a strong women" haiqal tergugup..baru dia tersedar.mungkin katanya akan mengguris hati dhia.bukan niat di hati nak menyindir kelemahan dhia dan memuji kelebihan huda, tapi tu semua secara spontan.
"Eh..its ok.." Dhia melemparkan senyum paaaaaaaaling manis.
Dalam hati? Siapa yang tahu.. Bergolaknya mcm tsunami di bulan disember... Merempuh kuat.."Sial betul pompuan ni,asyik potong jalan aku je" matanya di kecilkan melihat huda dihujung parking memasuki perut kereta..geram betul hatinya.
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun