Friday, January 4, 2013

R-E-Z-K-I

Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya..

Ya.. Inilah pepatah yang aku pegang selama ni.. eh salah baru-baru ni. Tanpa usaha..tanpa pengorbanan dan tanpa pengeluaran modal.. Manakan dapat hasilnya kan?..

Korang mesti pening.. Apalah minah ni membebel... Ok macam ni, hari tu, aku bertekad nak masuk peraduan explorasi BH, juz for fun.. But ada la letak harapan sikit. Cuma aku tahu, aku bukan jenis yang lucky.. Tapi aku menaruh semuanya atas rezki Allah.. Di penghujung minggu, aku dah give up. Bukan apa..malas nak fokus, sebab mcm kelamkabut sikit. Kebetulan banyak urusan aku nak buat, nak daftar kelas, urusan beli rumah apa semua dengan kereta meragam. So aku dah tak fokus.

Tapi pagi tadi, sorang kakak ofis aku dah tergedik-gedik depan aku ucap tahniah. Aku dah tepuk dahi..
"Akak.. Alaaa, nape tahniah? Dato' seri kompem ea duduk depan bilik saya? Tak ley la saya nak bukak lagu kuat-kuat?"
"Eh.. Ima.paper mana?"
"Tu.." Aku tunjuk kat longgokan paper lama..sebab akak ni, kadang-kadang suka ambik apa-apa artikel.
"Eh bukan.. Yang hari ni"
"Tu lah kat depan"
"Imaaaa.. Tahniaaaah laaaa.."
"Adoi, apanya kak??"
"Awak tak tengok ke nama awak ada dalam surat khabar??"
"Hah?? Nama saya??? Pasal apa??"
"Awak menang la peraduan tu???"
"Hah?? Iye ke??? Betul ke ni kak??? SubhanaAllah.. Tak pernah saya rasa memang pape cabutan kak.."
"Tahniah ima.. Dapat samsung s3 kaaau.."
" Ya Allah.. Akaaaak... Terharunya.. Saya hantar 1 peraduan je..nama saya terpilih??"
"Anak aku tak dapat ima.. Syukurlah kau imaaaa, nanti ambik, tunjuk tau.. Nak tengok.."
"Urm! Ya! Baik kak.. Akak teriima kasih tau.. Kalau tak.. Saya tak tengok pun.. Terima kasih sangat-sangat..

Sekarang ni.. Aku tahu, rezki tak dijangka datang dari berkat dhuha.. Terima kasih Allah.. Bersyukur ke hadrat Mu..

Ya Allah.. 
Jika rezkiku masih dilangit Kau turunkanlah,
 jika rezki ku di bumi Kau keluarkanlah, 
jika rezki ku sukar Kau permudahkanlah,
 jika ia haram Kau sucikanlah, 
jika jauh Kau dekatkanlah

ALHAMDULILLAH









OK,, lupa nak cakap.. aku dapaaaaaaaaaaaaaat.. samsung s3




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

Anonymous said...

tahniah gemok! haha

hestyrezyuda said...

gemok???

siapakah gerangan yang panggil aku gemuk ni?? tampo nak??

ahsfantasy Ryu said...

alhamdulillah..
rezeki :)

Anonymous said...

Maaf ye....berlaku ralat...check balik berita harian 8/1/2013....u menang minggu kedua....dpt kamera dslr....tahniah ye....

p/s nama aku pun ada juga dalam senarai tu....

hestyrezyuda said...

u.. ha'ah. i pun dapat th hari tu jugak sebenarnya yang minggu ke-2.. its ok.. kamera pun ok jugak.. hehehehe

nama u pun ada? yang mana satu? pegi ke isnin ni?

klik iklan ni tak kena bayar pun