Thursday, June 25, 2009

DEN

( nukilan hestyrezyuda )


pagi tadi.. masa aku tgh gosok baju kebaya kesukaan aku.. aku tetiba teringat... ( ish.. aku nih ada penyakit mengimbau kenangan masa lalu setiap pagi la agak nya.. huhuhu )
aku teringat apa tau..
kes aku g sarawak hari tu.. actually aku booked tiket pada bulan 3.
masa tu aku tak kenal lagik dengan din...
aku tak ingat... aku rasa aku jumpa dan kenal din masa bulan 4 rasanya...
itu pun pertengahan bulan masa dia datang dengan putra..
mesej din masa din kejutkan aku pagi-pagi masa mak dengan ayah dia berangkat ke sarawak untuk jumpa keluarga kak diah bertarikh 6 mei pun masih aku simpan...
bulan 4... 5... 6...
Ya Allah.. baru 3 bulan??? rasa macam dah tiga tahun hehehehe..
ntah... seronok sangat bila dengan abang...
aduiiihhh.. rindu lak kat dia..
rindu dengan gurau sakat dia..
rindu dengan bebelan dia...( korang tak pernah dengar dia cakap non stop.. macam peluru berpandu.. last2 aku nak stop dia ber cakap aku panggil dia TOK AYAH..hehehe)
rindu dengan keletah dia...
memang asyik kena buli je aku dengan dia..
( hempeh betul terpaksa aku ngaku kat sini )
aku teringat kata-kata dia masa mula berkawan dengan aku

"ima kena bangkit.. din tengok ima kosong.. dalam ketawa pun ima boleh termenung.. din nak ajar ima apa erti kehidupan... din akan tunjukkan macam mana nak hidup..bukan ima sorang je ada masalah "

"abang tak suka la ima mengarut macam ni.. asyik nak salahkan diri sendiri.. bukan ima yang salah.. bukan ima yang sengaja buat benda tu berlaku.. cuba lah perbaiki apa yang kurang.. bukan carik kesalahan sendiri.."

rupanya.. dalam masa 3 bulan.. banyak benda yang aku dan dia dah kongsi.. banyak benda yang kami dah lalui.. banyak benda yang kami cuba perbetul kan... kitaran masa yang amat pelik dalam masa 3bulan ni.. walau apa pun.. dia memang teman yang baik... sentiasa aku doa untuk ada disisi dia.. supaya kami boleh saling bantu membantu... tapi tak tahu lah kalau sudah tiba hujung tahun nanti... adakah ima dan din masih macam selalu??

eh apa kes lak jiwang karat macam si yell nih..( sambil cover air mata bergenang, mata pedih masuk habuk, ok.. bukan pasal tadi ea) aku teringat baju hitam yang dia selalu pakai katun tu cakap mengikut bahasa ibunda kampung halaman si din "we are perfect, when we are together.." huhuhu... ( eh apa kene mengena lak katun tu dengan cite nih??? hikhikhik.. aku dengan dia je tahu)

eh baju kebaya aku nih igt dah sendat giler.. rupanya ley pakai lagik.. makna tak la gemuk sangat aku nih... waakaakkaak

1 comment:

sometime sometime sometimes said...

sengal je la ko ni.... hahahahaha

klik iklan ni tak kena bayar pun