Thursday, December 20, 2012

imbas kenangan...

tak.. tak.. aku tak nak emngimbas kenangan aku.. uma nak cerita.. cara macam mana kenangan boleh terimbas.. haaaa.. menda ni akur asa korang semua pun rasa juga ni.. cuma yelah.. motif dan hal berbeza, ofkos la kan.. 

korang pernah tak tiba-tiba sepicing lalu terhidu satu minyak wangi dan secara otometik zaaaaaap.. terus teringat kat somebody? pernah kan ? actually ada istilah dia dalam sains psikologi,  tapi aku yang tak tahu dan terasa kelembapan tenaga untuk search bagi kat korang.. hikhikhik.. so, kiranya search sendiri la ea? task untuk korang.. hahahahahaha

kalau macam aku la.. minyak wangi tak yah cakap la.. kadang-kadang akut ak ingat pun sape.. cuma rasa macam biasa je denganminyak wangi tu,, melainkan kapur barus.. memang aku ingat.. ekekeekek..ok, aku kan kalau la terbau sambal goreng.. haa, korang tahu sambal goreng? sambal melaka, yang pekat kering campur dengan ikan bilis dan kacang tu? kalau sambal yang tu, aku akan teringat mak aku, dengan arwah mak we (gua rindu dekat dia.. serius) kalau air kopi..aku teringat atok belah mak aku. 

orang yang paling aku rindu, arwah pak aji aku, adik ayah aku.. aku tak tahu kenapa, aku selalu rindu kat dia.. kalau aku pegi bundle, dia lah yang aku ingat..dialah yang ajar nak cari seluar-seluar jeans original, jenis-jenis baju.. rindu dekat dia.. sangat rindu... sempoi.. tapi aku tak dapat tatap dia di hujung-hujung hayat dia.. 

kalau sushi.. aku teringat ramai orang yang giler sushi.. housemate aku, elina, eirmayana.. ekekeke.. 

kalau kuku aku panjang, aku tak tahu kenapa, mesti aku teringat kawan forum aku biozipstar, sebab dia pernah cakap dia first skali kalau jumpa orang tengok kuku.. hahahaha, entah kenapa itu yang buat aku teringat dia, dengan apa tau.. kalau spenda bergulung.. wakakakakaka... sebab ritu kitorang cerita la, kalau aku pantang sekali tak suka orang buat apa, dia pun cerita tang dia, dia kata dia paling tak suka tengok spenda bergulung.. hahahahaha, memang lawak ok.. tapi kalau dalam bilik air aku tgk spenda mesti ingat dia.. hahahaha... 

lagi satu kalau lagu .. ingat tak dulu, lagu worldcup kot, aku tak ingat la penyanyi latin lelaki yang macam gay sikit tu.. apa tah nama dia..haaa ricky martin lagu La Copa Le Da Vilda .. eh ni ke? ye lah kot.. kalau lagu ni.. sure aku teringat sukan antara sekolah menengah agama JAIM.. hahaha.. memang aku ingat.. sebab budak-budak lelaki pakai lagu ni buat lagu tema sorakan.. ahahahahah rindu diorang. kalau lagu hindustan aku akan ingat budak batch aku, batch aku semua perempuan. diorang memang suka lagu hindustan siap joget-joget. ekekekeke. kalau lagu aci-aci bukak pintu, aku ingat arwah wan aku, mak ayah aku. sebab lagu ni aku suruh dia nyanyi ulang-ulang masa aku kecik-kecik dulu, aku ingat lagi moment tu.. 

kalau dulu la aku tak ley nak dengar lagu adam dan hawa misha omar, lagu andang cinta ku menyala izzat dgn syafura, cinta remaja antz dengan liyana. huhuhu sebab lagu ni, mengingatkan aku kat rizaudden. pedih jer kalau terdengar. memang berdesing je. lagi lagu M. nasir hijab kekasih, lagu teratai ramli sarip, lagu-lagu ni, aku akan teringat kat ramzan, my first ex-boy.. dah nak kawen dah bulan 2 ni yerp.. tahniah sangat.. tapi masih lagik la terasa lagu-lagu ni. 

dah lah.. taip banyak-banyak dada aku lak sebak.. korang plak.. apa yang akan buat korang terkenang seseorang atau sesuatu?




Saturday, December 15, 2012

Amim....aku amim. (7)




"GOOOOOOLLLLL....!!! Yuuuhuuuuu cayalah malaysia!" Jerit ima. Perlawanan malaysia menentang indonesia bagaikan satu pertemuan tradisi! Wajib menentang habis-habisan.. Kalau tidak.. Satu malaysia tak pegi keje esoknya. Hahahaha.
"Weyh, timggal bape minit ni?"Tanya lisa,kawan serumah ima. Ini kali pertama mereka menonton bola dikedai mamak.saje nak merasai keghairahan katanya.
"4minit,waktu kecederaan..." Jawab ima ringkas.
"Weyh..! Bertahan..bertahan..jgn kasi dia dtg kat gol" jerit lisa. Mereka tidak menghiraukan orang keliling.orang keliling pun tidak mengendahkan mereka.. Maklumla.. Semua sedang kusyuk menghayati bola.masing-masing tak sabar menunggu tiupan wisel penamapat penentu kemenangan malaysia.
Priiiiitttt..priiitttt...priiiiiiiiiiiiiiiiiiit...!
Wisel penamat dibunyikan...
"Yeeeeeaaaayy...!! Malaysia menang..." Ima dan lisa bertepuk tangan kegembiraan.penonton yang lain pun. Ada yang mengibarkan bendera, ada yang tergelak besar, ada yang memesan hidangan baru untuk meraikan kemenangan malaysia malam itu.
"Lisa.. Jom balik.. Kereta kita dah la letak jauh.."
"Hah, jom.. Tempat tu pun gelap juga.." Mereka berdua cepat beredar dari kedai mamak, menuju kekereta. Mulut masing-masing tidak berhenti bercerita tentang kehebatan pemain malaysia, tak kurang juga membandingkan siapa paling hensem baik dari pemain indonesia atau malaysia.. Tiba-tiba...
"Amboi kakak...seronoknya gelak.." Satu suara menyapa.. Ima dan lisa terberhenti. Terkedu mungkin.
"Berani ke nak pergi ke tempat letak kereta yang kosong dan lengang tu?" Suara kedua pula menyapa. Ima dan lisa berpandangan.mereka berpusing mencari gerangan suara. Sekali mereka terlihat dua kelibat bersandar di batang pokok pinang.
"Nak kami teman?" Tanya sipemuda pendek,sambil bergelak ketawa dgn yang tinggi.
Ima dan lisa tidak menjawab, ima terus menarik lisa menuju kekereta. Dua lelaki tadi mengejar dan menyentap tangan lisa.
"Oi..! Jangan nak kurang ajar. Lepaskan kawan aku.." Jerit ima..
"Tak payah nak melawan sangat kak.." Senyum yang tinggi. Lisa sudah berlinangan air mata. Teresak nangis didalam pegangan sipendek. Yang tinggi menghampiri ima. "Jangan la garang sangat kakak.." Usik sitinggi sambil bergelak ketawa... Ima menjarak-jarakkan diri dari sitinggi. Sitinggi cuba mencapai bahu ima.. Ima mengelak. Sitinggi hanya tertawa, seronok dia rasa. Nak ikutkan hati, mahu sahaja ima melarikan diri, tapi teringatkan lisa dalam pegangan sipendek, langkahnya terbantut. "Takkan aku nak selamatkan diri sendiri.." Getus hatinya, kerana dia tahu, lisa seorang yang lemah lembut dan lemah semangat.dalam genggaman sipendek pun dia sudah nampak lutut lisa lembik, macam mana pula dia nak melawan.
"Kakak.. Garang-garang pun tak guna" sitinggi menyeringai. Ima menjeling.
"Bob, lepaskan jelas dia.. Si comel ni ada...yang ni je lah, aku tak tahan gelora nih.hahahahaha.." Kata sipendek.
Mata sitinggi tak lepas memandang ima.. "Taaaaak... Aku nak yang ni.. Mengkal.."Si tinggi tersengih lagi...
"Aaaaaahhhh.... Jaaaangaaaan... Teeepiii...teeepiiii..." Jerit lisa cuba menghalang sipendek dari mencium pipinya. Mata ima memandang kearah lisa dan agak terkejut dengan tindakan itu. Tiba-tiba dia terasa tangan dia disentap seseorang.. Jantungnya terhenti. Ya, terhenti. Dia meronta.. Tapi dia terus di peluk oleh tangan yang kasar itu. Kepala di lekap didada lelaki itu... Sehingga dia boleh mendengar degup jantung itu.. Dia meronta.. Lebih kuat-lebih kuat untuk melepaskan diri
"AAARGH..!!"
DUSH..DUSH..DUSH...
Dia berhenti meronta.. Tetapi pelukan dari tangan itu tak pernah longgar untuk dia melepaskan diri.. Dia mendengar lisa menjerit di hujung sana..
"Lepaskan perempuan tu.." Suara pengacau si tinggi bergema.
"Kenapa plak.. Kau siapa? Ni awek aku.. Pandai-pandai kau je nak dia apahal..!
Ima terberhenti.. Tiba-tiba
DUSH..DUSH..DUSH..
"Laaaariiii bob... Laaaarrriiii..."
Dia terdesap 2 langkah lari seribu..
"Cika dik tak apa-apa?" Tanya seseorang dihujung sana.. Tapi.. Bagai tak dituju untuk dia... Badannya masih dipeluk.. Kepala dia masih tutup dengan lengan besar itu, dia tak boleh melihat... Terhalang dek tangan gedang.
"Woi..! Dah le tu... Setan-setan tu dah lari... Tak habis berpeluk lagi? Tanya suara tadi. Dengan segera tangan di turunkan. Bagai seorang askar. Ima menggosok-gosok mukanya. Cermin mata dia terasa kelabu dek kesan terkena mukadia masa dipeluk dicampur dengan peluh didada lelaki itu, dia membuka cermin mata lalu menggosok untuk membersihkannya, sambil itu dia mengecilkan matanya demi melihat orang-orang didepannya..
"E'eh..!" Dia cepat-cepat memakai cermin matanya..
"AMAN..!!"
Aman tersengih-sengih disebelahnya.. Di sebelah lisa di hujung sana ada seorang lagi lelaki berkulit hitam manis.. Jadi..maknanya..yang peluk dia tadi tu...
E'erk...o_O
"Nape berani sangat jalan kat sini ni? Tanya aman..
"Macam mana pulak kau ada kat sini ni" tanya ima..
"Ish.. Orang tanya dia..."
"Aku plak tanya kau.."
"Kan saya yang tanya dulu..."
"Ish...!" Ima tak puas hati..
"Kitorang nak balik..kereta kat sana.." Tunjuk lisa..
Ima menjeling..
"Amboi garangnya.." Tegur zamri
"Awak..terima kasih ya tolong kami..saya lisa..kami tinggal dipresint 18"
"Saya zamri..tak pe..memang patut dibantu pun.."
Lisa memandang ima sambil membuat isyarat mata..
"Err..thanks.."
Aman senyum.. "Sama-sama.. sana tu hah kereta kitorang.."
"Err..awak siapa?" Tanya lisa sambil menunjuk kearah lelaki bertentangan dengannya.
"Aman..kawan amim.." Dia tersenyum.. Tapi di gelakkan zamri.. "Bukan kawan..tapi peminat amim..." Aman hanya tersengih... Ima jadi gelabah.."Peminat?? Peminat?? What the hell... Aku bukan artis...!'
"Boleh bawak kereta tak ni?" Tanya aman.. Amim menganggukkan kepala..
"Cik lisa...sudi tak kalau ciklisa.. Naik kereta dengan saya.. Kita minum-minum dulu ke.. Lepaskan rasa terkejut ni.." Pelawa zamri sambil mengenyit mata.. Lisa seperti paham..
"Ouh boleh, biarlah saya belanja tanda balas budi" sambut lisa..
Ima dah membeliakkan bijik mata.. Lisa tersengih dihujung sana...
"Aman.. Kau temankanlah dulu cik amim ya.. " Zamri mengenyitkan mata. Aman tersengih, dia paham zamri hanya bagi peluang untuk dia keluar dengan amim
Ima tak terkata apa-apa.. Bila dia melihat lisa membontoti zamri ke kereta mereka.
"Er.. Awak nak balik ke? Meh la saya drive" aman merampas kunci kereta dari amim..
"Kalau balik putrajaya.. Awak nak balik naik apa pulak nanti..? mesti kena tunggu zamri jugakan..?"
"Eh betul jugakan..diorang pun entah jam berapa plak sampai putrajaya"
"Kita..jalan-jalan dulu la.."
Aman mengangguk setuju, mereka beriringan ke tangga yang agak gelap untuk menuju kekereta.
"Amim.. Awak selalu ke tengok bola kat mamak?" Tanya aman perlahan.. Tiada jawapan..
"Amim...." Aman menoleh sebelah.. "Eh mana minah ni.." Dia menoleh kebelakang nampak amim tercegat memandang tangga, lama. Kemudia dia melihat amim turun perlahan-lahan..terlalu berhati-hati. "Kenapa dia ni?" Aman berlari kembali kearah amim. Amim menghulurkan tangan. Aman menyambut. Dia memimpin amim sehingga di tempat terang yang berdekatan dengan kereta amim.
"Awak ok?"
"Ok je" ima tersenyum
"Tadi tu?"
"Erm.."
"Awak tak ok kan?"
"Aku..rabun malam"
"Maksudnya?"
"Kalau malam aku tak nampak sangat. Tempat-tempat yang kurang cahaya aku jadi terlalu kompius,jadi aku kena tengok betul-betul. Kalau tak aku jatuh la,terpelecok la. Kalau silau pun aku tak mampu tengok.nanti mata aku sakit, aku tak boleh fokus bawak kereta"
"Kenapa jadi macam tu?"
"Doktor kata power untuk rabun silau tu dah over dari yang sepatutnya.."
"Kesiannya.."
"Sebab tu masa ujan ritu aku bawak kereta perlahan,bukan masalah ekon je.masalah masa tu jalan gelap dan hujan. Lagi aku kompius.."
"Laaa yeke.. Saya tak tahu plak. Abes tu ni, rajin pulak nak kuar malam."
"Lisa ada..dia yang bawak kereta.."
"Hurm patut lah. Tak pelah jom kita jalan-jalan. Saya bawak tuan puteri ya" aman senyum sambil membuka pintu untuk ima. Ima hanya membalas senyuman aman tanda terima kasih.
*****************************
"WoW..! So amazing..kenapa saya tak pernah tahu ea tempat ni?"
"Sebab kau malas nak jalan-jalan" jawab ima slumber.
"Apa eak nama tempat ni? Wah..sejarah penubuhan melaka sampai adanya malaysia ditulis sepanjang laluan ni? Waaah.. Bagus-bagus.. Ada info"
"Monumen alaf baru"
"Ooo..first time saya datang ni.. Ingat tak de apa benda bawah ni. Hehhehe"
"Memang la.. Aku dulu pun tak tahu juga.restoran hujung tu, baru jugak buka..aku tak pernah lagi makan situ.." Mereka berjalan beriringan. Tiba-tiba ima memperlahankan langkahnya tempat itu agak gelap. Aman senyum, lalu menghulurkan lengannya.
"Tak payah malu-malu.."
Ima memaut lengan aman..tempat yang gelap itu memang membuatkan dia sentiasa takut dan fobia untuk melangkah..
"Amim..aman nak tanya boleh?"
"Apa dia?"
"Kenapa amim ber aku kau dengan saya?"
"Err.. "
"Amim tak suka aman ke?"
"Err..tak lah..biasa je"
"Habis tu, kenapa?"
"Dah terbiasa kot"
"Tapi dengan kawan-kawan yang lain aman tengok boleh je amim cakap awak saya"
"Erm..."
"Boleh tak dengan aman. Mulai saat ni jangan beraku kau"
"Tak biasalah.."
"Boleh punya... Janji?"
"Aduiiii"
"Janji?"
"Alaaaaaa"
"Janji?!"
"Yelah..yelah...hurgh!" Ima berdengus marah.. Aman tersenyum lebar.. Berjaya ni..berjaya ni..berjaya ni..singa dah jinak!!!
"Haaaa lagi satu!"
"APA DIA????"
"Aman nak panggil ima.. Tak nak amim"
"Macam-macam la kau ni.."
"Ha..ha..ha.. Apa kau plak?"
"Ye lah..yelah..yelah..."
"Sebut lagi sekali.."
"Macam-macam la awak ni...hihihi" ima bercakap sambil menggayakan ala-ala maknyah..
Aman tergelak besar...
"Ok skang ikut saya.."
"Ikut pegi mana??"
"Eh bukan...ikut apa aman cakap"
"Laaaaa, apa lagik?!"
"Ikut ea... Saya!"
"Saya!"
"Awak!"
"Awak"
"Aman!"
"Aman"
"Ima!"
"Ima"
"Abang aman!!"
"OooiIi!!!! Mengada-ngada la tu!!!" Ima memukul bahu aman bertalu-talu.. Aman melepaskan lengannya dari pelukan ima berlari menyelamatkan diri sambil tertawa keriangan. Ima mengenjar aman.. Memang dah serupa budak-budak dah diorang... Aduuuiihh





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
































Thursday, December 13, 2012

12-12-12 tarikh penuh makna


12/12/12

Cantikkn tarikh tu.. semua orang nak megabdikan tarikh ni perkara yang bermakna dalam hidup, walaupun tarikh ni jatuhnya pada hari rabu, tapi sanggup je orang buat mjlis angkat nikah, so kena lah berhabis cuti untuk bernikah pada tarikh ni, majlis hari lain plak.. tapi untuk aku.. tarikh ni.. da sesuatu yang istimewa juga... banyak perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup aku pada tarikh ni.. aku memang bersyukur sangat..

12/12/12
Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku baru tahu aku berspesis darah B, ekekekeke.. yaaaaa selama ni tak tahu.. takyah nak mengata aku sangat... tepowk dahi kang...

12/12/12
Pertama kali dalam hidup aku, aku menderma darah.. ya darah.. bukan dara.. dahlama aku simpan hasrat nak jadik donor, baru hari ni aku berkesempatan..kalau tak ada je halangan, period la keje la..rupanya tak lah lam menderma darah ni, aku ingat berjam-jam.. selalu yang buat lama orang Q katil untuk derma kot, eak? Alhamdulillah, tak lah sakit.. steady je.. ok la.. aku rasa teruja untuk aku sedekah lagi darah. Mudah-mudahan, dengan darah aku tu, aku dapat la mebantu orang lain dalam kesusahan..dan yang paling penting, darah aku yang mengalir dalam badan diorang dijadikan saham akhirat untuk aku kelak. Tiap kali orang tu buat kebaikan, akan terpalit kepada aku juga.. amin...

12/12/12,
Pertama kali aku merasa pitam.. yaaaaaa pitam, atau gelap mata. Sebab aku bersenam erobik..! osem kan?

12/12/12
Pertama kali dalam hidup aku, aku  merasa situasi pengsan.. ya, pertama kali aku pengsan lepas pitam.  Selama ni aku tertanya-tanya, macam mana rasa pengsan tu? Macam mana rasa pitam tu.. jadi akhirnya pada tarikh ni, aku merasa. Sebabnya aku bersenam erobik, dan sesungguhnya, aku tak tahu dan tk diberitahu, selepas menderma darah aku tak ley terlalu penat. Kalau tidak, macam tulah jadinya. Huhuhuhu. Nasib pengsan tak lama

12/12/12
Pertama kali dalam sejarah, ku tertinggl beg, dan beg aku hilang... hewhewhew.. ini terjadi lepas aku pengsan tu, kalut sangat nak pegi kat keta nak tido sat dalam tu.. sampai terlupa beg lagi satu tertinggal, bila dah sampai umah, baru perasan, patah balik.. dah ak de.. hhuhuhuhu.. sedeeey.. tanya guard, semua tak tahu. Esok pagi datang ofis awal, jumpa pak guard yang shift pagi, dia kata ada orang tingglkan no phone kat buku jaga, untuk sesiapa yang mencari beg tu.. alhamdulillah dapat balik, tapi orang asal yang jumpa, aku tak dapat jumpa. Ni kawan dia tolong bagi. Pape pun.. terima kasih banyak-banyak.

Pertama kali tahu jenis darah, derma darah, pitam, pengsan, hilang beg .. semua pertama kali dalam hidup aku. Huhuhh, alham dulillah. Terutama bab pengsan dengan pitam tu.  Selama ni, aku selalu kata, macam manalah rasanya pitm tu? Pengsan tu rasa nak tido jeke? Akhirnya dah merasa tu.. paham-paham jjelah lepas ni, situasi orang lain kalau kena juga.. hehehehe

Aku bersyukur sangat.. dapat melalui pengalaman-pengalaman baru.

Wednesday, December 12, 2012

Wordless wednesday 12/12/12 jom derma darah...

Aku tengah terbaring.. Segan nak minta tolong diorang ambik gambar aku..




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

klik iklan ni tak kena bayar pun