Sunday, February 3, 2013

Kemana pergi semua bonus??


Ini adalah kali pertama aku puas dengan kegunaan duit bonus yang di beri.. Memang total aku guna untuk aku. Adalah sikit-sikit belanja keluarga bagi mak..tapi tetap rasa lapang dan tak sesak. Alhamdulillah.. Sebelum aku nak tunjuk apa aku beli.. Ya.. Meh sini aku nak cerita gilanya aku sekarang.

Entah kenapa aku skang gile betul dengan buku. Alhamdulillah le kan. At least aku tak rasa sunyi sangat. Alkisah. Aku boleh gagah pegi pwtc ke pestabuku1malaysia. Memang power la. Sebab aku tk pernah lak pergi kl tanpa hala tuju dengan sendirinya tanpa tahu macam mana nak pergi. Semua kira tawakal. Ada la tanya-tanya kat orang.hehehe.. 

first time aku pergi sendiri PWTC

ni banner festival tu


Dekat sana, alhamdulillah first sekali aku cari, buku-buku baharudin bekri. Tapi sayangnya, sold out. Terpaksa aku beli on9 nanti. So, terus aku ambil andrea punya tulisan, 4 biji. Salah satu sebab dia bukan buku cinta berat dan dia adalah novel islamik. Ya, aku tak suka baca buku cinta berat. Aku tulis tak pe. Haahaha.

Lepas tu aku ke booth fixi. Kat sana dengan niat sebenarnya nak jumpa penulis sumbat faizal sulaiman. Actually, aku dengan dia pun merupakan kawan twet..selalu la juga haruk-haruk di burung biru. Jadi hari tu baru jumpa, dulu aku tak tahu dia writer. Kira aku kawan dengan dia bukan kerana dia writer. Hanya kerana adalah dia.

ini lah penulis Sumbat en faizal sulaiman

 Macam tu juga dengan penulis coklat yang manis, john norafizan. Pun aku tak tahu dia penulis sebenarnya. Dah jodoh berkawan dengan diorang.. didalam waktu, aku mula baru nak menulis plak tu.. Kompius aku kejap. Hahhahaa. Aku hakikat nak lari dari golongan yang ada unsur buku. Konon dulu nak jauhkan diri dari ramzan. Sebab ramzan seorang penjual buku-buku ni,dan berkawan dengan ramai penulis. Rupanya aku memang tak boleh lari jauh dari dia.. Baru sedar.. Kami adalah soulmate.

ini satu lagi buku John Norafizan. ada lagi satu Odisi yang kat rumah lupa nak snap Coklat yang manis

Ok stop cerita pasal tu.. Masa kat sana duit aku abes juga dalam rm150 juga. Memang la nak ikut sikit kan kalau nak dibanding orang gile buku. Tp bagi aku banyak dah tu. Huhu. Dengan duit gaji ni juga. Aku beli 3 pasang kain utk buat baju, cadar, telifon baru, smart tab, spek mata.. Pergh memang sengal kan.. kat bawah ni gambar-gambarnya. 

ni lah buku-buku yang aku beli  masa kat PWTC . Kopi tu adalah DVD sebab buku dia dah tak cetak, aku sambar je dvd sebab diorang dah buat dalam bentuk movie pendek.. cara gak kan?

ini smart tab, xperia dengan cermin mata baru yang aku beli
walau harganya murah tapi aku puas hati.
sebab aku memang tak mampu deee macam korang.. beriban-riban

2 paper bag katun tu aku dapat dari MOY, beli ujang dengan apo
sesekali layan memang syok... hilang stress

ini 2 buku yang aku baru je beli semalam. dapat gak 1 buku baharudin bekri
ok buku rahsia seksual tu.. tak salahkan aku beli, untuk tahu isu seks wanita. hehehe

ini almari buku aku... 
ya betul.. ada 2 rak lagi kat bawah aku tak snap sebab kosong..err ada la barang yg tak di perlukan. insyaAllah lepas ni nak beli buku ilmiah.









No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun