Tuesday, January 25, 2011

KAREN DI KEPALA



serius..terasa dari semalam sakitnye.. aku tak tahu ini namanye MIGRAIN, sebab aku selama ni ingat sakit kepala biasa. tapi bila aku kata kat kawan, kenapa sekarang aku sakit kepala.. lepas tu askit kat area mata terasa nak muntah pastu selalu sedawa angin banyak.. kawan aku kata itu namanye migrain.. ouh ye. ea? macam tu ea migrain? sumpah tak tahu.. hjuhuhuhu... so aku try cari apa itu migrain :

Migrain


Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

(ihsan dari info kesihatan)

jujur, dari artikal yang aku baca tu, aku memang yang bila sakit kepala.. aku akan ada di atas katil bersama ubat sapu (minyak angin) sambil cuba melelapkan mata dengan tangan di kepala menarik rambut tanpa lepas sehingga tertidur...jangka waktu tidur kadangkala boleh menjangkau 12 jam.. macam tu ea migrain? kalau korang pun macam tu ke? erm.... 



cuma semenjak dua ni sahaja yang kalau sakit tu.. akan rasa loya dan nak muntah mesti sedawa atau buang angin.. tapi selalu sedawa la... 
pernah sekali masa sekolah menengah, lepas asar.. aku solat dan tertido disurau, masa tu aku terasa macam ada semut berjalan dkat urat mata.. pedih... pedih tu macam satu titik..tapi dia berjalan paa setiap urat.. tapi masa mamai-mamai tu baru aku terfikir, macam mana plak semut ada dalam mata.. pastu kenapa plak sakit kalau semut jalan.. masa tu aku try bukak mata, tak boleh perit terlampau.. aku panggil kawan-kawan yang ada. diorang semua gelabah,. sebab aku tak pernah macam tu.. tangan kaki terus jadi sejuk, tangan menggigil-gigil bibir berketar-ketar..last diorang usung masuk kereta pegi klinik, doktor kata aku kurang rehat.. itu pertama kali aku rasa, tapi tak tahu itu migrain.

5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

(ihsan dari mahsuri.com)


simptom kat atas tu selalu aku kena..sekarang ni, setiap kali sakit kepala mesti makan 2hari baru sakit tu hilang.. aku tak paham, dulu tak macam ni... tapi tak pe.. aku redha je ^_^ . sekarang aku still lagi menanggung sakit kepala.. ^_^ 


cerita waktu ini :
►  sakit kepala..biasa-biasa je..tak sakit sangat
►  mata mengantuk
►  bengang bila kerja di pulang kan kerana banyak typing 
   eror..huh..!~ sunguh benci dengan kelalaian diri sendiri
   buat hilang mood je..











3 comments:

HonEyBuNNy said...

he2..sama la..tengah ngatok jugak neh...uwawawaw

ahsfantasy24 said...

akak...!
jgn lupe p jmpe doc tw..
klw die bg ubat jgn lupe mkan :)

hestyrezyuda said...

haney ila @ ash.. thanks... ^_^ INSYAALLAH akk g check doktor k

klik iklan ni tak kena bayar pun