Thursday, October 11, 2012

aku nak berceloteh je ni

selamat paaaaaggggiiiiiiiiiiiiiii.....!!

ehem..ehem..ehem.... percubaan taipan..1 2 3 percobaan..

ekekekeke.. sengal aku dha datang.. haaaa jangan pening.... aku yang skang ni tengah pening sebenarnya.. jap lagi nak pegi beli panadol.. aku gagahkan juga menaip ni seba rasanya dah berapa kali aku buka blog niat nak menaip tapi lastly tak jadi.. so kali ni aku keraskan hati mengetuk2 jejari di papan kekunci .. hihihihi...

sebenarnya.. tak de topik khusus untuk pagi ni.. cuma kegirangan jari untuk menari.. so.. pada sesiapa yang nak mengabaikan entri ini... silakan.. kite tak kecik hati.. huhuhu... tapi sape yang selalu baca entri-entri aku.. sure tahu.. walau merapu aku selit juga teladan..*errr..agaknyala* hahahaha.... 

ok guys, first benda nak cerita, semalam masa exam law dalam dewan yang macam kutub utara mengundang rasa terkucil aku berkali-kali itu.. adalah sekali tu aku keluar dari bilik air, sekali yang tengah Q tandas aku tu  linda.. linda mana? alaaaa linda... linda... yang budak pairing tesis aku dulu tu.. tapi last minit dia decide nak buat sendiri dengan dia jumpa lect complete chapter dan aku dia biarkan tanpa aku prepare apa-apa.. orang yang buat aku terpaksa tambah subjek pada sem ni. dan kena tambah duit untuk bayar yuran... ingat tak? ingat tak? ingat tak? haaaaaa yang tu... *buat-buat ingat la ya..* dia sangat beruntung sebab aku memaafkan dia seikhlas hati dengan kadar cepat.. *sebab aku memang dalam proses belajar mengikhlas kan diri pada sesuatu perkara* cuma.. untuk berbaik.. berbual.. tegur sapa.. minta maaflah ya... yang itu memang tak boleh nak di adjust lagi.. slama ni aku kalau jumpa dia memang buat bodoh, tak tegur, tak pandang. apatah lagi nak senyum.. tapai masa aku bukak pintu toilet masa ternampak dia tu.. dia dah melarikan anak mata dari memandang aku.. tapi aku terus tersenyum.. WHAT?? SENYUM???!! ouh ya.. aku juga terkejut dengan diri sendiri macam mana ley aku nak senyum.. hahahahahaha.. yang aku nak tergelak.. tengok muka dia yang macam ala-ala tak percaya aku senyum kat dia.. hahahahaha... pastu aku terus je beredar dan dia masuk toilet.. ekekekekee.. memang kelakar lah... aku cerita dengan ema dan izan.. diorang pun tergelak.. izan siap cakap.. masa dia tengok linda tu keluar dari dewan nak pegi toilet.. siap berdoa.. jangan la aku duk bercakar dengan linda dalam toilet.. hahahahaha..

moral of the story.. maafkanlah kesalahan orang lain dengan seikhlas hati, dan berdoa..orang disekeliling kita memaafkan kita dengan seikhlashati juga demi untuk ketenangan hati kita.. =) chill yeah...

semalam..semalam kan..kan..kan.. aku keluar la dengan sorang kawan ni.. actually baru kenal le.. tapi dia rupanya jiran so.. aku tak worry sangat nak kuar dengan dia takat kedai mamak bawah apartment kitorang.. hahahahaha... but he is a nice man.. cuma hati aku je kot belum terbuka... dia simple.. kelakar.. memahami.. dan tak memaksa.. tapi betul kot.. hati aku belum terbuka sepenuhnya.. biarlah masalah-masalah yang ada dalam family aku settle dulu.. aku masih belum dapat percayakan lelaki dengan sempurna... dan aku belum yakin dengan jodoh aku... =) 

hari tu kan.. hari tukan.. kita mimpi.. ingat tak aku pernah cerita pasal ular tedung selar? aku ni kan ada instinc sikit kalau menda halus ni ada kaitan dengan diri aku je.. kan sebelum ni aku perasan diorang tumpang kereta aku ikut balik putrajaya.. tapi kat putrajaya aku tak pernah nampak diorang lagi.. bayangan atau mimpi aku tak nampak.. cuma hari tu je sekali aku termimpi diorang.. first time aku baru nampak kaler 2,2 ekor tu.. warna hijau tua... dan sekor jantan sekor betina.. yang jantan tu yang suka menyakat aku.. yang betina tu slalunya duk diam je berdiri tegak.. mandang yang jantan duk main acah-acah aku.. tapi kali ni.. masa nampak diorang aku ley tenang, dan macam ada pendinding yang dia tak ley rapat dengan aku dalam beberapa inci.. wallahualam... tapi aku yakin itu memang diorang.. lama jugak dah diorang tak muncul... malam tu aku mimpi.... huhuhuhu...

ok.. aku exam ada lagi 2 paper.. statistik dengan local administration.. doakan aku boleh buat untuk 2,2 subjek ni.. serius cuak sikit.. untuk 2,2 subjek ni.. aku yakin sikit nak menjawab statistik.. tapi untuk local aku gabra sikit.. nak-nak lagi.. bila aku analize past year question... nampak macam soalan dia pelik je.. macam tak familiar.. huhuuhuhu...

ok guys. aku nak study dulu... errr ya. aku kat opis.. tapi aku tak buat kerja.. memang aku tumpu pada study.. huhuhuhu harap-harap  lepas ni aku dapat qada' kan dia... amin.. huhuhuhu

adois...amigos...sayonara.... babai....










Thursday, September 27, 2012

Betapa ber"accountability dan responsibility" nya aku



Apa?? Kome tak caya??? Caya leeee... Dia panggey kursus... Kata startnya jam 2.30 skang dah jam 2.15.. Ace tanya mana oghang nye ni?? Hahahaha.. Aku ni punctual la jugak. Aku tak suka orang tunggu melainkan ada sebabnya... Ini le ghupe.. Makna tak de makne le strat nye jam 230.. Hampagas tul... Baik aku melepak kat opis je tadi.. Huhuhu



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 21, 2012

Meh baca cite betapa bijaknya aku.. Ekekekekeke

Kita kan manusia yang di cipta Allah dengan akal... Jadi jangan sempitkan fikiran dengan tidak memikir jalan penyelesaian.. Kan memang ada pepatah, setiap masalah ada penyelesaiannya.. Aku tak nafikan.. Tak percaya??? Sila baca seterusnya...........

2minggu lepas.. Aku dapat kol dari sorang member ni. Dia ni ada la buat catering kecil-kecilan. Lama dah juga aku dengan dia ni.. Dulu slalu juga aku membantu la sikit-sikit. Slalunya dia akan bagi aku buat nasik lemak.. Tapi lama dah aku tolak.. Sebab tak larat kadang-kadang nak tanggung mata ni ha. Almaklum le.. Belajau kata kan.. Lagi pun perniagaan dah lama aku tutup.. Jadi meliat lah sikit.. Even diorang suruh masak sambal je poooon aku malas. Hahahaa. Cuma kadang-kadang bantu lah juga kalau dah merayu tu kan?. Hahuhuhu. Jadi nak dijadikan cerita.. Hari tu diorang minta aku tolong gorengkan telur.. Telur sahaja ok.. Sebanyak 43 biji..
Masa ni aku pikir, takat telur je ka, ok kot... Kalau ayam memang aku tolak terus sebab malas nak tunggu.. Masak ayam.. Bukan kejap.. Lamaaaa. Dah tu tak boleh api besar-besar.. Nanti, luar hangus dalam plak tak masak.. Dengar telur, aku pun kata.. "Ok" jerlah.. Pastu aku teringat gas dapur yang macam nak hujung-hujung meter dia.. Tp rasa tak jejak merah lagi.. Lepas la kot... So di dinihari yg nyaman tu aku mula la proses pengorengan telur. Alhamdulillah segalanya lancar selah aku tgk 43 biji telur dah di goreng. Masa aku pecahkan telur yang ke 44.. Tiba2 PUB! Api aku padam.. Mengelabah badak dah aku.... Mau taknya.. Yg ke 44 tu putih dia pun tak keras lagik... Sudaaaaah...
Aku mula dah pening. Member bagi 45 biji telur mentah. Nak guna 43 je..tak kan plak kita nak bagi ngam-ngam 43.. Ish giller la... Aku dah serabut.. Memang habis ikhtiar dah aku, nak ikutkan hati, aku mkn juga telur goreng goyang tu.. Tahan jele tebal muka bagi ngam-ngam 43telur goreng. Tapi hati aku mmg tak selesa.. Adoi.. Macam mana aku nak buat ni.. Nak transfer ke rice cooker.. Rice cooker dah bagi ke abang aku, sebab dia punya rosak. Nak masuk dalam oven... Masa tu ada oven old school.. Nak kena pakai gas juga.. Tak kan la aku nak rebus pakai heater? Giler. Teluyr dah pecah atas kuali.. Kalau masih berkulit gagah le jugak lagi nak masukkan dalam heater.. Adoi.. Mcm mana ni...
Last2 timbul satu idea yabg saaaaangat bernas.. Yang aku rasa boleh di RnD kan.. Yang boleh di praktikkan.. Orang tak sedar je cara aku ni.. Cara orang bijak... Aku ambik penutup periuk leper yang aluminium tu.. Aku transfer kan telur dalam tu.. Plahan-plahan.. Aku pegi bawak masuk bilik... Aku ambik seterika aku on kan suiz full volume aku pusing dan standkan dia guna buku... Aku letak kan tutup periuk tu atas plat panas seterika dan aku biarkan.tak sampai 2 minit... Masak dah telur tu... Alhamdulillah... Biar la 44 biji je... Jangan cukup-cukup 43 biji dan aku tak mampu nak pecah kan biji yang ke 45 !!!! Hahahahahaha
Aku ada niat nak ambik gambar. Tp aku tak sanggup. Dan aku tk nak korang copy dan sebarlan seantero donia... Kah kah kah.... *sila bayangkan...sila bayangkan... Sila bayangkan....*



Kbai..kbai..kbai..kbai.... Tatatititutu



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Wednesday, September 19, 2012

Barang idaman.. Keh keh keh

Jangan jeles ok.. Kita dah beli oven baru.. Hehehehe. Tp sure la oven lama masih digunakan.. Beli yang murah-murah je. Bukan apa, senang nak bakar membakar makanan yang aku tak kurang kalori ni.. Ayam goreng apa ke.. At least aku dapat ganti kan dengan pembakar ni.. Heheehe...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

klik iklan ni tak kena bayar pun